Rabu, 31 Oktober 2012

Menghargai Pemimpin Amanah Dan Tepati Janji


Bila Perdana Menteri Malaysia kita yang terchenta, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji, aku memang setuju sangat-sangat. Lebih sejuta kali aku setuju. Kira macam setuju tanpa berbelah bahagi ni…bukan mudah untuk aku setuju aje dengan ucapan PM kita semasa berucap dalam majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

Sekarang ni kan musim pilihanraya dah nak dekat. Jadi kita sebagai rakyat marhaen yang hanya BERKUASA sekali dalam tempoh lima tahun ni perlulah gunakan sebaiknya peluang yang ada. Pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan, wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara. Betul sangatlah kata-kata Perdana menteri kita itu. Aku sokong sepenuhnya. 500% lagi sokongan aku.

Kalau ada pemimpin yang cakap tak serupa bikin tu, atau jumpa kita sekali dalam masa lima tahun tu…baiklah kita lupuskan sahaja. Membazirkan beras je kita simpan pemimpin macam tu. Kita perlukan pemimpin yang kotakan janji mereka, kalau hari ni berjanji nak bangunkan negeri kita, maka sepanjang lima tahun tu kenalah mereka bangunkan sungguh-sungguh. Bukannya dok seluk poket bilang RM je.

Kalau janjinya nak bela rakyat marhaen macam kita, maka dah pastilah kehidupan kita patut dibela, bukan hanya mengharapkan “budi dibalas” sebab kita tak pernah pun minta mereka berjanji untuk bela kita. Mereka berjanji tanpa kita paksapun. Bila janjinya tak mahu naikkan harga petrol, maka tak naiklah. Itu yang dikatakan tepati janji. Kalau janji nak buat lebuhraya, maka binalah lebuh raya. Baru amanah namanya.

Maka seperti itulah juga tentang janji-janji yang lain. Kalau janji mulut masa kempen pilihanraya pun mereka tepati dengan slogan janji ditepati, maka bangga sangat-sangatlah aku yang jadi golongan rakyat marhaen ini agar semua janji yang ditandatangani atas kertas juga tidak dimungkiri. Namapun amanah kan? Namapun tepati janji kan? Kalau janji lisan yang hanya laku di youtube itupun sangat bersungguh-sungguh benar mahu ditepatinya, dah tentulah janji yang dibuat secara bertulis juga terlebih-lebih lagilah kan?

Errr tetiba aku rasa lapar pula. JOMMM, malam ni kita makan capati sambil bercerita tentang kelebihan menunaikan amanah bila berjanji…dah rindu capati dengan ayam ;)






6 ulasan:

Unknown berkata...

jommmm. sambil tu borak sambil intai2 aciii

eelobor berkata...

saya juga amat bersetuju tanpa berbelah bagi dengan hati yang penuh iklas setiap kali PM kita mengumumkan bonus/imbuhan atau juga pelarasan kenaikan gaji

eLL berkata...

salam kak anyss. sebelum ni borak di fb je, itupun kaddang, kaddang...

tak tahulah nak balik mengundi ke tak tahun ni, jem teruk kalau balik nih. huhu

anyss berkata...

Ayu Citarasa Rinduan: hu hu hu roti nan! roti nan!

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu nak terima jugak kena ikhlas ;)

anyss berkata...

eLL: Tu lah...sib baik ada FB, leh lah usik mengusik sesekali kan?

Huihhhh! rugi beberapa undi tu kalau tak balik ;)