Memaparkan catatan dengan label Mutiara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2009

Broach Mutiara untuk Hari Raya

Pergi Kota Kinabalu hari tu, hanya sempat ke kedai mutiara sahaja. Beberapa orang rakan ada kirim dan dah selamat diterima semuanya. Kakak juga kirim dengan kuantiti yang agak banyak, selain untuk 2 orang anak daranya, juga untuk dipasarkan kepada teman-temannya. Namun begitu, kirimannya yang banyak itu tidak mendapat sambutan yang HANGAT seperti yang dia andaikan. Seminggu sebelum itu, seorang guru di sekolahnya telah jual banyak broach. Ramai yang dah beli. Hanya gelang mutiara dan beberapa set broach sahaja yang terjual. akhirnya, broach itu kembali semula ke pangkuanku.


Alamak, apa nak buat ni?


Inilah jadinya bila orang kirim pakai air liur sahaja!


Jadinya, kepada rakan-rakan, kawan-kawan, kakak-kakak, mak cik-mak cik atau adik-adik yang belum sempat untuk mencari keperluan aksesori diri pada musim perayaan nanti, bolehlah tengok broach mutiara yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu, Sabah ini. Jika berkenan, bolehlah order ya. Harga memang berpatutan. Macam harga beli di Sabah sahaja. Masa pergi Kota Kinabalu dulu, tambang belon dan hotel dibayar dek Kerajaan Malaysia sebab aku pergi sana untuk kerja. Sebab ambil banyak sikit, dapatlah tawar harga walaupun taklah banyak mana.


Kepada yang ambil lebih dari satu broach, harga boleh runding lagi. Emelkan pertanyaan dan pesanan anda ke annieyss@gmail.com untuk maklumat lanjut.


No. 1
Harga Asal: RM44
Harga Jual:
RM 40








No. 2
Harga Asal: RM44

Harga Jual: RM40





No. 3
Harga Asal: RM70
Harga Jual: RM52
Yang ni hanya ada satu-satunya dan sangat cantik. Hati berkenan sangat-sangat. Kat tengah-tengah tu ada batu-batu warna putih. Paling mahal antara semua yang ada.









No. 4
Harga Asal: RM 40

Harga Jual: RM37



No. 5
Harga Asal: RM42
Harga Jual: RM 38





No. 6
Harga Asal: RM55

Harga Jual: RM 45







No. 7
Harga Asal: RM48
Harga Jual: RM44










No. 8
Harga Asal: RM44

Harga Jual:
RM 40











No. 9
Harga Asal: RM48
Harga Jual: RM 44


















Broach ni harganya tak standard kat Sabah. Ada masa patern yang sama sangat berbeza harganya bila beli pada masa yang lain walaupun di kedai yang sama. Aku baru perasan hal ni masa save gambar-gambar ni dalam folder. Yang pasti, harga yang aku dapat kali ini jauh lebih murah berbanding yang pernah aku beli untuk Jieda sebelum ini. Jadinya, tidak mustahil juga, untuk patern yang sama macam kat atas, akan turun atau naik harga pada masa akan datang.
Barangkali juga aku masih belum lagi memahami dunia pearl yang menjadi keagungan ramai insan ini sepenuhnya. Tengah belajarlah ni. Nanti dah pandai, bolehlah buka Bazaar Mutiara Sabah di bandar baru bangi kan?

Khamis, 3 September 2009

Mutiara Sabah

Kota Kinabalu kian kerap menerima derap sepatu lusuhku. Biasanya, tibaku di kota mutiara itu hanya dengan lenggang tanpa apa-apa yang diusahakan. Barangkali kerana kerapnya tiba di sana tanpa sempat lakukan apa-apa aktiviti kegemaran buatkan lenggangku pada darjah paling minimum. Namun, tiap kali kembali dari sana, ada juga teman-teman melahirkan rasa ..... kerana tidak berkesempatan memijak bumi kinabalu itu yang memang terkenal dengan mutiaranya. Menjadi kegilaan ramai wanita sejati (kiranya aku ni belum begitu sejati kerana tidak menganggap benda ini sebagai sesuatu yang istimewa. Barangkali kerana sudah terlalu biasa).

Julai lepas, Dina dan Jieda kirimkan gelang dan broach mutiara. Ada rasa puas dapat gembirakan mereka dengan kiriman itu. Kali ini juga mereka kirimkan benda yang sama, malah kakak juga ambil kesempatan dengan musim perayaan untuk kirim aksesori berkenaan buat dua orang anak daranya. Dia juga menerima kiriman teman-teman rapatnya.

Ingatkan bila jumlahnya lebih banyak sedikit dari biasa, dapatlah jadi ahli. Harga untuk ahli jauh lebih murah berbanding bukan ahli. Ros pernah beritahu yang dia mendapat keahlian bila membeli barang melebihi RM800 untuk kali pertama. Risik punya risik, ternyata mereka sudah meningkatkan nilai tersebut hingga mencecah RM2 ribu ringgit. Alahai! Mahal bebenorlah pulak. Aku bukannya nak buka Bazar Mutiara di Bangi!

Kesuntukan masa menyebabkan aku hanya sempat ke gedung mutiara sahaja. Tidak sempat pun ke Pasar Filipina untuk beli kuih cincin ataupun FM untuk Kak Azie kita. Ada juga belek di Airport Kota Kinabalu, namun rasa memang tak berbaloi sangat untuk beli sebab memang dah tahu harganya 3 untuk RM10. Buat Kak Azie, tunda FM tu ke bulan November nanti, boleh? November nanti akan ke Kota Kinabalu lagi sekali. Harap-harapnya sempatlah ya. Mohon ampun bebanyak. Sebelum pergi beria-ria je tanya nak kirim, dah balik, tak sempatlah pulak ya!

Apapun, belian kali ini tetap juga sengaja dilebihkan, dan dipelbagaikan juga. Manalah tahu kalau-kalau ada rakan-rakan yang tidak sempat kirim sebelum ini. Manalah tahu juga ada antara kalian yang nak melaram pada musim perayaan nanti.

Setiap satunya dinyatakan harga asal, harga baru (tak caj pun minyak belon dan hotel. Kaki ni lenguh tau...caj wat beli minyak angin nak urut kaki je hu hu hu) dan bilangan yang masih ada. Bagi yang berminat, usahlah segan silu untuk e-melkan (annieyss@gmail.com) atau tinggalkan pesanan pada ruangan komen. Boleh e-melkan juga no telefon, nanti sms semula. Kalau beli melebihi 5 barang, boleh dapatkan harga beli untuk barang terakhir (satu barang sahaja) untuk jenis barang tertentu.
entri ini akan diupdate dengan gambar-gambar selewat-lewatnya weekend ni. Tak sempat lah nak snap gambar setiap satu....

Jumaat, 21 Ogos 2009

Tunggu Aku, Kota Kinabalu!

Aku akan ke Kota Kinabalu lagi hujung minggu depan. Tahun ni dah dua kali pegi KK, mungkin akan jadi 4 kali hingga akhir tahun. Biasanya balik dari sana baru aku cerita, dan biasanya juga ramai rakan-rakan termasuk di Caluk Corner termengkelan sikit sebab tak dapat nak kirim barang dari sana terutama mutiara atau broach.

Minggu depan, Jumaat, aku akan pergi KK lagi sekali. Memandangkan dah bulan puasa dan akan sambut Hari Raya nanti, mungkin ada rakan-rakan nak kirim barang-barang dari sana. Mana yang terdaya untuk aku cari tu, Insyaallah akan cari. Dan kalau boleh, yang kecil dan mudah dibawa seperti boach, mutiara, rantai tangan ke...rantai leher ke...rantai kaki ke...rantai apa-apa jelah tak termasuk rantai gajah, sebab senang nak bawa. Namun kalau ada permintaan istimewa macam MENGIDAM (perempuan aje ye...lelaki jgn nak mengada kata mengidam), masih boleh dipertimbangkan.


Jadinya, kepada sesiapa yang berminat tu, bolehlah senaraikan barang yang nak dikirimkan itu berserta dengan budget yang mampu, sebabnya, perlu ikut kemampuan pengirim juga kan. Dari segi harga pula, memang tidak dapat menjanjikan dapat harga paling murah. Berdasarkan pengalaman lepas pun, walaupun pergi dengan orang yang fasih melentukkan sebutan Sabah, namun harga yang ditawarkan sedikit sahaja perbezaannya. Kalau untuk penduduk tempatan, mungkin lebih rendah dari itu lagi, tetapi disebabkan wajah kita yang ayu dan penuh sopan santun bak Ratu Cantik Doniya ni, (wajah orang semenanjung dengan masyarakat tempatan memang banyak berbeza dan dapat dicam dengan mudah walaupun bertutur dalam dialek Sabahan, cara kita berpakaianpun mereka sudah boleh kenal), sedikit pengurangan sahaja. Contohnya, harga jual RM70 pada tanda harga dijual kepada pelancong asing. Kalau orang Malaysia dari Semenanjung dapatlah tawar RM60, paling-paling rendahpun boleh dapat RM55, itupun dah guna seluruh ayat POWER, rasa macam dah baguslah tu kita menawar harga kan? Tapi kalau bercakap Sabahan, kurang lagi hingga RM50. Kalau masyarakat tempatan, aku cukup percaya yang harga itu lebih murah daripada itu.

Kali ini aku pergi seorang juga. Pergi shooping pun seorang. Walaupun dulupun pergi seorang, tapi semasa beli belah tu ditemani Ros yang fasih berbahasa Sabahan. Dia juga tahu tempat mana yang harganya lebih okey. Memandangkan masa pergi tu bulan Ramadhan, aku rasa agak keberatan untuk menyusahkan Ros lagi sekali. Dia tentunya akan sibuk dengan keluarganya dan persiapan untuk berbuka puasa. Kalau jumpa dengan dia pun, mungkin hanya untuk bertanya khabar dan bertemu muka sahaja, bukannya dengan pelbagai aktiviti beli belah. Walaupun suaminya memang sporting gila (Aku dah tanya dia kalau-kalau dia ada adik ipar yang hensem dan sporting macam cik abang sayangnya tu...awal-awal lagi dia bagi tau hanya suaminya sahaja yang terbaik hu hu hu...kalau tak, leh aku jadi adik ipaq dia la la la), tapi rasanya aku perlu respek dengan kehidupan mereka terutama pada bulan Ramadhan sebegini.

Jadinya, bagi rakan-rakan yang rasa teringin nak kirim tu, bolehlah bagi tahu dengan detail melalui emel ke, ataupun tinggalkan pesanan pada bahagian komen. Ini bukannya satu perniagaan besar-besaran sebab aku memang tak reti nak berniaga. Masa balik dari Kota Kinabalu tempohari, kakak merungut sebab tak belikan broach untuk keperluan raya nanti. Aku pun rasa terkilan juga dengan kealpaan itu. Sebenarnya tak terfikir langsung pun pasal persiapan raya, sebabnya, aku tak pernahpun bersiap apa-apa untuk raya selama ini. Tak ada baju baru, tak ada apa-apa persiapan kecuali balik kampung. Aku hanya bank in sejumlah tertentu untuk Mek buat persiapan raya sahaja, selebihnya, tak ada. Sebab itu kuih raya pun aku beli selepas raya, itupun untuk tekak aku sendiri je. Rumah di Bangi ni sentiasa tertutup pintu pagarnya hu hu hu (rumah yang tak diberkatilah katakan...).

Bila Dr. Jo telefon pagi tadi masa aku masih lagi selesa di dalam selimut tebal (bestttt woooo pepagi peramkan diri dalam selimut), bagi tahu yang aku perlu ke Kota Kinabalu hujung minggu depan, aku segera sms kakak. Dia menjerit bersemangat sebab nanti anak daranya yang dua orang tu berpeluang juga pakai gelang tangan mutiara masa raya nanti. Memandangkan beberapa orang rakan juga pernah bersungut nak kirim sesuatu sebelum ni dari Kota Kinabalu, aku putuskan untuk menulisnya di sini, walaupun sebenarnya aku tak suka kecoh-kecoh masa nak pergi ke mana-mana.

Berhajat untuk beli mutiara sabah, atau batu-batu pelbagai warna dan bentuk dari Sabah? Silalah beritahu awal-awal. Nak budget masa untuk pergi beli belah kat sana nanti, nak juga budget syiling kat poket sebagai pendahuluan. Kiranya ada lebihan budget, bolehlah beli lebih sikit untuk rakan-rakan yang tak sempat nak confirmkan awal-awal ataupun yang terbabas baca blog ni. Harapnya tak ada kes sebegitu ya...




Isnin, 8 Jun 2009

Hujung Minggu yang Penat, tapi Hepi

Hujung minggu. Jumaat memang aku tak pergi kerja. Malamnya hantar kakak dan keluarga ke Hentian Kajang untuk balik kampung. Bertolak dari Hentian Kajang jam 8.35 malam dengan bas Mahligai yang nampak macam nazak je. Masa tengok bas tu, aku rasa macam menyesal je tak hasut dia beli tiket bas Mutiara ke, Puteri ke, Transnasional ke masa dia beli tempohari. Manalah nak tahu basnya sebegitu.

Dari Hentian Kajang, langsung aku ke pejabat sekejab. Print beberapa benda sebagai bekal untuk siapkan pada hujung minggu. Jam 9.45 malam, kakak hantar sms, beritahu mereka masih di Hentian Putrajaya tunggu bas. Bas yang mereka naik tadi, bukannya bas sebenar (W16). Jadi mereka terpaksa tunggu di Putrajaya selama 4 jam kerana kononnya berlaku kesesakan akibat kemalangan. Bas berkenaan masih belum sampai di Puduraya. Anggaran sampai pada jam 1 pagi.

Satu pagi? Dengan anak kecil sebegitu mereka perlu tunggu hingga jam 1 pagi? Jam satu lebih, kakak sms mengatakan bas belum muncul jugak. Pihak pengurusan Mahligai tak nampak batang hidung sekeratpun. Mereka yang menunggu tercangak macam tunggu buah kelapa komeng. Tunggu punya tunggu, akhirnya seorang pak cik dari syarikat Mahligai muncul. Katanya kena tunggu lagi dua jam. Fuihhh...kalaulah aku yang tunggu kat situ, rasanya dah tenggelam hentian bas tu aku benam dalam tasik Putrajaya!

Sebelum tidur, niatnya sebelum subuh nak balik kampung. Dah set alarm telefon untuk bangun jam 4.15 pagi. Namun, disebabkan tidur yang lewat (3 pagi), ketika alarm kejutkan aku, entah bila masanya aku tutup. Sedar-sedar dah pagi. Dah terlalu lewat untuk bertolak. Bertolak lewat, maknanya akan lewat sampai. Lewat sampai, maknanya terlebih letih. Kalau dah terlebih letih, apalah gunanya balik lagi kalau sekadar untuk tidur. Hari ahad dah nak balik Bangi semula. Akhirnya, rancangan untuk balik kampung aku batalkan.

Bila sampai hari Sabtu, macam rindulah pulak dengan pejabat. Jadinya, terhegeh-hegehlah aku pergi ke pejabat untuk print satu benda yang kononnya bolehlah aku siapkan pada hujung minggu sebegini. Hampeh, Elektrik tak ada! Kerja-kerja pengubahsuaian pejabat buatkan mereka tutup bekalan elektrik. Dari pejabat, aku pergi ke Cheras. Nak ambil herba yang selalu aku guna. Dah dua minggu habis. Lama tak ambil karang, migrine aku lagi susah nak kawal. Penat je bersesak pergi, tapi tutup. Lagi sekali hampeh. Macam mana aku boleh lupa yang hari Sabtu tu Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Bazir masa, bazir petrol je!

Nasib baik malamnya dapat buat kerja dengan baik. Begitu juga pagi Ahad. Niat untuk menung di Taman Tasik Seremban terpaksa ditunda kerana ada SuaRasa di Paroi. Hari minggu sebegini, dengan musim cuti sekolah pula, tentu akan sesak di Seremban bila ada acara sebegitu. Terfikir juga nak pergi mandi sungai kat Hulu Langat. Ada tiga kawasan sungai yang boleh mandi manda kat sana; Sungai Tekala, Sungai Gabai dan Sungai Batangsi. Sungai Batangsi ni paling jauh, berhampiran dengan perkampungan orang asli. Semua tempat ni dekat je dengan Bangi, 15 minit dah sampai. Kemalasan yang menguasai diri buatkan aku berkurung dalam rumah, buat kerja sambil mengadap TV.

Petangnya, aku keluar ambil angin sambil ronda-ronda sekitar Bangi. Tujuan utama sebenarnya, dapatkan beberapa barang yang dah lama nak beli, tapi tak sempat nak belipun. Sambil-sambil tu aku melilau pula ke beberapa nursery, cari pokok-pokok yang boleh ditanam untuk tambah bilangannya di depan rumah. Hasilnya, bertambah 3 pokok bounggavilla. Satunya terus sahaja dipasukan sebaik sampai di rumah. Teruja! Warna purple lembut yang menawan. Satu lagi warna merah terang dengan kuntumnya yang kecil. Terakhir warna putih-pink lembut. Selain itu, aku beli juga dua pasu keladi dan pokok lidah buaya. Yang ni akan kubawa ke pejabat bila dah besar sedikit nanti. Rasa macam nak hijaukan pejabat pulak.

Ingatkan malamnya, dapatlah sambung balik kerja yang kutinggalkan siang tadi. Namun, pendedahan kepada suhu yang berlebihan pada petangnya (walaupun dah taklah panas sangat pada jam 5.00 petang) buatkan kepala ting tong. Telan dua biji ubat migrine pun masih belum surut denyutnya. Jadinya, layan TV pun tak gunakan. Hanya dengar TV je.

Nak kata menyesal keluar rumah petang tadi pun susah juga. Bila terkenangkan tiga jenis bounggavilla yang cantik tu, tak jadi nak menyesal. Aku perlukan 2 pasu untuk tanamnya dengan lebih sempurna. Tiga pasu bounggavilla dalam pasu plastik yang dah pecah sana sini itupun perlu tukar juga. Di Bangi, pasu yang sama saiz dengan pasu aku beli di Nilai 3 dulu, paling murah harganya RM6.50 satu. Kalau di Nilai 3 dulu RM10 untuk 3 pasu. Itu dahulu, sebelum cuti sekolah. Kalau pergi pada musim cuti sekolah ni, entahkan dapat ke tidaknya. Entah bila lagi nak pergi ke Nilai 3 lagi. Nak beli pasu.

Ada sesiapa nak tompangkan bonet kereta untuk aku angkut pasu di Nilai 3?