Jumaat, 19 November 2010

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Blogger otai selalu sahaja bagi tip tulis entri “tak payah panjang-panjang…bukan ada orang nak menelaah macam baca kitab sejarah tua untuk masuk peperiksaan”. Nasihat mereka lagi “Updet kena selalu. Kerap. Sepuluh kali seharipun tak apa”. Barulah orang serbu banyak kali sehari.

Betul ke entri kena pendek? Kenapa kena pendek? Tak boleh ke tulis panjang-panjang?
Kalau ikut formula nak kena kemas kini blog beberapa kali sehari, secara logiknya memanglah entrinya pendek-pendek dan kontot-kontot sahaja. Kalau panjang berelung-relung, bila masa pula nak buat kerja lain dalam hidup ni selain dari tulis blog.

Setiap entri itu pendek, padat, ringkas. Cerita apa yang perlu sahaja. Apa yang orang nak baca. Apa yang orang nak tahu. Tak payah nak ulang perkataan yang sama nanti jadi spam pula. Teori ini juga sangatlah benar. Betul.

Jadi, bagaimana dengan aku? kenapa masih lagi tulis panjang-panjang macam kereta lipang jalang gedung gedang? Ohhhh mudah sahaja sebabnya. Aku hanya kekalkan identiti sahaja. Identiti aku adalah menulis dengan santai…panjang lebar dan, dah tentu mengulang-ulang perkataan yang sama, kata-kata yang sama kerana itulah nilai seninya. Keindahannya.

Jadinya, bagaimana?
Antara trafik dan kepuasan kala menulis, mana satu daku dambakan?

PsssT: Mmmmm ingatkan entri ini akan jadi pendek. Rupanya masih lagi panjang. Gimana dehhh mau kukontotkan ia?

14 ulasan:

IMANSHAH berkata...

takdelah panjang bebenor

Azman Roslan berkata...

panjang atau pendek entri tu tak penting.. yang penting isi entri tu..

Tanpa Nama berkata...

Yang tulis pendek2 tu nak kan trafik dan nuffnang jer...macam pernah dengar kata2 otai tu...hehehe..

Yang penting kita tulis sesuatu dgn jiwa kan..baru terasa ada ummph...

Anaasuria berkata...

salam anyss,
heheh.. setuju, kita pun tak reti nak kontotka entri.. nak dikontotkan sangat kang sat lagi jadik one liner jer lah pulak. heheh. apa pun, rasanya,kalau nak dikontotkan, tulis beberapa line, then letak gambar bebanyak.. rasa orang lagi suka layan gambo kot.. heheheh.. apa pun, orang yang peramah cam kita ni (ye ker) memang suka bercerita..penuh dengan segala detail bagai.. kehkeh.. peace..

Relevan berkata...

Tulis je..panjang pendek mesti ada yang membacanya..

anyss berkata...

Imanshah: Ek? belum panjang ya? hu hu hu bolehlah tulis lagi panjang ya....jangan bosan pulak baca ;)

anyss berkata...

Azman Roslan: Bukan semua orang nak cari isi...ada jugak suka cari kulit ;)

Tapi saya memang pentingkan isi kecuali masa kepala tengah mabuk air sejuk

anyss berkata...

mankuchai: Ek? saya pun tak tau otai mana tulis tapi macam pernah baca. tetiba je terSALIN ayat tu tanpa sengaja hu hu hu

Yup! kena tulis dengan jiwa...sebab tu la ada masanya jiwang karat hu hu hu

anyss berkata...

Aanas: Wsalam. Letak gambar banyak sangat pun susah juga, blog jadi berat.

Peramah ek? Rasanya saya lagi peramah bila menulis, kecuali dengan orang2 tertentu sahaja ;)

anyss berkata...

Relevan: relevan orang pertama akan baca kan...tak perlu risau lagi ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

mana-mana pun boleh tapi kalau siang hari susah sikit nak baca yg panjang lebar.... kena tunggu malam baru concentrate..

>_<

anyss berkata...

azrina: waaaaa macam nak masuk exam pulak baca entri ya ;)

azieazah berkata...

Hmmm... nak komen panjang boleh tak? hehehe

1. Sebelum blog wujud MokYang dah biasa menulis diari, jadi tiada yg pendek-pendek.
2. Belum terpengaruh dgn tip yg soh tuls pendek, sbb I want to be myself.
3. Selalu bermain dgn ayat, jadi tak pandai nak pendek-pendek.
4. MokYang tak reti semak trafik, jadi sampai skang tak leh nak agak berapa ramai yg masuk baca my blog.
hehehehe

anyss berkata...

Azieazah: Idea ni boleh pendekkan tulisan; pakai nombor.

Masa sekolah ada jugak tulis diari, tapi...bila tahu ada orang curi-curi baca, dah tak tulis lagi. Sekarang tulis blog pulak, ubat gian nak tulis2 hu hu hu