Terbeliak sekejab
biji mata aku masa tengok muka depan Metro Ahad lepas
Maaflah ya…kisah
dah basi hu hu hu
Aku memang akui
golongan “Wanita Jadian”, Nyah ataupun pondan ni
Ramai yang lebih
cantik dari wanita tulin
Lagilah kalau nak
bandingkan dengan aku yang sentiasa berserabai
Malas nak melawa
dan menyeksikan diri
Memang dah tahu
sangat akan kalah
Dulu aku pernah
tinggal di Taman Medan, Petaling Jaya
Alaaa tak kan lupa
kot, kat tempat yang berlaku rusuhan kaum tu
Sekejab sahaja aku
tinggal situ, tak sampai empat bulanpun
Tetapi banyak
perkara yang aku belajar
Termasuklah aku
menyaksikan dan mengagumi seorang nyah ni
Sekali pandang,
aku yang perempuan ni pun tak berkelip mata memandang
Apa lagi lelaki
saying oiii tak payah nak tunjuk baik kata tak akan pandang
Sebab aku pandang
dia sampai dia hilang dari selekoh
Kalau ikut madah
pujangga dulu dulu, dikatakan;
Betisnya yang
putih melepak itu bunting padi
Panjang melangkah
bak model dengan lenggok punggungnya
Bergetah tergoyang
kiri dan kanan dek lantunan kasut tumit
Kulit mulusnya bak
artis k-pop [apa ke jadahnya tetiba k-pop keluar kat sini?]
Dan senyum
manisnya bagaikan
mentari pagi yang
malu-malu memunculkan diri
belum kira
semerbak baunya yang terheret di kaki malam
fuhhhh pendek kata
[panjang tak kata apapun]
memang lupa
dunialah sekejab.
Itu aku yang
perempuan, kalau lelaki memang boleh lari iman!
Aku juga pernah
jumpa golongan ini yang
Sopan ayu manis
mulus berbaju kurung segala
Siap bertudung
litup lagi
Ingatkan gadis
pingitan mana, tetapi
menyedarinya bila
mereka bersuara
jadi, saingan
perempuan sekarang ni bukan sahaja dengan perempuan
bukan sahaja
dengan janda, tetapi juga…golongan ini
sila berhati-hati
ya, lelaki…aku tak reti nak jawab
andai bunga yang
dikau puja itu
durinya menikam
dada la la la
Berbalik dengan
skop Metro Ahad lepas;
kos RM70 ribu untuk
tukar jantina termasuk
melakukan
pembedahan menukar alat sulit,
membesarkan
payudara dan pelbagai rawatan susulan.
lebih murah
berbanding sebelum ini [RM100,000]
hanya untuk
melakukan dua pembedahan terpenting itu sahaja.
Thailand, Taiwan
dan Singapura menjadi pilihan
kerana memiliki
kemudahan dan kepakaran serta murah
Seronok sangat ke
jadi wanita?
Sila jawab! Sila
jawab!
Apa-apapun, aku
bersyukur jadi perempuan asli
Walaupun tak mampu
sediakan kos RM seribu sebulan
Semata-mata untuk
kelihatan cantik
RM50 untuk facial
sesekali tu pun dah rasa sangat mahal
Maklumlah, tak ada
orang sponser
Ada sesiapa nak
sponser tak? FREE tanpa apa-apa syarat ya…
Amal jariah
semata-mata la la la