Isnin, 29 Oktober 2012

Orang Gedebe Langgar Kereta Peronda Polis



Mood lemau!

Penat tak terkata. Orang Kelantan je tahu macam mana penatnya kalau balik raya masa aidiladha.

Gerak balik kampong Khamis lepas jam 5.45 pagi, terlewat 45 minit. Hanya berhenti masa isi petrol dan solat sahaja. Dan, singgah cari tandas juga. Selebihnya hanya di dalam kereta. Ada masa 20km/j, ada ketika 80km/j tetapi yang tak tahannya bila 0km/j selama berjam-jam di tengah hutan sana.


Jalan 2 hala dah jadi sehala...hebat!

Sepanjang masa balik itu, terdapat tiga kemalangan. Itu yang tambah sesakkan jalan. Orang Kelantan memang gedebe…kereta peronda polispun dia orang boleh hentam sampai penyek huh u hu siapalah yang hebat itu. Kereta peronda pun sampai hati korang langgar ya?

Sampai di kampong halaman dengan selamat jam 8.30 malam lebih kurang. Malamnya, tiga kali betis tersentap-sentap kremm. Aduhaiiii!


Kemalangan di Jln Gua Musang-Kuala Krai...


Ahad, jam 5.30 dah gerak datang Bangi. Alhamdulillah, walaupun kenderaan dah berderet masa kami di jalanan seawal pagi itu, namun perjalanan boleh pecut berapa laju pun nak kalau rasa hebat sangat. Aku? Macam biasa hanya 80km/j hingga 130km/j sahaja. Tiba di Semenyih hantar kakak dan anak-anak jam 2 petang. Lepak sekejab dan pecut ke Bangi. Sampai dengan selamat mendarat atas tilam jam 3.20 petang.


Bentong Jem...perjalanan balik bangi

Malam, mood ke laut lagi. Penat belum habis.
Sekarang? Masih lagi mood nak rehat dan urut betis. Biar tak kremm lagi.





5 ulasan:

Dr K berkata...

ya allah, teruknya jem! saya selalu dengar pasal jem balik kelantan ni....5.45am keluar, pukul 8.30pm baru sampai! pengsan saya..keh keh keh

gadisBunga™ berkata...

kesian kete peronda...

anyss berkata...

daddy: Kalau tak tahan hadap benda ni 2-3 kali setahun, mestilah MALU nak ngaku orang kelate. Belum campur musim bola final lagi hu hu hu ...

anyss berkata...

GB: Bagus juga peronda tu kena lanyak...semua bos turun. baru depa tau jalan jem macam mana. Biasa depa buat x tau je, apa jadi tengah hutan tu LANtaK je...harapnya tahun2 akan datang depa lebih prihatin ;)

d0tbl0gsp0td0tk0m berkata...

kalu pegi LONDON tu... dah sampai ...tp org balik kelantan.... masih dalam kete lagi... huhuhuuh