Memaparkan catatan dengan label berita palsu Osman kering meninggal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita palsu Osman kering meninggal. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Osman Kering Kritikal?


Aku ada baca di beberapa blog yang menulis tentang
Kematian seorang artis pelakon dan pelawak tanahair Sdr. Osman Kering
Dikatakan telah meninggal dunia jam 7 petang tadi
Boleh tak jangan main-main dengan hidup mati orang?

Patutnya kita doakan moga-moga beliau cepat sihat
Dah banyak kali hal-hal kematian orang popular sebegini
Tersebar melaut di blog, facebook, twitter sebelum mereka dijemput
Kenapa kita tak pernah serik ya?
Dulu arwah Bob Kuman, kemudian arwah Latif Ibrahim
Adakah akan sama dengan Sdr. Osman Kering juga?

Hasil siasatan detektif tak bertauliah ni,
Aku dapati berlaku kekeliruan tentang berita ini apabila ada pihak yang melaporkan
pelawak dan pelakon Osman Kering telah meninggal dunia.
Kesilapan itu dipercayai berpunca dari masalah komunikasi
antara anak lelaki beliau dengan wartawan
anak perempuan Osman Kering pula mengatakan
 bapa beliau kini sedang kritikal di HUKM.
Berlaku salah faham sebab nadi beliau tak dapat dikesan masa di rumah
tetapi doktor berjaya memulihkannya di HUKM
Kita doakan yang terbaik untuk Osman Kering. Semoga dia kuat ya...

Tahniah kepada blogger Sinar Raudah, berani buat pembetulan
dan tulis semula entri baru, sebab ada juga blogger tersohor dah delate entri
bila dah sedar semua tu khabar angin
Ramai juga artis tanahair telah ucap takziah
kepada keluarga yang boleh kita tengok kat status FB atau twitter mereka



TERKINI: Berikut aku salin dan tampal berita dikeluarkan mstar;


Tolak Dakwaan Meninggal Dunia, Osman Kering Kritikal Di ICU


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin. "Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali. Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya. Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. "Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.