Ahad, 29 Januari 2012

Azan Berkumandang dalam Gereja

Jika hati anda tidak tersentuh mendengar laungan azan ini
Ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku
Sila semak semula hati anda sebelum jadi lebih mudarat




seseorang pernah tanya aku:
boleh ke kita masuk rumah ibadat agama lain?
[wat, gereja, kuil…]
atau kalau kita ke youtube dan lihat semua komen-komennya
aku tertarik dengan satu persoalan:
apa perlunya laung azan dalam gereja ni?

Sila jawab! sila jawab!

Sabtu, 28 Januari 2012

Seberapa Mudah Beri Kata Maaf?

Ada orang mudah sangat memaafkan, sekali minta maaf
terus dimaafi
ada orang lain, kena pujuk bagai
belanja Pizza, aiskrim segala
masih juga moncongkan mulut tak puas hati
atau sebenarnya mohon dipujuk?

Bagi aku: kalau silap itu sekadar sesuatu yang mudah
tak banyak kesannya hanya kesan mental sahaja
tak payahlah besar-besarkan cerita walaupun masa itu
kondisi mental tak begitu stabil
setelah bersiram manjakan hati dan kenyangkan perut
semuanya akan terlupakan
namun, andai salah itu memang dirancangkan
sukar juga nak terima
tambah lagi kalau melibatkan kecederaan mental dan fizikal
lagi-lagilah ekonomi yang dicacatkan


anda bagaimana? dapat tak Aku Maafkan Kamu?

Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jumaat, 27 Januari 2012

Kenaikan Gaji Berganda Setelah Semakan Semula SBPA?


Ini hanya khabar angin yang sentiasa sahaja bertiup kencang
Asal sahaja berkaitan kenaikan gaji
Atau pemberian bonus kepada Penjawat Awam
Cepat aje beritanya tersebar
Padahal kesahan atau kesahihannya belum lagi dibuktikan.
Tapi, kalaulah betul pokok yang bergoyang tu angin yang tiup
Bukannya ada kera bergayut
Syukur Alhamdulillah. Aminnn. Doa-doalah ya reramai.

Kalau ikut kata Perdana menteri beberapa hari lepas
Semakan semula SBPA terutama tangga gaji
akan berlangsung selama tiga bulan
iaitu hingga April 2012 barulah diketahui apa yang jadi
namun kalau rajin berjalan di dunia maya
pelbagai spekulasi, khabar angin dan rumus dah tersebar luas
aku pun tak pasti mana mereka dapat semua cerita ni
kononnya kenaikan gaji penjawat awam berganda-ganda lagi
berbanding yang dah diberitahu naik awal bulan Januari lepas
betul ke tidak, aku memang tak ada jawapannya
tunggu sahaja keputusan semak semula tangga gaji SBPA itu nanti

Namun, yang aku nak sentuh kat sini adalah:
Walaupun gaji penjawat awam belum lagi naik
[dahulu katanya akan naik bulan januari 2012,
Kemudian tangguh hingga Februari 2012,
Sekarang aku tak tahulah pula bila tarikh barunya]
Tidakkah kita semua sedar bahawa
Harga barang dah melambung-lambung naik di pasaran
Sedar tak? Perasan tak?
Ada kesan tak kat kalian?

Siang tadi aku menyopingkan diri kat belakang rumah tu
Satu raga penuh je pun…raga ya, bukan guna troli
Tak belipun beras ya…
Antara isinya adalah: biskut, yogurt, roti Gardenia, megi tomyam
[aku baru nak belajar makan megi sejak harga barang naik
Namun, Nampak gayanya harga megi juga tidak murah ya…]
Neskepe [baru je nak cuba GOLD punya], pembersih muka,
Twisties dan mr potato [untuk kunyah masa berjaga]
Pewangi bilik [yang paling murah RM5.90]
Keseluruhannya hampir RM100
Fuyoooooooooooooo terkejut badak, gajah, unta, zirafah, kancil, badak air,
Rimau, Serigala jadian, Landak, tikus hutan, ayam serama AKU!
Fuhhh…tengok betapa banyak jenisnya terkejut aku tu!

Disebabkan aku hanya pakai selipar getah
yang layak diguna untuk masuk jamban je
agak terketar-ketar jugalah tangan aku nak membayarnya
nasib baik aku tak ambil troli kemudian angkut
beras, gula, tepung, kicap, sos bagai
gamaknya, laku tak selipar getah tu untuk tebus bayar semua barang
yang aku terlebih ambil tu sebab tak berapa nak cukup duit dah
Ohhhhh! Rasanya aku dah layak untuk mendaftar
di Jabatan kebajikan Masyarakat sebab ketidakmampuan hingga tahap begitu
cuba kita tanya sedara Eelobor kelayakan untuk memohon kat situ

Sila buat entri ya Eelobor!
Adakah ini hanya fonomena biasa musim perayaan,
ada harapan tak harga barang akan turun selepas Chinese New Year ni?
ke akan terus melambung-lambung naik macam belon gas yang terlepas?

PSSSST: Berita tengahari tadi kata:
Gaji bulan Februari masih lagi dibayar guna sistem SSM
gamaknya bila gaji SBPA boleh dapat ek?
Ada tunggakan tak? hu hu hu jangan baling aku dengan selipar Jepun ya
tanya jauh dari sudut hatiku hu hu hu 

Khamis, 26 Januari 2012

Hanya RM70 Ribu Untuk Jadi Wanita?


Terbeliak sekejab biji mata aku masa tengok muka depan Metro Ahad lepas
Maaflah ya…kisah dah basi hu hu hu

Aku memang akui golongan “Wanita Jadian”, Nyah ataupun pondan ni
Ramai yang lebih cantik dari wanita tulin
Lagilah kalau nak bandingkan dengan aku yang sentiasa berserabai
Malas nak melawa dan menyeksikan diri
Memang dah tahu sangat akan kalah

Dulu aku pernah tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya
Alaaa tak kan lupa kot, kat tempat yang berlaku rusuhan kaum tu
Sekejab sahaja aku tinggal situ, tak sampai empat bulanpun
Tetapi banyak perkara yang aku belajar
Termasuklah aku menyaksikan dan mengagumi seorang nyah ni
Sekali pandang, aku yang perempuan ni pun tak berkelip mata memandang
Apa lagi lelaki saying oiii tak payah nak tunjuk baik kata tak akan pandang
Sebab aku pandang dia sampai dia hilang dari selekoh

Kalau ikut madah pujangga dulu dulu, dikatakan;
Betisnya yang putih melepak itu bunting padi
Panjang melangkah bak model dengan lenggok punggungnya
Bergetah tergoyang kiri dan kanan dek lantunan kasut tumit
Kulit mulusnya bak artis k-pop [apa ke jadahnya tetiba k-pop keluar kat sini?]
Dan senyum manisnya bagaikan
mentari pagi yang malu-malu memunculkan diri
belum kira semerbak baunya yang terheret di kaki malam
fuhhhh pendek kata [panjang tak kata apapun]
memang lupa dunialah sekejab.
Itu aku yang perempuan, kalau lelaki memang boleh lari iman!

Aku juga pernah jumpa golongan ini yang
Sopan ayu manis mulus berbaju kurung segala
Siap bertudung litup lagi
Ingatkan gadis pingitan mana, tetapi
menyedarinya bila mereka bersuara

jadi, saingan perempuan sekarang ni bukan sahaja dengan perempuan
bukan sahaja dengan janda, tetapi juga…golongan ini
sila berhati-hati ya, lelaki…aku tak reti nak jawab
andai bunga yang dikau puja itu
durinya menikam dada la la la

Berbalik dengan skop Metro Ahad lepas;
kos RM70 ribu untuk tukar jantina termasuk
melakukan pembedahan menukar alat sulit,
membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.
lebih murah berbanding sebelum ini [RM100,000]
hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu sahaja.
Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan
kerana memiliki kemudahan dan kepakaran serta murah
Seronok sangat ke jadi wanita?

Sila jawab! Sila jawab!
Apa-apapun, aku bersyukur jadi perempuan asli
Walaupun tak mampu sediakan kos RM seribu sebulan
Semata-mata untuk kelihatan cantik
RM50 untuk facial sesekali tu pun dah rasa sangat mahal
Maklumlah, tak ada orang sponser
Ada sesiapa nak sponser tak? FREE tanpa apa-apa syarat ya…
Amal jariah semata-mata la la la

Rabu, 25 Januari 2012

Nak Jadi Raja Kena Panjat Menara Tambatan Diraja

Tiket...untuk panjat anak tangga

Pandangan Darat tak dan nak snap ari tu [gerimis]: Sumbernya

Pandangan dari atas menara: sebahagian KB


Kat belakang tu Tambatan Diraja, tempat sukat banjir. Dahulu jadi tempat raja mendarat hu hu hu

Selasa, 24 Januari 2012

Kekurangan Minyak di Pasaran Semasa Tahun Baru Cina?


“Peniaga yang kehabisan bekalan minyak masak

boleh mendapatkan bekalan di pejabat cawangan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara

ketika musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata

pihaknya menyediakan stok simpanan minyak masak yang banyak

sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kehabisan

atau kekurangan bekalan minyak masak sempena cuti perayaan itu”


Wahhhhhhhhhhh hanya untuk peniaga dan peruncit sahaja?
Akhir tahun lepas, masa balik kampong
Aku bawa balik sekotak (17kg) minyak masak
Untuk bekalan dan kegunaan Mek
Masa kakak balik kampong sebelum itu
Dia menyaksikan bagaimana kroniknya bekalan minyak masak
Terutama di kampong mertuanya di Tanah Merah
Kebetulan, mertua kakak ada kedai runcit
Orang terdesak sangat tak ada minyak masak
Sampaikan sanggup beli minyak masak yang dah guna dalam kuali orang
Kalau tak ada minyak masak, karang nak masak macam mana
Kalau aku tak apalah; stim, kukus, rebus ,singgang aku memang suka
Tapi untuk orang Kelantan yang lain
Mana boleh kalau tak tambah kolesterol dalam darah hu hu hu

Mek kata “dah naik harga nanti, banyak semula lah”
hu hu hu Mek pun dah reti nak baca taktik sorok barang  ni
taktik pilihanraya Mek tau dak?
kalau tanya Mek, dah tentu dia akan senyum lebar
banyak makna tu!

Dengan 17 kg minyak masak yang kami usahakan beli di Selangor ni
Mek tentu lebih lega dari orang lain
Dia boleh menggoreng dengan riang ria walaupun hanya tiga beranak aje makan
Dan perangai Mek juga, dia suka simpan stok
Gula ada cukup stok untuk seminggu
Kalau aku, 1kg mungkin boleh guna untuk 2-3 bulan
Bagi Mek di kampong, 1kg hanya untuk sehari
Jangan lupa, kami orang Kelantan
Kena MANIS huh u hu
Bila aku kelihatan kurang sedikit manisnya
berbanding jelitawan Kelantan yang lain, sebabnya hanya satu:
aku dah kurangkan manis dalam makanan
hingga terkurang pula manis dalam senyuman
tanpa sedar, boleh gitu ek?

Isnin, 23 Januari 2012

Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Tebusan Di Kampung Baru

Wahhhhh, terkejut Kanggaroo sekejab aku masa tengok entri Mazidul
seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun (maklumat awal)
[malamnya dalam Buletin Utama di TV3 dikatakan 10 tahun]
dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dalam rumahnya sendiri
di lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru Kuala Lumpur.
masa entri itu ditulis dalam jam 1.24 tengahari tu
dah dua jam drama mendebarkan tu berlaku
jadi sepanjang masa, aku asyik dok terjun masuk blog dia
nak tengok perkembangan terkini tapi hampa
akhirnya blog Ondscene siarkan entri ringkas tentang hal ni
itupun dah lewat petang sangat dengan berita ringkas mengatakan
kanak-kanak berkenaan telah dibebaskan.
Alhamdulillah kanak-kanak perempuan itu selamat setelah menjadi tebusan
selama lebih kurang 6 jam
lelaki yang menebus kanak-kanak ini ditembak dirusuk kiri
dan meninggal dunia di hospital

tak boleh bayangkan trauma yang bakal anak itu depani nanti
untuk berita lanjut sama-samalah kita tengok Berita utama malam nanti
aku dapat gambar berikut dari Berita Harian

untuk dikongsikan bersama:


tak sabar nak tengok gambar-gambar dan cerita kat Ondscene
ataupun blog Mazidul

PsssT: maklumat penuh dan gambar-gambar boleh anda tengok di Ondscene  dan laporan lengkap dengan gambar yang sangat banyak di blog Mazidul. Sila baca di sana kerana lebih lengkap, padat dan terus dari tempat kejadian.

Apa Erti Tahun Baru Cina Buat Kami


Ramai yang tertunggu-tunggu kedatangan Tahun Baru Cina
Dengan banyak sebab
Paling utama sebab cuti dua hari
Boleh balik kampong atau berjalan jauh sikit
Bercuti dengan keluarga atau kenalan
Atau agenda sendiri yang lain
Maklumlah…bukan selalu dapat peluang cuti sebegitu
Apalagi kalau cikgu sekolah
Belasah cuti seminggu penuh
Itupun awal-awal lagi dah ganti setiap Sabtu ya
Bukan sesaje je bantai cuti sampai seminggu

Masa aku kecik dulu
Tiap kali Tahun Baru Cina mesti nak makan kuih bakul
Kat Kelantan kami panggil “tepung bakul”
Kat Kelantan, kuih bakul dibuat oleh orang Melayu
Sebab masyarakat Cina tahu apa yang orang melayu (Islam)
Boleh makan dan mana pula tak boleh dimakan
Jadi semangat 1Malaysia ni kira dah berkurun hidup kat tempat kami

Bila Tahun Baru Cina kami selalu dapat kiriman hamper
taklah besar gedabak pun, isi dalam plastik gelenyar je (plastic rokrak)
dalam tu mesti ada kuih bakul dua tiga biji, kacang tanah cap tangan,
air kotak drinho gambar bunga matahari dan buah limau
setahun sekali je dapat
masa dapat tu, kami redah bantai je makan
tapi lama-lama bila dah masuk sekolah menengah
aku dah pandai bertanya mana datangnya semua tu
ayah hanya jawab “Cina Pak Heng” (dan beberapa nama lain…aku dah lupa)
bagi, dia raya…

Masa Aidilfitri pula, aku pernah nampak Mek bungkus ketupat
Macam yang ayah suruh
Bila Tanya nak bagi kat siapa
Ayah kata “Cina Pak Heng” dan beberapa nama lain lagi tu
bagi dia orang rasa ketupat kita pulak
hu hu hu ayah aku memang tinggi semangat 1Malaysia ya kawan-kawan
bukan selalu aku puji ayah ni, kalau dia tau aku puji macam tu
mesti dia tak mandi berbulan-bulan
hu hu hu usah percaya dengan ayat terakhir tu la la la penyedap rasa je

Semua kawan-kawan Cina ayah ni berniaga di Pekan Ketereh
Bila dah besar lagi, aku mula kenal Pekan Ketereh
Mula ingat semula nama-nama kawan Cina ayah yang dia selalu sebut
MakCik Apron Merah bergaya sakan

mercu tanda Ketereh...inilah namanya buah tereh tu (Gajus)

Satu kali, seorang kawan ayah yang berniaga gigi palsu berkahwin
Dijemputnya semua kawan-kawan Melayu dan Cina
Dua hari kendurinya
Hari pertama untuk kawan-kawan Cina dengan segala adat resam Cina
Esoknya, untuk kawan-kawan Melayu pula
Dengan semua makanan dan gerak kerja majlis itu diuruskan sepenuhnya
Dek kawan-kawan Melayu pula

Semasa di Tingkatan Enam
Kawan aku bertambah lagi dengan keturunan Siam
Tengokkan wajah mereka, sama macam Melayu
Cara hidup pun sama hinggakan ada kalangan rakan kami
Cuba mengurat dibuat kekasih

Dari pemerhatian sekeliling aku mula belajar sesuatu…
Ya…berkawan itu tak perlu kira keturunan, kaum, dan agama
Asalkan saling hormati sesama sendiri

Sebab tu aku tak ada masalah untuk berkawan
dengan rakan berlainan bangsa, agama atau kepercayaan
asalkan tahu batasnya…dan biasanya
mereka bukan seagama dan sebangsa dengan kita inilah
lebih sering mengingatkan kita tentang keperluan agama kita
Rakan Cina itulah yang sering ingatkan untuk solat
Semasa keasyikan menyopingkan diri masa Mega Sale
Sedangkan Rakan Melayuku agak ramai juga berkata
“sempat lagi solat kat rumah ni…”

Entri ini bukan cerita tentang orang lain,
Melainkan tentang diri aku sendiri
Jika ada persamaan, anggap sahaja KEBETULAN tak disengajakan

Ahad, 22 Januari 2012

Gotong Royong Sesakkan Jalan Untuk balik Kampong


Hari ni Bangi dah lengang
Jalanrayanya, suasananya, manusianya juga
Kedai-kedai termasuk kedai makan dah banyak yang tutup
Nasib baik KFC dan McD tak tutup
Di pasaraya, ramai penuhkan troli dengan pelbagai keperluan
Sebagai stok untuk guna sepanjang cuti Tahun baru Cina

Aku pernah alami kehabisan bekalan makanan
Bila cuti Tahun baru cina begini
Ingatkan kedai buka, pasaraya buka, kedai makan buka
Rupanya semangat 1malaysia sangat tinggi di Bangi
Masing-masing berpakat tutup semua kedai
Pasar malam juga tak Nampak satu payungpun
Jadinya, tahun itu santapanku musim CNY
Berdasarkan apa yang ada dalam peti ais sahaja
Walaupun aku kata tak ada apa dalam peti ais,
Bukan bermakna KOSONG tetapi saki baki ikan masin
Dan pelbagai baki yang lain masih cukup untuk sambung nyawa
Sebelum pasaraya, kedai runcit dan kedai makan dibuka semula

Bagi yang balik kampong pula
Sesak itu memang makanan lumrah
Jadinya, perlulah bersedia dengan tangki petrol yang penuh
Makanan yang banyak, lagu-lagu yang mencukupi
CD atau DVD atau mp3 ayat-ayat suci al Qur’an juga
Taklah diri dikuasai ANGIN dan BARAN aje sepanjang jalan
Macamlah kita seorang je letih dan penat
Macamlah kita seorang aje yang sesak, Ya dak?
Jadi…sila bertimbang rasa semasa di jalan raya
Jangan tambah lagi statistic OPS Sikap yang mencanak aje angkanya

Kalau tengok status facebook rakan-rakan
Ramai yang mengeluh lelah dengan perjalanan yang panjang
Berbelas jam menuju satu-satu destinasi
walhal biasanya ambil masa 4-5 jam sahaja
kalau balik Kelantan tu
aku memang dah boleh agak kat mana
kawasan yang alami kepadatan kenderaan
belum jejak bumi Kelantan lagi dah bersesak tengah hutan
kasihan orang tempatan yang nak melintas jalan
kasihan pakcik-pakcik yang nak keluar pekan beli keperluan harian
terheran mereka seketika tengok jem tak bergerak
ataupun sesetengah kereta yang mempelesitkan diri
macam dia sorang je yang bayar cukai jalan hu hu hu

Aku? Macam biasalah…kerja tak bergaji
Kat pejabat siapkan semua perkara yang perlu dikejar tarikh matinya
Hingga hujung bulan ini
Aku akan diserang kesibukan yang melampau
Aduhhhhh! Dah rindu sangat nak tenggelam dalam selimut hangat
Dan tilam tak berapa nak empuk kat rumah tu
Apa daya…perjuangan perlu diteruskan.

Siapa kata orang ada kerja tu senang hati?

Janganlah pulak kata: “Dah ada kerja tak apalah,
Jangan rajin sangat, bukan nak kayapun kerja GOMEN”
Hu hu hu memang tak akan kaya takat kerja gomen 
Tapi prinsip aku satu je:
“masa tak ada kerja buat apa mintak kerja
Kalau dah ada kerja malas nak kerja?”
Kang senang tak payah mintak kerja dulu hu hu hu
Jangan marah aku ya…kerjalah kerana Allah,
Selebihnya kita akan dapat manfaat dari itu ;)

Selamat bercuti semua…mintak limau sekotak!



Asal Cuti Panjang Je Layan Lagu Hindi

Aku suka lagu ni
bukan sebab Shilpa Shetty yang cantik itu
atau Akshay Kumar si hero hensem nan romantik
serta baik bak jejaka idaman Malaya
atau juga Sunil Shetty yang lakunkan watak jahat
[depa ni adik beradik ka apa?
nampak sangat aku tak tau kan hu hu hu]
namun lagu Dil Ne Ye Kaha Hai dari filem Dhadkan
memang sangat merdu di telingaku
lagilah pemandangan bukit indah...sungguh mengujakan
Jommm sama-sama kita joget



 

 intipati yang kita boleh dapat dalam lagu dan filem ni adalah: 
cintailah orang yang cintai kita sepenuh hati 
bukannya mencintai orang yang kita cintai 
kerana belum tentu orang yang kita cintai sepenuh hati itu 
juga mencintai kita sepenuh hatinya

Sabtu, 21 Januari 2012

Bunuh 100 Suami Untuk Kekal Cantik

Makcik Apron Merah pernah tulis tentang ni
aku pernah meroyan nak tengok
tapi tak kesampaian sebab bukan pelanggan astro
lama-lama terus lupa

entah macam mana, terjumpa kat youtube Sanggul Beracun
lekatlah pulak dan tengok sampai habis
nak tengok sama?
jommmmmmmmm!



 

 Fuhhhhhh, tak mau komen apa-apa 
karang lebih panjang dari drama ni pulak!

Jumaat, 20 Januari 2012

Roh yang Tergantung antara Langit dan Bumi


Aku tak mahu bila mati nanti
Roh aku Tergantung antara langit dan Bumi
Tak diterima tanah, tak juga diangkat ke langit
Hanya sebabkan benda ni:

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:"
Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskan,
maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi,
yang bererti tersiksalah roh itu hingga dibayarkan hutangnya itu"

aku tak tahu hadis tu sahih ke tak,
malas nak semak segala…kalau ada sesiapa rajin
silalah semak untuk aku
tapi apa yang aku nak ketengahkan kat sini adalah:
Sila langsaikan hutang anda sebelum tinggalkan dunia dan isinya

Entri ni bukanlah nak mengata, perli atau sindir sesiapa
hanya peringatan untuk diri sendiri
andai sesuai, peringatan untuk sesiapa yang baca entri ini juga

Aku bukan nak mintak sesiapa yang hutang aku
datang menyembah sujud cium ibu jari kaki
dan bayar hutangnya pada aku
itu terserahkan kepada dia nak bayar ke tidak
soal aku redha atau tidak, halalkan atau tidak…tu soal hati aku
tak payahlah aku terjemahkan kat sini
dan hipokrit kata dah halal sebab nak tunjuk baik
tapi, aku hanya sekadar tekankan bahawa:
urusan di dunia, biarlah selesai di dunia
aku tak mahu tangguhkan di akhirat sebab kat Padang Mahsyar nanti
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
tak ada masa nak semak kat mana-mana kaunter
malas nak beratur panjang untuk langsaikan segala hutang piutang
yang patutnya dilunaskan semasa hidup di dunia sekarang ni

Dengan sebab itulah;
mulai Disember lepas, aku dah mula komitmen bayar hutang
dengan JPA…insyaAllah, September 2012 semua itu akan langsai dengan jayanya
sambung pula bayar hutang-hutang yang lain
Fuhhhhh! Siapa suruh buat hutang banyak-banyak?
kang dah kena bayar dengan penuh gigih?


Kalau ke Laman web interaktif JPA
[hanya peminjam berdaftar sahaja boleh masuk]
Sedikit makluman dari JPA:

Mulai Ogos 2009, bil tuntutan bulanan hanya akan dikeluarkan
kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten dan menjelaskan bayaran tertunggak.
Peminjam yang tidak menerima bil tuntutan bulanan
boleh menyemak di dalam web ini bagi mendapatkan maklumat untuk urusan pembayaran balik.

Sekiranya anda masih lagi berhutang dengan Pinjaman Pendidikan
PTPTN, MARA, JPA atau Kerajaan negeri, jomlah bayar
walaupun jumlahnya tak banyak setiap bulan
lama-lama langsai juga
hidup dikelilingi hutang memang tak aman
setiap bulan dok fikir nak bayar semua jenis hutang tu
[itupun kalau ada rasa nak bayar, ada juga sentiasa fikir
cara nak bolos dari bayar hutang…tangguh seketika untuk stabil kehidupan masih ok;
di dunia memang boleh lepas, Sana nanti tetap kena tanggung]
hingga gaji tak berbaki untuk kegunaan sendiri
kemudian buat hutang lagi

Wahhhhhh panjangnya aku dah taib
kira macam kuliah Jumaat pula ya
errr kutbah ya hu hu hu
Selamat membayar hutang
dengan GIGIH


PsssT: Selamat balik kampung kepada anda yang sama-sama bercuti memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga masing-masing [ayat yang sengaja direka untuk paparkan semangat 1 Malaysia la la la]. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga selamat balik dan selamat datang semula.