Khamis, 13 Mac 2014

Fisioterapi Pertama

Kejadian berlaku pada hari Rabu 5 Mac 2014. Dek tak mahu menunggu lama seperti dalam operasi mengumpul MC, makanya aku turun rumah jam 6.50 pagi. Singgah di Petronas beli bekal (sebotol air mineral, sebiji roti dan sebekas mehun goreng bodo).

Sampai di kawasan parking dah 7.15 pagi…macamlah jauh sangat kan? Maknanya aku tak memecut tu…macam kura-kura bawak kereta huh u hu. Masih banyak lagi tempat kosong, tapi aku perhatikan, menjelang 7.30 pagi, tempat parking dah pernuh.

Dari kawasan parking, aku ambil masa 20 minit untuk ke lobi utama, kemudian terus ke Jabatan Fisiologi. Mula-mula nampak lagi anak panah ke jabatan ni, bila dah masuk situ, tetiba dah bertukar jadi Jabatan Rehabilitasi. Entah bila perkataan ni wujud, ketinggalan zaman betul ambo!

Sebab tak pasti, aku tanya seorang adik beruniform biru yang selisih di muka pintu. Dia mengatakan memang dah betul tempat tu. Terus aku ke kaunter, tunjuk surat daripada Dr. Wahida.

Aku diminta tunggu sekejab di kaunter sebelah sebab orang yang uruskan temujanji tu belum sampai. Ingatkan aku akan dapat tarikhnya sahaja hari ini, rupanya masih ada kekosongan slot untuk pagi ni. Apa lagi, terus sahaja aku bersetuju. Jangan buang masa kan…alang-alang dah datang. Balik rumah pun bukan ada apa yang aku buat kecuali baca novel dan baca FB huh u huh u alangkah bahagianya hidup! Dah lama hidup aku tak lalui detik-deting senggang yang panjang hu hu hu hu
slipped disc...moga2 fisio cepatkan proses pemulihan

Jam 8.30 depa panggil nama dan bilik terapi ikut jenis fisio yang nak buat. Di bilik berkenaan, kena bagi dulu buku temujanji sebelum dipanggil masuk. Ini terapi fisio aku yang pertama kat sini, jadi Cik Puan Ira bagi penerangan dan ambil maklumat tentang kecederaan sebelum mulakan terapi. Berikut adalah latihan fisio yang aku kena buat sepanjang tempoh jam 8.30 pagi hingga 10.45 pagi tu…lama kemain:

  1. Duduk di kerusi. Luruskan kaki kanan dan kiri bergilir-gilir dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  2. Duduk di kerusi. Luruskan kaki kanan dan kiri bergilir-gilir, cuba sentuh hujung jari kaki dengan tangan dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  3. Berdiri gunakan satu kaki (kanan dan kiri) dan bilang hingga 10. Kaki kiri aku Berjaya buat. Kaki kanan tak boleh. Setelah berlatih berkali-kali, hanya mampu buat dalam kiraan 4 sahaja.
  4. Baring di katil. Angkat kaki 25 darjah, bilang satu hingga 10. Buat gilir-gilir kaki kanan dan kaki kiri dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  5. Baring di katil. Angkat kaki 45 darjah, bilang satu hingga 10. Buat gilir-gilir kaki kanan dan kaki kiri dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  6. Baring di katil. Angkat kaki 90 darjah, bilang satu hingga 10. Buat gilir-gilir kaki kanan dan kaki kiri dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  7. Baring di katil. Rapatkan lutut ke dada dalam kiraan 10. Ulang 5 kali.
  8. Baring di katil. Buat macam gambar di bawah, gilir-gilir kaki kiri dan kanan dalam kiraan 10 sebanyak 5 kali.
  9. Baring di katil. Bengkokkan lutut. Tolak kaki kanan ke kiri dalam kiraan 10, manakala kaki kiri ditolak ke kanan dalam kiraan 10 juga. Ulang sebanyak 5 kali.
  10. Meniarap. Luruskan kaki kiri dalam kiraan 10, begitu juga dengan kaki kanan.
  11. Meniarap. Letakkan hotpad kat belakang selama 15 minit.
  12. Meniarap. Letakkan plat 4 keping di beberapa tempat di belakang, kemudian getarkan mengikut kelajuan yang sesuai selama 15 minit.

Itulah pengalaman hari pertama buat latihan fisio di Hospital Sedang. Baliknya penat kemain. Yang penting, esoknya sakit-sakit satu badan macam mendaki gunung everest hu hu hu hu

Semasa pertemuan kedua, aku buat semua latihan kat atas dan tambah lagi satu latihan: kayuh basikal macam kat bawah ni selama 15 minit.



Fuhhhhh! Penat giler. Semoga cepat boleh berlari ya…

9 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan akak.

ellynadyra berkata...

haaaaaaaaaaaa
saya pun fisio gak
kat hukm
lebih kurang je ngan exercise saya
rajin2 buat tau
kat umah kerap buat
insya Allah cepat baik
boleh men bola sepak pas ni!

Murni Alfathunnisa berkata...

semoga cepat sembuh dan dapat berlari dengan gagah...chaiyooK!

anyss berkata...

tata: terima kasih

anyss berkata...

Elly Nadyra: hu hu hu hu jom kita! tapi kat umah tak berapa rajin...sebab badan dah sakit2 keesokan harinya huhuhuhu

anyss berkata...

Murni: chaiyokkkk!

Shahmin berkata...

Bape kali appointment seminggu? Bape byran per sesi?

anyss berkata...

shahmin: hospital kerajaan byr rm2 hengget je tapi fisionya 2x sebulan je sbb orang ramai tunggu giliran. kemudian sekali sebulan. kena buat sdiri kat rumah harapkan fisio kat situ mmg tak efektif langsung.

akufisio.blogspot.com berkata...

Info yang menarik dan boleh dikongsikan dengan masyarakat..
Boleh lawati di blog saya
akufisio.blogspot.com untuk berkongsi info tentang kesihatan dan fisioterapi