Masa tengah belajar dulu
aku tinggal dengan kakak dan abang ipar di semenyih
setahun juga tu…dia orang pula baru pindah balik dari sabah
kakak mengajar di bandar sunway masa tu
abang ipar pula sambung belajar di UKM
Aku pula…ponteng kelas jaga anak sulung dia orang
Masa tu ekonomi terumbang ambing
baru pula dapat anak sulung
kena berjimat ikat perut bagi ramping huh u hu
pakat sewa rumah di Semenyih sebab murah sikit
Jiran sebelah rumah orang Kelantan juga
tinggal berkeluarga bersama adik iparnya yang hensem
kerja kilang dengan motor RXZ birunya.
aktiviti petang biasanya melonggok depan rumah
dalam pagar masing-masing tetapi saling berborak
sambil tu aku dan kakak akan buat batas tepi pagar
dan tanam sayur; bendi, sawi, kangkung, kacang botol…
tak payah dah beli sayur
rezeki lebih hulur juga kat jiran tetangga
adik ipar lelaki hensem jiran sebelah rumah kakak aku tu
sangat suka nyanyi lagu ni…hanya lagu ini sahaja
macam hanya lagu ni je dia tahu nyanyi:
Awalnya, aku buat tak tahu aje
tapi lama-lama aku tersedar sesuatu
asal sahaja aku keluar ke depan untuk
sidai baju, buang sampah, gambur tanah atau apa-apa sahaja
dia akan nyanyi lagu tu
ada kalanya siap diiringi suara latar lagi
siapa lagi kalau bukan anak-anak buah dia yang jadi suara latar
ingatkan aku yang perasan
rupanya abang ipar dan kakak juga sedar hal tu
tiap kali keluar rumah dengan motornya pun
si hensem tu akan hidupkan motor depan rumah kami
kadangkala terserempak dengan kakak dan abang ipar
kelam kabut dia cuba cover line
akhirnya, gelagat dia menjadi hiburan kami
bila aku pindah ke Bangi
kakak kata mereka dah tak dengar lagi lagu tu
persoalannya: kalau nak ngurat aku, kenapa tak cakap?
Aku ni kan bendul, takat hint macam tu manalah aku faham
Hu hu hu nak buat macam mana
Mentol lambat menyala!
8 ulasan:
hahaha! romantik si abang. syg si bunga tak fhm. hehehe
Ha..ha..ha..nak tergelak mummy tang ayat 'mentol lambat menyala'
Kesian mat hensem tu..dah curahkan perasaan melalui lagu tapi orang tu tak faham...
boleh bagi alamat dia tak?
Salam Hormat Anyss;
Kalau dah memang bukan jodoh kita, buat apa pun tak kan menjadi ...
Tapi... kalau ia memang jodoh kita, sampai waktunya, ketemu juga.
Kyuubi: mentol pakai bateri AAA, lambat nak menyala ;)
Arizakiah: mummy, hu hu hu tak dapeknya nak nolong la la la
Eelobor: Nak pi pinang ka? hu hu hu
Abang Zul: Sampai jugak abang ke blog saya yang tak sepertinya ini... Selamat datang.
Saya yakin dengan ketentuan Allah, semua tu manis untuk dikenang, maklumlah kenangan kena urat. Bukan selalu...
Catat Ulasan