Selasa, 27 Mei 2014

Video Nak Tukar Darah Gara-Gara Makan Cadbury Ada DNA Babi


Mula-mula aku bantai gelak sampai keluar air mata…geli usus aku dengan kenyataan makcik ni;



Ringkasan ceritanya: Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan. Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.


Akhirnya air mata tu tak mahu berhenti walaupun usus aku dah tak geli lagi. Ya Allah, sebesar ini diturunkan ujian kepada kami!

Aku bukan orang pakar untuk keluarkan apa-apa fatwa, tapi dengarkanlah nasihat orang yang lebih mengetahui, pendapat Dr. Maza tentang cuci darah sebab makan coklat Cadbury;

Bukan hanya makan babi tu haram ya...makan rasuah pun haram. makan riba pun haram, berjudi bertaruh juga haram...



8 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Cokelat Cadbury tu makanan ruji ke sampai nak tukar darah? ….. huhu

anyss berkata...

YB: kalau makanan ruji pun, bukannya kena tukar pun. Mana mai fatwa tah kena tukar darah...habis tu curi tulang masa kerja nak tukar apa pulak?

Khamsi Abdullah berkata...

sakitnye la jiwa umat.. kepada admin blog.. jangan ponteng kelas agama kalau xnk jd gtu.. haha

anyss berkata...

Sdr Khamsi Abdullah: Lama betul sdr tak timbul di sini, terima kasih sudi lagi bertamu.

insha Allah, daku murid yg takut dengan rotan Tok Guru, tak jadi ponteng. itulah hikmahnya...

Khamsi Abdullah berkata...

Maaflah..blog yang saya ikut sudah mencecah 700+ dari tahun 2010. Makanya, kadang-kadang tu ada yang terlepas dekat blogger newsfeed. m sori..

makcikkantin berkata...

Kalau lah kita tak arif...seeloknya sebelum keluar kenyataan rujuklah pd pakar dulu kan?? Kan dh ter-memalukan diri.

anyss berkata...

Khamsi abdullah: terima kasih masih lagi sudi BW sebab saya sendiripun sudah makin tak sempat nak buat.

anyss berkata...

Makcik Kantin: Itu sepatutnya, apalagi dia mewakili sebegitu banyak NGO...terlalu emosi buatkan kita terlepas cakap banyak perkara.