Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta Viva dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Meraga Beris, Kemaman, 4.30 pagi pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah: Noran Ali, 39, dan anak perempuannya, Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4 tahun, selain saudara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.
Dua anak Noran yang lain iaitu Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (HTAA).
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres. Bas telah menyeret viva berkenaan sejauh 200 meter. Kereta Viva remuk dengan semua mangsa tersepit di dalamnya. Jenazah semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad selepas Asyar petang tadi.
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Takziah kepada keluarga mereka.
5 ulasan:
alfatihah....
viva naik 8 orang...?
Zino: Semoga mereka ditempatkan bersama golongan yang dikasihi.
Kang Latep: Selamat datang...jangan lupa datang lagi lain kali ya.
Itulah...8 orang dlm satu viva
As salam Anyss,
Innallillah...
Teringat dulu kan masa pergi kursus pemanduan sblm dpt lesen dulu... Kata cikgu tu nak bawak kereta pun kena check kestabilan/keseimbangan... 8 org dlm kereta Viva mmg terlalu ramai... Tp tu semua sebab musabab kalau dah smp masanya kan...
Al Fatihah...
Catat Ulasan