Selasa, 9 Oktober 2012

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Gembira Dengan Pekerjaan Semasa Mereka?


Satu kaji selidik JobStreet.com mengenai Kepuasan Pekerjaan Warga Kerja di Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa 78 peratus daripada responden tidak gembira dengan pekerjaan semasa masing-masing. Walaupun pendapat biasa menyatakan bahawa sebab utama ramai bakat muda meninggalkan syarikat masing-masing adalah berikutan gaji yang rendah, hanya 17 peratus daripada 1,145 responden memetik sebab itu sebagai faktor utama mempengaruhi mereka tidak gembira.

Menurut JobStreet.com, ketidakpuasan dengan skop pekerjaan adalah sebab utama ramai menyatakan tidak gembira untuk bekerja. Faktor lain ialah hubungan yang dingin dengan penyelia terdekat atau ketua masing-masing, manakala, baki 22% responden, yang gembira bekerja menunjukkan tiga faktor utama yang mempengaruhi kegembiraan masing-masing, iaitu; 50% gembira dengan pengalaman dan cabaran bekerja, 21% suka dengan ketua yang menghargai dan menilai produktiviti, manakala 19% gembira kerana hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja.

Gaji bukan faktor utama mempengaruhi kegembiraan di tempat kerja walau pun hanya 11 peratus berkata mereka mendapat gaji yang lumayan.

Secara keseluruhannya, warga kerja bersetuju bahawa perubahan muktamad menentukan kesejahteraan mereka di tempat kerja, perlu termasuk peluang bagi perkembangan kerjaya dan keseimbangan antara kerja dan kehidupan di dalam syarikat. Jika keperluan itu tidak dipenuhi, majoriti (62 peratus) berkata mereka akan mencari pekerjaan lain bagi mencari kegembiraan di tempat kerja.

Kaji selidik dilakukan JobStreet.com ini melibatkan 1,145 orang pekerja, dengan 62% daripadanya terdiri daripada kumpulan pengurusan pertengahan.


Komen aku: sejak kerja aku tak pernah naik pangkat, tak pernah dapat cemerlang, tak pernah disenangi oleh pihak pengurusan dan selalu dapat tekanan termasuk ditekan untuk naik, namun aku suka dengan kerja aku.

Dah ramai kawan cuba racun pemikiran untuk aku pindah tempat kerja sebab mereka tahu macam mana aku kerja, apa yang mampu aku buat…namun, aku masih juga melopong di sini dengan sebab aku yang tersendiri. Berbanding rakan-rakan yang lain, aku sedar gaji aku tak seberapa, peluang naik tak ada kerana aku bukan kaki ampu sebaliknya akan berterus terang jika ada yang tak kena, namun matlamat aku kerja bukan sahaja sebab gaji, kegembiraan di tempat kerja dan pangkat semata-mata, tetapi lebih dari itu. Dan “yang lebih” itulah jarang orang memahaminya.

Cik Bintang kata “Kalau rezeki itu memang Allah dah tentukan untuk kita, manusia memang tak mampu untuk menghalangnya” sangat aku akui, namun aku juga tahu…bila terlalu banyak halangannya, rezeki itu lambat sampai. Hanya…pahala mungkin bertambah bila kita sabar dan redha. Moga-moga aku akan lebih sabar dan redha. Moga perjuangan ini mendapat restuNya. Bukankah ujian itu dianugerahkan mengikut tingkat kemampuan kita sahaja? Tak berlebih, tidak juga berkurang.



9 ulasan:

azieazah berkata...

Saya
tergolong, atas 2 sebab teratas itu. Tp bertahan juga, mgkin ada sikit
beza antara kita. Saya ada banyak komitmen, jadi menjurus pengorbanan.
Pastu sendiri set minda yg sedap-sedap seperti, tempat kerja yg sangat
dekat, workstation tak mix dgn orang, bebas buat keputusan atas job...
so soal gaji kecik dan tekanan lain sudah tidak mempengaruhi sangat...

anyss berkata...

Azieazah: masa mula2 keja dulu ada komitment juga, skrg utk diri & org tua je. Dah penat nak berkorban dah kot ;)

Unknown berkata...

lagi satu.. kn redha...
sentiasa kn ikhlas dgn pkerjaan kita.. ramai y masih dok tanam 'anggur'dan dok pilih2....


kalau y dok pujuk2 tu.. boh layan... hehehehe....

pena rozie berkata...

Saya suka dengan kerja sekarang. Alhamdulllah.....

pena rozie berkata...

Sy suka dengan kerja sy sekarang. Alhamdullilah.....

Anaasuria berkata...

suka entri ni.. menusuk gitew... hanya yang memahami je boleh memahami.. eh?

anyss berkata...

Ayu: redha & ikhlas umpama ladang yg boleh kita tanam mcm2.

Daku bukan kesayangan bos hu huhu

anyss berkata...

Pena Rozie: Alhamdulillah. kerja bukan sahaja bekal rezeki meneruskan kehidupan, juga ladang untuk buat kebaikan ;)

anyss berkata...

Anaa: ...errr...errr Bicara dari hati hu huhu...