Khamis, 26 Ogos 2010

Edisi Siasat Terjah Bangi, Intai Bilik Anak Dara


Ini siri Edisi Siasat yang aku tubuhkan beberapa saat lepas. Sesedap rasa je kan?
Semasa nak berbuka puasa petang semalam, aku jadi geram. Apa taknya, sebelum ni hati bengggggkak je sebab banyak peralatan dapur nampak macam dah susut. Kemuncaknya petang semalam apabila semua sudu kat dapur dan lenyap kecuali garfu dan sudu teh. Macam mana nak cibak kuah? Nak guna senduk? Guna sudu teh? Guna garfu?

“Saya nak makan mehun sup ni dengan apa, kak?” tanya Syikin dengan bengang.
“Hirup je terus dari mangkuk,” Selamba kodok tak masuk akal tak jawapan aku tu? Habis tu, nak buat macam mana lagi? Guna jari? Sendiri mau ingatlah! Itu kata Nabil, aku tukang kutip dan letak kat sini je.

Aku dah sedar tentang peralatan dapur yang makin berkurangan ini berminggu yang lalu, namun diamkan saja. Hanya agak sahaja dalam hati. Hanya syak sahaja. Tak baik tuduh-tuduh orang tanpa bukti tau! Kena cari bukti dahulu. Makanya...bermulalah aktiviti mencari bukti cara Edisi Siasat macam yang pernah NTV7 buat satu ketika dahulu. Hasilnya?

Jeng...... jeng....... jeng .....


Aku tahu, memang tak beretika untuk skodeng bilik orang tanpa izin. Namun, dalam situasi tertentu, sebagai Tuan Tanah Kedaung yang sewakan bilik-bilik rumah ni kepada penyewa, aku memang ada hak itu. Manalah tahu kan kot tetiba je ada bayi dah reput ke kat dalam bilik, ada sisa tulang dinasour zaman entah kambria mana ke diseludup masuk...tak pun dah jadi stor tempat simpanan mercun dan bunga api ke, kalau jadi apa-apa aku tetap juga kena pikul tanggungjawab. Polis akan soal aku dahulu berbanding orang lain. Apa aku nak jawab masa tu? Tak tahu? Rasa macam tak logik sahaja bila aku yang iklankan “bilik kosong untuk disewa” tetiba boleh jawab “tidak tahu” bila berlaku perkara-perkara yang boleh popularkan aku hingga masuk Berita Utama jam lapan malam di TV3. Itu lagi pelik bunyinya kan? Mmmmmm kenapa imaginasi aku sangat tinggi saat ini?

Prosedur kerja aku buat adalah seperti berikut;
1. Buka pintu bilik masa tiada siapa ada di rumah kecuali aku. Hanya buka dan lihat ke dalam bilik sahaja ya...tak masukpun. Kerja-kerja macam ni tak pernah lagi aku buat sebelum ini. Buka surat orang pun aku tak pernah buat, inikan pula buka pintu bilik orang. Ini pertama kalinya. Namapun Edisi Siasat kan?
2. Lihat jika ada kelainan dalam bilik itu. Jika tiada, terus tutup kembali. Bagi bilik yang berkunci (aku ada kunci pendua...namapun tuan tanah kan, kenalah ada kunci pendua hu hu hu), kunci semula bilik tersebut tanpa masuk pun.
3. Bila dah jumpa kelainan, terus ambil ambil gambar dari pintu bilik (jarak jauh). Kemudian, fokuskan gambar itu untuk gambar yang lebih dekat tanpa masuk ke dalam bilikpun. Hasilnya?

Hasilnya memang tidaklah begitu cukup memeranjatkan. Hanya, terkejut badak cheQ. Terkejut Cipan cheQ. Terkejut gajah cheQ. Terkejut singa cheQ. Terkejut penyu cheQ. Terkejut ungka cheQ. Terkejut segala macam jenis hidupan yang ada di Zoo Negaralah pendek katanya (Panjang tak kata!). Adakah anda seperti saya? Mengalami simptom-simpton terkejut yang luar biasa? Tahu apa yang buatkan saya terkejut ala-ala Zoo Negara tu?

Kujie ada menulis tentang intai bilik anak dara diblognya. Tapi yang akak kita tu skodeng adalah blog-blog anak manis. Skodeng secara maya di rumah maya juga. Tak nak skodeng kat Bangi juga ke Kak KuJie? Manalah tahu, kot-kot la nak buat calon menantu...alahai! calon menantu hu hu hu sendiri mau ingatlah!




Hasilnya, berjaya mengesan semula 3 biji pinggan, 2 mangkuk...mmmm sudu depa letak tang mana? senduk? Alahai...nak masuk bilik airpun tak dapat. Nak kena masuk dalam bilik lah pulak. Mana boleh masuk ni. Dahlah hari ni opis cal...ada mesyuarat jab lagi ni. Sudu belum jumpa lagi ni macam mana? Petang ni nak hirup mehun sup dalam mangkuk lagi ke?

Aku rasa macam nak menyorok ke dalam gerobok tempat simpan gas. Sumpah! Tak tipu! Sepanjang aku buat aktiviti sewakan bilik ni, inilah pertama kali aku jumpa kes macam ni. Sebelum ni budak-budak yang menyewa bilik ni hanya bawa masuk makanan dah siap masak sahaja ke dalam bilik. Itupun sudah membiakkan bau yang kurang menyenangkan. Apalagi kalau tambah dengan sidai baju cucian kat tingkap. Hapak!

Alahai anak dara zaman sekarang. Masak nasi pun dalam bilik. Jerang air dalam bilik. Nasib baik tak ada dapur dan tong gas segala. Sangat kreatif, tapi tak kena tempat! Pemalu lah tu, konon!

10 ulasan:

azieazah berkata...

Itu bukan pemalu, tapi tak tau malu.
Pastu kedukut, taknak kongsi makanan dgn orang lain takut tak cukup. Berkira.

Pastu “jual ikan”. Harta dia harta dia. Harta orang dia buat cam harta dia jugak.

Langkah ke-2: Buat-buat nak menziarah atau melawat bilik. Lawatan sekolah....!!

terokai seni berkata...

brapa orang makan tu beso piuk dia... ish tak baiknya aku nambahkan degree kemarahan orang

eelobor berkata...

hahahaha, best baca edisi siasat pesen baru nie. "cibak kuah" jer pakai tangan buat macam senduk. hahahahahah. meme karangan terbaik. walau pjg baca dari mula smpi abis. nak tergelak pn ader walau org tgh serius & benggang

anyss berkata...

Azieazah: "jual ikan"? first time dengar hu hu hu

Yang herannya, depa tak terbau ke hapak segala? Orang kat luar rasa nak muntah tiap kali depa buka pintu hu h uh u

anyss berkata...

Cemomoi: Ishhhh! mana ada marah...nasihat!!!!!! (kata P.Ramlee).

Dua orang je si manis tu. Just risau bilik air akan tersumbat bila depa basuh makanan. Sisa makanan tu mana nak buang. Kalau kat dapur pun still berperang dengan bau makanan basi yang payah nak buang, apalagi kat dalam bilik macam tu. Mmmmm tak leh pikir macam mana boleh tahan dok hidu bau-bauan semerbak wangi tu hu hu hu

anyss berkata...

Eelobor: masa sekolah dulu dapat A bila tulis karangan hu hu hu ...itulah pasal ----> tetiba je rasa bongkak jab adussssss!

Kujie berkata...

ha ha ha...sudu garpunya mana?

kita memasak dapur luas dgn pintu tingkap terbuka pun boleh bersih ..ish!

anyss berkata...

Kujie: Selamat datang.
Sudu garpunya tak sempat jumpa, kot-kot terselit celah sink dlm bilik air. Edisi terjah sempat 30 saat sebelum berlari-lari anak ke opis kejar meting hu hu hu

ni aktiviti masak zaman moden hu hu hu bukan sebarang orang boleh buat. Boleh book wat calon menantu ni hu hu hu ...pengsan la bakal mak mertua cam gini ;)

p/s: berbuka petang tadi dah banyak batang sudu jumpa. Tak sempat nak terjah sampai akar umbinya...

iCe berkata...

ooooooo macam tu ghupenya bilik anak dara ek.... hahahaaa

anyss berkata...

iCe: itulah pasal...nasib bai tak ada petai segala hu hu hu