Memaparkan catatan dengan label semakan semula SBPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semakan semula SBPA. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

Pertemuan PM Penjawat Awam, Pengumuman Semakan Semula SBPA

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam hari ni sangat teruja
Berdebar tunggu pengumuman Perdana Menteri hasil semakan semula
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tengah berlangsung di PICC

Patutpun ramai tak tahu tentang pertemuan tu
Rupanya hanya untuk ketua-ketua jabatan kerajaan, badan berkanun
Dan pegawai kanan perkhidmatan awam sahaja
Aku ni kan makcik klener je, perasan lebih kena jemput sama hu huhu

SBPA diumumkan dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011
Patutnya dilaksanakan bermula Januari 2012 tetapi ditangguhkan untuk semakan semula
Maklumlah, ramai yang tak puas hati, Nampak berat sebelah
Macam bos aku contohnya, gaji melonjak naik sampai RM5K
Kami yang jadi kuli ni…mentang-mentanglah kami kuli
Naik dua tiga posen je, ada juga yang turun gaji…elok sangatlah semak semula
Mana tahu gaji aku boleh naik sampai RM10K
Kalau naik sampai gitu, nanti aku belanja sate ya hu hu hu
Kalau naik tiga empat posen je…aku belanja tekak sendiri je lah ya!

peruntukan sebanyak RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan
di bawah Belanjawan 2012, harapnya semakan membolehkan gaji yang lebih tinggi
aku dah lama semput ni…nak makan yogourt dua ketul seharipun payah
semua barang dah naik berganda, dah tak mampu nak sara diri sendiri ni
tak kan nak kena cari suami kaya pulak kan
masalahnya, orang kaya tak pandang punyalah makcik klener macam aku ni

walaupun semakan semula akan diumumkan hari ini
Cuepacs memohon mendapat bayaran tunggakan
berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari 2012
wahhhhh kalau betul begitu, lenalah aku tidur malam ni
tunggakan yuran belajar aku juga dah boleh dilangsaikan nanti

Dengarnya dari hujan yang membanjiri Kuala Lumpur malam semalam,
Hingga banjir kilat di Jalan Melaka, Bangsar, Ampang, Masjid Jamek;
kira-kira 3.2 juta orang yang berada dalam sektor swasta,
terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah
bila kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Bagi yang nak dengar secara langsung tentang
pengumuman penambahbaikan SBPA oleh Perdana Menteri,
bolehlah ikuti di Nasional FM @ Selangor FM sentiasa di hati bermula 9.45 pagi
tak pasti pula boleh tonton siaran TV atau tak
[siaran langsung boleh diikuti di TV1 bermula jam 9.45 pagi]

jom sama-sama tengok TV1!

Jumaat, 27 Januari 2012

Kenaikan Gaji Berganda Setelah Semakan Semula SBPA?


Ini hanya khabar angin yang sentiasa sahaja bertiup kencang
Asal sahaja berkaitan kenaikan gaji
Atau pemberian bonus kepada Penjawat Awam
Cepat aje beritanya tersebar
Padahal kesahan atau kesahihannya belum lagi dibuktikan.
Tapi, kalaulah betul pokok yang bergoyang tu angin yang tiup
Bukannya ada kera bergayut
Syukur Alhamdulillah. Aminnn. Doa-doalah ya reramai.

Kalau ikut kata Perdana menteri beberapa hari lepas
Semakan semula SBPA terutama tangga gaji
akan berlangsung selama tiga bulan
iaitu hingga April 2012 barulah diketahui apa yang jadi
namun kalau rajin berjalan di dunia maya
pelbagai spekulasi, khabar angin dan rumus dah tersebar luas
aku pun tak pasti mana mereka dapat semua cerita ni
kononnya kenaikan gaji penjawat awam berganda-ganda lagi
berbanding yang dah diberitahu naik awal bulan Januari lepas
betul ke tidak, aku memang tak ada jawapannya
tunggu sahaja keputusan semak semula tangga gaji SBPA itu nanti

Namun, yang aku nak sentuh kat sini adalah:
Walaupun gaji penjawat awam belum lagi naik
[dahulu katanya akan naik bulan januari 2012,
Kemudian tangguh hingga Februari 2012,
Sekarang aku tak tahulah pula bila tarikh barunya]
Tidakkah kita semua sedar bahawa
Harga barang dah melambung-lambung naik di pasaran
Sedar tak? Perasan tak?
Ada kesan tak kat kalian?

Siang tadi aku menyopingkan diri kat belakang rumah tu
Satu raga penuh je pun…raga ya, bukan guna troli
Tak belipun beras ya…
Antara isinya adalah: biskut, yogurt, roti Gardenia, megi tomyam
[aku baru nak belajar makan megi sejak harga barang naik
Namun, Nampak gayanya harga megi juga tidak murah ya…]
Neskepe [baru je nak cuba GOLD punya], pembersih muka,
Twisties dan mr potato [untuk kunyah masa berjaga]
Pewangi bilik [yang paling murah RM5.90]
Keseluruhannya hampir RM100
Fuyoooooooooooooo terkejut badak, gajah, unta, zirafah, kancil, badak air,
Rimau, Serigala jadian, Landak, tikus hutan, ayam serama AKU!
Fuhhh…tengok betapa banyak jenisnya terkejut aku tu!

Disebabkan aku hanya pakai selipar getah
yang layak diguna untuk masuk jamban je
agak terketar-ketar jugalah tangan aku nak membayarnya
nasib baik aku tak ambil troli kemudian angkut
beras, gula, tepung, kicap, sos bagai
gamaknya, laku tak selipar getah tu untuk tebus bayar semua barang
yang aku terlebih ambil tu sebab tak berapa nak cukup duit dah
Ohhhhh! Rasanya aku dah layak untuk mendaftar
di Jabatan kebajikan Masyarakat sebab ketidakmampuan hingga tahap begitu
cuba kita tanya sedara Eelobor kelayakan untuk memohon kat situ

Sila buat entri ya Eelobor!
Adakah ini hanya fonomena biasa musim perayaan,
ada harapan tak harga barang akan turun selepas Chinese New Year ni?
ke akan terus melambung-lambung naik macam belon gas yang terlepas?

PSSSST: Berita tengahari tadi kata:
Gaji bulan Februari masih lagi dibayar guna sistem SSM
gamaknya bila gaji SBPA boleh dapat ek?
Ada tunggakan tak? hu hu hu jangan baling aku dengan selipar Jepun ya
tanya jauh dari sudut hatiku hu hu hu