Selasa, 24 Ogos 2010

Sembelih Anak, Ore Kelate Memang Gedebe


Mesti orang Kelantan akan marah aku dengan tajuk yang kontroversi itu. Marahlah. Akupun orang Kelantan. Aku pun gedebe jugak. Alahaiiiii!

Seorang kanak-kanak disembelih bapanya di Kelantan kira-kira jam sebelas setengah pagi tadi. Penyembelihnya juga turut cedera dipercayai cuba membunuh diri selepas kejadian itu, tetapi berjaya dihalang. Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh. Bapa kanak-kanak terbabit dipercayai pernah menerima rawatan mental di hospital sebelum ini.

Menurut kajian yang dilakukan pakar psikologi, 30 peratus penduduk negara kita berdepan dengan masalah mental. Entah berapa peratus yang kronik. Aku termasuk dalam golongan tak kronik kot...hanya sakit mental dengan orang-rang tertentu yang tak tahu nak hormat orang lain sahaja, atau dengan bahasa paling mudah golongan yang “kekurangan menerima ajaran”. Minta maaflah, merosokkan perbendaharaan Bahasa Melayu sedikit kat situ...

Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Namun, Ramadhan kali ini dugaan memang besar. Baru dua hari lepas seorang kanak-kanak meninggal dunia kerana letupan mercun (bapanya sudahpun ditahan reman hari ini), hari ini kita kehilangan seorang lagi pemimpin pada masa hadapan. Mana tahu, dia sepatutnya jadi Perdana Menteri pada tahun 2030 nanti. Namun, apa yang pasti...bila sudah tersurat sebegitu, kita memang tidak mampu untuk menilai apa yang tersirat. Moga-moga dia di tempatkan bersama para kekasih, yang akan menanti kedua orang tuanya di pintu syurga. Aminnnnn.

Hari ini juga, kecoh dengan kejadian surau disimbah cat merah gara-gara marah ditegur kerana main mercun. Nasib baik pak aji surau tu tegur main mercun, kalau aku...lagi suruh ada. suruh pi ambil bom di Gaza untuk bebudak tu main. Dah hilang jari, baru nak menyesal. Sebelum hilang, orang tegur sikit...melenting simbah cat.

Mmmmm memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kalaulah setiap hari kita dihidangkan dengan macam-macam hal sebegini, dengan buang bayi, dengan kes dera...apa tak bertambahnya masyarakat yang mengidap sakit mental. Apa tak meningkatnya tekanan darah aku, walaupun sebelum ini doktor dah istiharkan tekanan darah rendah, tak mustahil tekanan itu berubah jadi tinggi. Sekarang ni, apa-apapun boleh berlaku. Dalam satu hari sahaja macam-macam hal jadi, dalam satu hari sahaja macam-macam hal berlaku...kalau semua hal ini disimpan dalam otak dan mendak jadi sel-sel mati, memanglah boleh jadi sakit mental. Bukan aku aje yang kena, anda yang baca entri ini pun boleh terencat mental. Awas!

Berbalik kepada tajuk, benar ke orang Kelantan itu gedebe? Itu kena buka entri baru. Orang-orang gedebe ini sangat diperlukan untuk menjaga kedutaan Malaysia di Indonesia sekarang ni. Ada berani?

18 ulasan:

NAZ berkata...

saya berani untuk entri baru haha

eelobor berkata...

gedebe mempunyai maksud yang tersendiri mokngoh. buke nyo gedebe koksey korok maca pongoh (buke mokngoh). gedebe dale erti kato, ore yang di hormati dale masyarakat.

eelobor berkata...

salam anyss, salah saip komen tadi sebab nok tulis pasal pongos (bering tok tepak) tp tertulis nama blogger lain iaitu mokngoh

anyss berkata...

Naz: hu hu hu -----> paling tidak, ada juga nilai beraninya itu ;)

anyss berkata...

Naz: hu hu hu -----> paling tidak, ada juga nilai beraninya itu ;)

anyss berkata...

Eelobor: ya...ya ya...gedebe bukenya "pala pengat" ----> tetiba ingat puisi Lim Swee Tin hak dia tulih dalam bahasa kelate.

MOkngoh pun mokngoh laaaa hu hu hu

anyss berkata...

Eelobor: Wsalam. Gedebe, pongoh, bering, kerah keng, pala pengat...acu tra wi maksud teh di blog demo, biar semo ore tahu...ni kan nak globalisasikan bahasa kelate. Tok Arab pun buleh kecek kelate, global lah namanya tuh.

mokngoh pun mokngohlah wehhh, nak wak lagu mano kalu dah tersebuk ore lain. Acu ajak teh mokngoh mari blog ni...buleh dia tahu nama dia ore dok sebut sini hu hu hu

Ciklinn berkata...

pak dia tu gilakan... selalu kalo camni dia dgr sore halus katanya suh membunuh.....tak dapat bygkan azabnya budak tu kann

azieazah berkata...

Dah lama MOKYANG teringin nak belajar bahasa Kelate nih. Sangat sukerrrr...!

echah_syed berkata...

betul kata ciklinn.dia mendengar suara supaya membunuh dan mungkin juga dia tak sedar yg dia membunuh anaknya sendiri yg mungkin disangka ayam,kucing ataupun harimau.kesian eh..

kes mental mcm gini kena ambek ubat seumur hidup.

rosnanie berkata...

gedebe ko ore kelate?
tepuk dada tanya iman. Orang bila sebut pasal gedebe terus terbayang orang yang gedebe koksey korok maca pongoh (copy ayat eelobor). Wpn hakikatnya , maksudnya lebih dari itu.

anyss berkata...

Cik Lin: Hanya dia yang tahu apa sebenarnya...susah juga kita nak agak kan. Semua dah jadi, dah tak leh patah balik lagi

Azieazah: kita mintak Inche Eelobor buat entri bahasa kelate macam ZZ buat. Mmmmmm mana tah ZZ ilang ......windu la plak hu hu hu

anyss berkata...

Echah: sehari dua lagi persoalan tu akan terjawab bila kes dibawa ke mahkamah. Akhbar cepat aje tulis benda2 macam tu...

Rosnanie: Gedebe jugak lah. Pongoh pun ada. Sebab tu wak tajuk lagu tu, nak tunggu sapa2 hok pongoh masuk kube lana...tak dak la pulak hu hu hu

Memang patutlah buat kamus bahasa kelate online ni...wak sore sikit ;) Jommmmmm!

Bardboo berkata...

alamak....sy xpaham kebanyakan komen2 kat atas ni..huhu..

sbnrnye gedebe tu apa? jgn jwb dlm loghat kelantan yer?

anyss berkata...

bArdbOO: Selamat datang dan sila datang lagi banyak2 kali :D

Ada banyak perkataan kelantan yang hampir sama makna tapi tak sama. Kalau salah definisi boleh terseliuh makna. Sekarang ni kita tunggu sdr Eelobor buat entri pasal perkataan2 tersebut. Kena sabar sikitlah ya...

Bardboo berkata...

baik..dah ada nnt sila inform yer.. TQ... =)

anyss berkata...

bArdbOO: insyaAllah. inche Eelobor kena berusaha bersungguh-sungguhlah ya...bakal pembaca dah ada ni ;)

Anaasuria berkata...

Salam anyss,
akak tak sanggup baca paper pasal budak kena sembelih tu.. rasa lemah kepala lutut.. ntahlah apa nak jadi ngan dunia skang ni.. dulu2 takde ker orang sakit mental? kena dulu2 kita tak pernah dengar orang sakit mental sembelih orang, bunuh orang..

kak azie: tak minat ngan loghat terengganu ker? kita buleh ajo.. hihi..