Memaparkan catatan dengan label YAKIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YAKIN. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Permohonan Tawaran Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan


PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

2. Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja).
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

3. Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.
Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM1.00.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :


PENGARAH

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel : 09-7483213/7446127

- En. Mohd Khairil Hazmie b. Yusof
- En. Wan Mohd Sabri b. Wan Yusoff
- Pn. Rosseinni bt. Mohd Yusoff
- En. Mohd Azman b. Mohd Yusoff
- Pn. Wan Faridah bt Wan Mamat

4. Permohonan adalah dibuka pada 04.06.2012 ( Isnin ) :-
i) Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2012, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2012.

5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.

6. Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.