Selasa, 16 Oktober 2012

Nak Buat Apa Dah Pencen Nanti?


Sejak minggu lepas, mungkin minggu sebelum minggu lepas, kepala bersimpang siur memikirkan banyak hal hingga hati tak ada kepada tugasan skulah. Kerja skulah sedikit terabai dengan perasaan sedikit celaru. Beberapa perkara berlegar-legar dalam minda antaranya;
  • Berapa tahun lagi nak pencen
  • Cukup tak duit pencen nanti nak tampung hidup aku masa tua dengan kenaikan harga barang yang sukar nak jangka, sedangkan nilai pencen itu dah pastilah tak berubah.
  • Berapa banyak l agi hutang-piutang kena bayar
  • Berapa lama masa diambil untuk bayar semua hutang piutang tu, janganlah nanti dah pencenpun masih lagi bayar hutang
  • Kat mana aku nak menetap, apa nak buat, dan macam-macam lagi.

Orang lain mungkin nak jaga cucu bila dah pencen. Nak nikmati hidup. Aku? Mmmm kena rancang dulu ni...untuk masa sekarang, aku kena siapkan belajar dulu. Selepas tu baru boleh rancang.

Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan mental serta fizikal untuk jalani semua itu.

Bila campur tolak semua, berbelas tahun lagi masa diperlukan untuk sampai ke garis pencen. Dalam tempoh itu, perlu juga merancang sebanyak mana mampu dilakukan untuk agama, bangsa dan negara dengan cara aku sendiri. Cara aku...biarpun ramai juga cuba pengaruhi. namun, asalkan aku rasa apa yang aku buat ni betul serta tak jatuh hukum haram, maka biarlah aku dengan cara aku sendiri.






3 ulasan:

Unknown berkata...

setujuuuu
lps nie rangka peluang tbaik u diri sendiri dan masa depan.

jommm niaga nasi campur

anyss berkata...

Ayu: hu h uhu daku pandai makan nasi campur je ni mcm mana?

Anaasuria berkata...

lepas pencen nak ngajar budak ngaji Quran.. pastu nak bukak tadika..nak jadik cikgu besau.. hee.. kita takde pencen, bukan orang gomen...