Dah nak sambut raya. Aidiladha bakal menjelma. Bagi rakyat Malaysia, tak ramai yang sambut. Maklumlah cuti hanya satu hari. Tambah pula tahun ni jatuh di tengah minggu pula. Susah betul nak dapat cuti. Kalau cikgu tu lagilah parah. Serba salah dibuatnya.
Di Kelantan, Aidiladha sangat meriah. Jem tak payah nak cerita. Memang kalau tak ada jem macam tak sah pula. Selepas balik bercuti, Insyaallah, aku akan letak entri tentang raya. Namun kali ini aku hanya akan tampal gambar-gambar tentang menara jam yang cantik di Mekah. Baru siap. Kalaulah berkesempatan pergi sana, mesti menara ni antara tempat yang akan jadi sasaran kamera aku hu hu hu
Walaupun belum pernah sampai, gambar ni dah lama sampai sebenarnya kat aku. Aku nak kongsi dengan semua walaupun kira macam dah basilah kan. Selamat menikmati…
8 ulasan:
Salam Anyss,
Selamat melapah daging korban. Semalam dalam Khabar Haji (astro Oasis) ada fokus pada pemasangan jam besar ini..dipasang oleh 6 orang anak Melaka. Hebat dan gagah jam itu ye. Selamat menyambut Hari Raya Korban.
katanya pemasangan menara jam nie kontraktor dari malaysia yang dapat tender kan?
menarik, seblom pnah baca artikel tapi behind d scene takde la plak
nice sharing! terima kasih... :)
Kak Nora: Selamat datang...jangan serik ya, sila datang lagi ;)
Terima kasih, selamat hari raya Aidiladha juga untuk kak Nora.
Yup Menara jam ni hasil usaha anak Malaysia. Arkiteknya seorang profesor di UIA berasal dari sarawak (namanya tertinggal kat office, niat di hati nak jumpa orang tersohor ini kalau diizinkan Allah) bersama teamnya. Kalau google nama prof tu...banyak tulisan tentangnya termasuk dalam akhbar tempatan boleh kita baca.
Eelobor: betul tu...maklumat lanjut saya tak savelah untuk kongsi kat sini. Baca online sebelum Aidiladha dahulu sebab cari nama Prof tu...selepas tu baru teringat dan kongsi gambar2 yang saya terima dalam email ni.
Sorilah ya, maklumat tak cukup kat sini...nak surf balik masa tersangat suntuk dah masa tu
cemomoi: Semua ni pun saya terima melalui email dari kawan-kawan. Blogger otai kata "cerita diemail orang tak suka baca", kira entri terdesak saya supaya blog tak mati sepanjang balik kampung ;)
Gadis Bunga: Terima kasih. Selamat datang...sila datang lagi ya ;)
Catat Ulasan