Gempar!!! Lebih gempar dan
mengejutkan banding pembubaran ckbinet yang dilakukan Najib Razak dua hari
lepas. Tenggelam terus cerita Najib tukar menteri, Najib gugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.
Betul ke serpihan Pesawat yang ditemui di
Pulau Reunion itu milik MH370? Sila google sendiri untuk melihat gambar
serpihan pesawat yang ditemui terdampar di Pulau Reunion tersebut.
Ramai mengatakan SERPIHAN pesawat yang ditemui
di barat Lautan Hindi pada Rabu kelihatan seperti sebahagian daripada pesawat
Boeing 777, iaitu model pesawat sama milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu
MH370 yang hilang setahun lalu.
Masih lagi isteri, namun
kita mengharapkan misteri ini terungkai dengan segera.
Nak tahu apa perbezaan antara lelaki bujang dan lelaki yang dah ada hubungan dan berkahwin? Jom tengok video ni;
GUYS: single V.S. in a relationship!
Ada apa-apa komen? H uhu huhu
Alahai, nak gelak ada...nak kagum pun ada. Kalaulah benar realitinya begitu, ambo sangat kesian dengan mereka ni. Tetiba terdera mengalahkan bibik.
Janganlah rasa terdera. Orang kata, kalau sayangkan pasangan dan nak dia orang sentiasa cun cantik manis lawa dan anggun, kenalah berkorban sikit. Kalau bau bawang dan kena sental baju kan dah tak jelita huhuhuhu
Aku nak sambung gelak sat! Apa kata tengok video di bawah sementara aku gelak;
Mmmmm dah dapat ilmu dari Ustaz Kazim? Sebelum kahwin dan selepas kahwin? Tak mahu lah komen, senderey mahu ingatlah!!
Masa kecik dahulu, hanya mampu tengok gambar gambar kaabah dan masjidil haram di kalender sahaja. Manalah ada video bagai.
Masa arwah tok ayah balik dari Mekah naik kapal laut, aku masih ingat lagi masa itu musim hujan (banjir). Arwah tok ayah turun kapal di singapura, kemudian naik keretapi. Kami budak-budak ni tunggu kat rumah aje sebab kan hujan. Lagi pun manalah ada banyak kereta macam sekarang ni. Tak muat nak ikut. Lagi pun sapa nak bawak budak comot ikut sama kan kan kan.
Salah satu barang yang arwah tok ayah beli adalah kamera plastic. Kat dalam tu ada gambar kaabah, masjid-masjid di mekah sana. Dalam lima keping aje pun gambarnya. Manual aje. Kena pusing satu punat untuk tengok gambar lain. Itu pun dah terkagum benar aku melihatnya.
Kalau arwah tok ayah masih ada, aku sangat yakin arwah mesti kagum tengok kaabah yang ada sekarang. Tengok betapa luas dan besarnya masjidil haram sekarang ni. Jom kita tengok rupa masjidil haram dahulu hingga kini;
Masjidil Haram Dahulu hingga Kini
Semoga setiap dari kita dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkunjung ke sini.
Angkasa Lepas memang indah. teramat cantik. Kalaulah kita berpeluang untuk nikmatinya selalu...mmmmm tetiba je teringin nak berada di puncak bangunan tertinggi, Burj Khalifa di Dhubai sana. Boleh teropong bintang.
1. Matahari lompatan malaikat
2. Bulan dan bintang membentuk “Mata Tuhan”
3. Ledakan bintang (nebula) membentuk “tangan Tuhan”
4. Rangka manusia di planet Merkerius
5. Awan hijau berhantu
6. pembentukan planet baru
7. makhluk asing mengorbit bumi
Indah tak? Tapi bab rangka dan makhluk asing tu...mmmm tak mau komen lah. Aku nak tengok yang indah-indah sahaja, nak hidu yang wangi-wangi aje
Masa sekolah dulu, aku dok berangan naik ke angkasa lepas dan rakamkan banyak pemandangan cantik di bumi. Namun, sebab tahap genius aku ni tak adalah tinggi sangat, makanya mata pelajaran sains aku tak boleh cari makan. Makanya, terkandaslah impian aku nak jadi ahli sains, doktor dan angkasawan huh u huhu nasib baik sekarang ni nak jadi doktor tak payah aliran sains pun boleh. Doktor lain lah tapi, doktor yang tak boleh bagi ubat.
Bumi ni indah sangat, tang indah laaaa…tang musnah tu dah tak indah dah. Jadi nikmatilah sebelum hilang keindahannya tu dek tangan-tangan yang rakus. Berikut adalah 7 fonomena yang berlaku di bumi yang dirakamkan dari angkasa lepas.
1. Aurora di langit autralia
2. Banjaran Himalaya
3. Tsunami 2004
4. Lapisan batu di gurun sahara
5. Awan beku bersinar pada malam hari di Tibet
6. Badai Caterina di US
7. Sarang Labah-labah besar
Walaupun berlaku tsunami atau badai taufan seperti Katerina, namun dilihat dari angkasan, sangat indah. Aku lihat dari kaca mata seni ya, bukannya bermakna hilang sudah kemanusiaan.
Dan semua ini juga membuatkan kita tak mampu nak nafikan betapa hebatnya ciptaan Allah.
Bila tengok video proses pembersihan masjidil haram, aku yang belum pernah berpeluang untuk jejak kaki di tempat mulia ni tetiba rasa sedih. Entah bilalah nak boleh jejak kaki kat sana. Teringin sesangat tapi…mmmm bila fikirkan “tetapi” tu, terdiam lah sekejab. Mungkin belum jodoh untuk jejak kaki di sana walaupun korea dah jejak, Paris dah sampai, Belanda dah kayuh basikal, German dah bermandi hujan. Bangladesh yang sesak tu pun dah pijak. Mmmmmm
Jom tengok video bagaimana proses pembersihan masjidil haram dilakukan.
Nak tengok lebih detail, boleh tengok dokumentari proses pembersihan masjidil haram berikut;
The Cleaning Of Masjid Al Haram [Documentary]
Belum puas hati? Okeh…ni lebih panjang. Boleh tengok bermula dari ketibaan Raja Arab Saudi. Bahasa arablah tapi huhuhuhu tetiba nyesal tak masuk skolah pondok masa kecik dulu;
Hu huhu teringin nak masuk dalam kaabah tu…nak tengok tak macam mana keadaan dalam kaabah tu? Masa kecil-kecil dulu, aku ingatkan kaabah tu satu batu hitam yang tepu. Dah besar baru tau kat dalam tu ada ruang. Jom kita lihat ruang dalaman kaabah;
Aku syak video ni dirakamkan secara curi sebab banyak kali keluar kaler merah tutup dengan tangan hu huhuhu apapun, terima kasih kepada orang yang rakam ni. Dengan rakaman rahsia inilah aku berpeluang menyaksikan suasana dalam kaabah walaupun belum berpeluang lagi jejak tanah haram.
Semoga masih ada peluang untuk jejak kat di sana.Masjidil haram dahulu dan sekarang banyak bezanya.
Sekarang ni semua dah mudah hasil kecanggihan teknologi, hingga kadang-kadang aku terfikir, selamatkah setiap pergerakan hidup kita. Yaaaa la, kalau tengok google maps la, google image la google drive la, google navigation la…macam-macam aplikasi boleh guna sekarang ni untuk tengok dunia yang selama ni kita tak Nampak.
Jangan tak tahu, tangki rumah sendiri pun boleh Nampak kalau google. Cer google tak percaya.
Sejak diperkenalkan banyak aplikasi google ni, banyak juga ditemukan hal-hal aneh dan pelik. Berikut adalah penampakan aneh dan pelik yang dikesan dalam google maps;
1. Penampakan Pembunuhan
2. Kawasan rahsia Milik Rusia
3. Penampakan Hantu
4. Penampakan Piring Terbang
5. Pelangi Di pesawat
6. Penampakan Pesawat Raksasa
7. Firefox Cropcircle
Semasa awal-awal google perkenalkan aplikasi mereka, ada juga kecoh tentang terakamnya banyak perkara tak terduga seperti gambar kanak-kanak sebelum dia meninggal yang jasadnya ditanam di di bahagian rumah sewa mereka. Malah, di negara orang putih yang tak berapa nak kesah tentang malu tu pula TERakam pasangan sedang melakukan seks.
Mmmmmm walaupun google banyak membantu aku, namun ada ketikanya aku mula rasakan tak begitu selesa. Mana kita tahu privasi mula tergugat. Nasib baik boleh check bumbung rumah je. Namun, bila nombor kereta pun besar gabak boleh dikesan, ada ketikanya terasa tak selamat jugak. Takut apa pun tak tahu. Cuma yang aku tahu, ada jugak kes jenayah boleh dikesan hanya secara online.
Mmmmmm kita ambik yang positif dah la ya…jangan dok salah guna pulak.
Agak-agaknyalah...aku tengah drive sekarang ni ada orang boleh teropong tak?
Musim raya kan? Dah jadi amalan kita untuk saling ziarah menziarahi dengan sanak saudara dan jiran tetangga.
Sebagai tuan rumah, kita juga ada adabnya bila menyambut tetamu;
Aku ni bukanlah tuan rumah yang baik, maklumlah jarang menyambut tetamu. Rumah yang jarang orang datang bertamu tu rumah yang kurang dilimpahi rahmat dan rezeki, ya dak?
Mmmmmm bila dah kurang upaya ni, rasa sangat tidak berupaya untuk menerima tetamu. Dengan rumah yang tak kemas dan sepah, dengan siapkan hidangan walau seringkas dapat, ada ketikanya aku jadi segan nak terima tetamu. Ya lah, tak kan nak mintak tetamu pulak pergi masak. Lain lah tetamu tu memang dah biasa kan.
Sunnah utamakan tetamu yang;
1. Orang yang lebih dewasa
2. Orang yang lebih berkedudukan
3. Orang yang lebih berilmu dan hafazan
4. Dan lain-lain, sila dengar sendiri ya…
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang memuliakan tetamu.
Nama pun raya kan. Dah pasti akan ada saling kunjung berkunjung. Selain adab melayan dan menyambut tetamu ataupun adab menjadi tetamu, kena juga tahu kelebihan melayan tetamu. jom kita ulangkaji tambah ilmu tentang kelebihan melayan tetamu;
Semoga kita akan melayan tetamu dengan lebih baik. Semoga kita boleh memuliakan tetamu sepertimana dilakukan Abu Talhah.
Perkara yang TIDAK seharusnya dilakukan ketika ziarah menziarahi Musim Raya
Hu huhu huh u aku syak adik ni baru belajar buat video. Tak adalah terus sangat, hanya aku mengharapkan “perkara TIDAK” yang dimaksudkan dalam video ni lain…tapi bila tengok video ni huhuhuhu kelakar habis.
Jom tengok perkara-perkara yang Tidak sepatutnya kita lakukan semasa menziarahi sanak saudara sepanjang musim perayaan ni;
Pandai adik-adik ni berlakon kan kan kan
Huhuhuhuhu walaupun tips ni memang sesuai dengan mereka. Ni versi orang dewasa;
Hu hu hu huhu mulut, kemain komplen rumah orang ek keh keh keh
Musim raya ni, ada baiknya kita telaah sikit sebanyak tentang adab-adab yang boleh diamalkan semasa berhari raya. Jom kita dengar apa kata Ustaz Asri;
Peringkat awal video ini ada ustaz Asri sebutkan tentang Lailatul Qadar. Antara pengisian video ini adalah hukum sembahyang hari raya dan adab-adab dilakukan pada hari raya seperti mandi, berwangi-wangian dan bersugi. Memakai pakaian yang cantik-cantik, tidak semestinya baru, tetapi Rasulullah S.A.W larang kita pakai pakaian yang lain dari orang. Lain-lain tu dengar sendiri lah yaaaaaaa
Semoga kemeriahan raya tahun ini bukan setakat makan dan minum sahaja, tetapi juga kita turut eratkan hubungan persaudaraan dengan saling kunjung berkunjung.
Dikesempatan ini, ambo mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, rakan-rakan, kenalan taulan dan mohon maaf zahir batin andai ada antara isi blog, perkataan yang digunakan atau komen-komen yang menyinggung perasaan semua.
Mohon maaf zahir batin.
Jangan lupa hulur-hulur duit raya ya ;)
Di manapun berada, semoga berbahagia di hari mulia ini.
Jarang berlaku dalam sejarah sepanjang sambut raya. Mungkin ini lagu raya pertama versi Kelantan dihasilkan.
Kalau hasil pertama, kira boleh lah kan. Tapi untuk masa depan, aku lebih menuntut “keaslian”. Sampai bila nak hidup dengan lagu-lagu saduran walaupun banyak lagu dikir saluran yang dihasil, dirakam dan dinyanyikan agak merdu didengar. Untuk kekal sentiasa dikenang, kena juga ada keaslian, seperti Halim Yazid nyanyikan puisi Aziz Deraman berikut;
Dah tentu semua dok kelam kabut sibuk dan dok berkemas melakukan persiapan raya. Mana nak kemas rumah, nak sapu sawang, nak masak bagai. Apapun yang dilakukan, semoga kemeriahan sambutan raya aidilfitri tahun ni tidak berkurang sekalipun harga petrol memang dah naik.
Tak lupa juga yang tengah bersesak tersangkut dalam kesesakan jem berbatu-batu tu, silalah tingkatkan kesabaran. Raya tanpa jem bukan raya namanya. Ya dak?
Cer tengok wajah ayah dan mak, walaupun kalut dan penat…ceria je nengokkan anak cucu dan balik. Riuh rendah!!!
Filem pendek tentang Keselamatan di jalan raya dimana pemandu itu sendiri harus stabil dan bebas dari sebarang gangguan yang berbahaya. Air mata darah yang membawa maksud penyesalan yang disebabkan kemalangan yang berpunca dari tindakan bahaya isteri semasa suaminya sedang memandu.
Keselamatan Jalan Raya (Short Film)
Pada musim perayaan ini, kemalangan biasanya meningkat. Silalah berhati-hati semasa memandu. Semoga selamat sampai di kampong halaman dan beraya bersama keluarga tercinta.
Dah banyak kali juga aku tengok rakaman ni. Satu puisi dideklamasikan oleh Sabri Yunus, pernah disiarkan di TV3. Bahasa digunakan dialek Kelantan, kalua ada masa aku akan translet. Kalua adalah…tapi tak tahu bila lah tu.
Puisi Raya oleh Sabri Yunus - Seminggu Sebelum Raya
Bila dengar puisi ni, mmmmm nak komen pun payah. Tak komen pun payah juga. Ada juga yang aku tak setuju walaupun banyaknya memang setuju lah.
Insha allah, hari ni mula gerak balik ke kampong halaman di negeri paling miskin nun di Kelantan sana. Walaupun kami miskin, walaupun petrol naik, walaupun kena bersesak tengah hutan sana, kami masih juga berusaha sungguh-sungguh untuk balik kampong beraya bersama mek ayah dan kaum keluarga. Tapi kami tak tidur hotel. Kami berhimpit je dalam pondok buruk kami tu.
Bagi bersemangat sikit, jom kita nyanyi lagu raya. Berikut adalah Koleksi Lagu Raya Aidilfitri Siti Nurhaliza Terbaik 2015
Doakan perjalanan kami selamat dan dijauhkan aral melintang.
Kepada yang balik kampung dengan memandu, sila berhati-hati sepanjang perjalanan. Usah berlumba, usah terburu-buru memecut, kampung halaman tu tak lari pergi ke mana. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti dengan gembira.
Dah banyak lagu-lagu raya kita dengar, yang biasa-biasa sahaja. Kalau dengar lagu-lagu raya dendangan Situ Nurhaliza pun, bila kumpul semua dah muat satu album.
Memang banyak lagu raya yang sentiasa menjadi kegemaran yang sentiasa dikumandangkan errata tempat. Sama ada lagu-lagu raya berbentuk gembira dan ceria ataupun lagu-lagu raya yang mengundang rasa sedih dan walang pun ramai juga yang suka.
Bab lagu raya ni, kalau tak dengar lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Fazidah Joned, Syarifah Aini, Aman Shah, Rafeah Buang, Siti Nurhaliza, M. Nasir dan ramai lagi, macam tak sah raya pulak kan. Apa kata kita dengar pula lagu lebaran yang lebih lama ni;
Selamat Berlebaran Oslan Husin
Macam mana?
Mmmmmm aku memang suka benda-benda klasik ni. Maklumlah, tuan diri pun dah tergolong dalam golongan klasik jugak huhuhu huhu
Kepada adik-adik yang menunggang motosikal untuk balik kampung berhari raya, mohon tungganglah dengan hati-hati dan selamat. Berikut adalah tips keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal.
Video Kempen Keselamatan Jalan Raya
Hati-hati di jalan raya ya, semoga selamat berjumpa keluarga tersayang.
Sebuah filem pendek arahan Wong Zhen Hai dari Singapura, Shuai Ge (帅哥)
Zhi Xiong tinggal bersama datuknya. Kerja sekolah yang perlu disiapkan menyebabkan dia mengetahui tentang kisah ibunya, seorang pelacur.
Agaknya, apa perasannya kalau kita berada di tempat Zhi Xiong?
Banyak perkara dalam hidup ni, adalah terlebih baik untuk kita tak tahu dari tahu. Biarpun nampak macam bodoh je kalau tak tahu, namun kita tidak dianggap cerdik pun bila tahu sesuatu perkara sebegini. Lagi berkecamuk minda adalah. Lepas tu mulalah nak tambah masalah dengan alasan stress dan terjebak dengan gejala sosial.
Mmmmm tak jadi kat kita senanglah cakap kan.
Kepada pembaca yang sama kisahnya dengan Zhi Xiong, berusahalah bertindak secara matang. Kita tak pernah minta pun lahir dalam sebuah keluarga yang pincang sama ada sosial atau ekonominya. Semua orang nak aje lahir sempurna atas dulang emas. Namun bukan semua orang bertuah.
Persoalannya, orang yang lahir sempurna atas dulang emas itu terpenuh bahagiakah dia? Mmmm soal bahagia hanya hati yang menentukan. Kepuasan tiap orang itu berbeza.
Aku ada jumpa beberapa versi cerita sebegini didramakan atau dijadikan filem pendek. Ceritanya tentang anak conteng kereta, kena rotan berbirat. Bekas tang kena rotan di tangan tu bengkak, berlaku jangkitan, hingga akhirnya tangan anak perlu dipotong.
Dalam cerita pendek di atas, aku nampak bapak dia balun tang lain tetapi tangan pulak yang kena potong huhuhuhuhu
Maafkanlah dia. Depa first time buat pilem kot ni...tak pun hasil kerja budak-budak mascom yang kena hantar tugasan. Tak sempat nak teliti.
Mmmmmm rumah ambo tadak rotan. Jadinya kalau kena bedal memang bukan dengan rotan. Dengan tali pinggang, dengan ranting senduduk dengan batang penyapu huh uhuhu lagi hebat kan.
Tapi waktu tu, kena sebat dengan rotan atau pembaris besar hingga patah pembaris besar segedabak itu pun cikgu masih tak kena tumbuk dengan mak bapak. Dah biasa pun mak bapak pukul, rotan, bedal anak hingga berbirat sebab tak dengar kata. Kalau sekarang dah kira dera.
Dera? Mmmmm rotan berbirat ajar anak tak adalah tulang belulang patah, mata buta atau mati kejung. Hidup lagi, dan jadi manusia berguna. Jadinya, kena belajar macam mana cara orang dulu-dulu gunakan rotan untuk didik anak. Tahapnya macam mana, caranya macam mana.
Jom tengok cerita pendek ni;
Macam mana? Terkenangkan kenakalan sendiri?
Nyesal tak? Huhuhuhu
Terima kasih ayah, selalu bedal aku masa kecik-kecik dulu. Nak buat macam mana, memang dah degil kan? Apa pun, tanpa bedalan tu semua dah tentu aku tak ada di tempat aku sekarang.
Entah-entah jadi surirumah sepenuh masa dengan anak 14 orang. Mmmmmmm manalah kita nak takdir hidup kita macam mana. Jadinya, sila jangan guna istilah “kalau”.
Kasut Kelopak Jantung, filem pendek yang diangkat dari Novel KOMSAS Tingkatan 1 berjudul "KASUT KELOPAK JANTUNG" karya Dr Ghazali Lateh yang mengisahkan kisah Cikgu Haron dan pelajarnya, Ahmad.
Salah satu komen;
Iwan Baser 1 year ago (edited)
Idea utk drama ni datang dari mana? Buku ker? Sebab menarik jalan cerita dia, cuma untuk production, kena tgk pada small details element (Mise en scene) dlm drama mcm name tag dan jam tangan utk menjadikan watak tu lebih real. orang miskin xkan pakai jam tangan digital dan nama sebenar pelajar tersebut jelas pada uniformnya.dari segi lakonan, watak cikgu tu kurang meyakinkan, mungkin sebab baru pertama kali berlakon, tp watak ahmad mmg ada bagi kesan pd yg menonton, ditambah dengan background muzik yg sesuai. saya seorang multimedia designer dan tutor dlm multimedia production di salah sebuah IPTA kt Malaysia ni, cuma bagi pandangan saya dari sudut seorang penerbit. apa2 pun tahniah kepada pelajar2 sekolah ni sebab dpt menghasilkan drama dengan penggunaan teknik kamera dan editing yang baik. Good job dan teruskan berkarya.
Maaflah, aku tak editpun komen di atas. Jadinya ada bahasa dan ejaan yang kontot-kontot, tetapi rasanya masih dapat difahami kecuali oleh google huhuhuhu
Aku tak nak komen banyak sebab kalau letak aku berlakon jadi mak budak tu pun, dah tentu keras terpacak macam pokok tembusu huh uh uhu namun, sebab mereka bukanlah pelakon, kira okey lah tu. Bukan mudah nak beraksi depan kamera kan. Lagilah ambo...pemalu yuuuuuu!!!!
Bila menteri kata, perubahan harga petrol setiap bulan tidak akan diumumkan kepada orang ramai, aku jadi pelik. Sebelum ni, pengguna disarankan supaya mengetahui harga setiap barang yang nak dibeli. Sebab itulah setiap barang termasuk barang basah dan sayur perlu kena letak tanda harga. Tetiba, menteri berkaitan jual beli barang kata begitu pula. Terputus sekejab sel-sel otak aku huh u hu hu
Bila menteri kata Rakyat tetap berbelanja raya walaupun GST, mata aku terbeliak sekejab. Jadinya, adakah menteri beranggapan bahawa rakyat Malaysia perlu berkabung pada musim perayaan semata-mata sebab ada gst? Ok jugak cadangan tu. Kita berkabung je...semua orang pakai warna hitam je. Kira tema raya satu Malaysialah kan.
Kita makin dah tak hairan dengan kenyataan menteri-menteri yang digelar Prof Agus sebagai badut sarkas sebab dah kerap sangat kenyataan tak masuk akal dibuat. Rakyat Malaysia pun dah malas nak melawak dah sebab memang tahu pun semua tu belawok belaka. Namun, bila Perdana Menteri sendiri keluarkan kenyataan;
"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul? Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 liter minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan pameran pertanian di Expo Maha 2014.
Apa yang anda fikir?
Mmmmm patutpun barisan menteri suka buat lawak tak jejak bumi, rupanya PM kita suka berjenaka rupanya. Yaaaaalah, kami insaflah, kami ni marhaen je. Hanya mampu naik kapcai je pun. Jadi takat petrol naik sepuluh sen tu, kesannya tak adapun kami rasa. Dulu isi petrol RM5, bila naik sepuluh sen, kami isi je lah kapcai kami tu RM5.10. kan kan kan.
Entah apalah jadinya dengan negaraku nan terchenta ni. Di gelar pakar pun macam tak berapa nak boleh pakai pulak nasihatnya;
Yaaaa katanya tak payahlah balik beraya di kampung kalau nak berjimat cermat. Tak perlu bayar tol yang juga dah naik tu. Selamat poket. Dok je dendiam kat sini, biarkan ajelah mak bapak kita yang dah tua renta tu raya sensorang kat kampung sana. Mmmmm gamaknya CGPA dia setanding tak 3.85 seperti menteri yang suka masak nasi goreng hias timun potong dalam kuali tu?
Mmmmm patutpun musim raya penuh aje hotel, rupanya sebab anak-anak rantau balik kampung. Mmmmm kalau aku yang pergi dok hotel masa balik kampung, sah-sah kena halau. Balik berkerja yang disediakan hotel pun aku balik tidur kat rumah, tak ada kerja nak pergi cari hotel masa balik raya hu hu hu hunak makan belakang kapak silalah buat huhuhuhu
Barulah aku sedar sebenarnya sangat susah nak hasilkan lepasan u yang kreatif dan berketerampilan. Rupanya, ramai juga orang cerdik pandai di Malaysia ni yang kecerdikan mereka sangat terserlah bila bercakap. Mmmmm, aku nak kena bina azam baru ni, kurangkan bercakap supaya orang ramai tak tahu CGPA yang aku dapat tu lebih rendah dari 3.85.
Hu hu huhu cer mengaku. Kalian pernah buat tak macam ni?
Fear of Mom vs Dad versi si hensem Shahveer Jafry
Hu hu huhu memang satu dunia kot berlaku. Ingatkan aku je yang cenggini. Bila mak panggil, mak suruh buat apa-apa, macam-macam alasan kita. Bertangguh-tangguh. Asyik tunggu sekejab je. Asyik “lepas ni buatlah”.
Tapi...bila ayah yang suruh...macam tak cukup tanah berlari huh u huhu. Video ni pun sama juga tetapi versi orang berbeza.
Mak vs ayah suruh versi Zail Ali
Padahal, kalau diikutkan, patutnya panggilan mak perlu kita utamakan banding ayah.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).]
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad. Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
Orang kata, orang perempuan ni lama nak bersiap. Nak pergi dating pun payah bebenornya nak kena menunggu sampai beruban.
Zaman aku kecik dulu, abang paling tak suka menunggu. Tetiba dapat bini, jenis lama bersiap huh uhuhuhu baru dia tau. Dulu dok leter kami lambat, bila bini sendiri lambat, diam tak leter pulak. Nasib baik kakak ipar aku tu jenis bersiap awal. Dia dah siap baru bagi tahu abang, tak adalah lama abang menunggu hu huhu hu
Jom kita tengok tahap bersiap orang perempuan huhuhuhu
Girls Get Ready For Everything
Adoiii...geli usus aku nengoknya. Kalau ginilah keadaannya, memang laaaaaa!!!
kita sering lihat anak gadis kemaskan make up di klayak ramai. Kat meja makan pun boleh keluarkan bedak, tambah lipstik.
Boleh bayangkan tak kalau lelaki juga melakukan perkara yang sama? Maksudnya, lelaki juga mengemaskan diri di khalayak ramai. Cer tengok video berikut;
If guys did the same things as girls in public..
Gitulah jadinya bila lelaki pun nak buat benda yang sama. Tak pepasal bercukur jambang di khalayak ramai huhuhuhuhu ada berani?
Budaya kita, malah agama kita mengutamakan tetamu yang datang. Hanya, ada kalanya, cara kita utamakan tetamu itu buatkan kita ketepikan ahli keluarga kita sendiri.
Pernah alami peristiwa sebegini masa kecil dulu?
Your mother won't let you have the food until the guests have had it!
Masa kecil dulu kami memang selalu alami situasi sebegini. Cumanya, tak adalah piza atau air tin sebegitu. Maknanya, terdapat makanan yang lebih istimewa dari kebiasaan kami, tetapi dihidangkan kepada tetamu. Dan, hanya itu sahaja yang ada. Tetamu tu pula makan dengan beria-ria hingga habis. Makanya, telan liur je lah kami.
Dalam situasi kami, memang fahamlah sebab kami tidak berkemampuan. Hidangan paling sedap itu tetamu makan. Dan kami pula berdoa agar tetamu tak makan hingga habis. Tunggu hingga tetamu turun hingga bawah, kemudian masing-masing macam singa lapar berebut dalam senyap hu hu huhuhu nama pun budak-budak.
Cara yang sama diamalkan masa aku ke Aceh beberapa tahun lepas. Tuan rumah hidangkan untuk tetamu (kami) yang dah dewasa padahal anak-anaknya yang lasak itu belum diberikan lagi. Jadinya, anak-anak akan buat perangai kerana tengok orang dewasa dah makan.
Hari pertama, aku tak tahu situasi tu. Pada hari kedua, aku tolong masak sama. Jadinya, aku beritahu kat tuan rumah untuk bagi makan anak-anaknya kenyang-kenyang sementara tunggu tetamu lain yang belum sampai. Hasilnya, anak-anak itu tak ganggu tetamu lagi ketika kami makan. Mereka juga tak buat perangai.
Kesimpulannya, bagi anak-anak kita makan dulu sampai kenyang, barulah mereka tak buat kacau depan tetamu. Kita juga boleh bersembang tanpa gangguan.
Ramai suka makan kedai mamak. Dek merata tempat ada kedai mamak, kita macam dah terbiasa dengan beberapa istilah yang mamak gunakan. Istilah-istilah digunakan mamak tu pun kita balun guna jugak.
Apa jadi bila mamak hensem kita panggil Bhai
When a girl calls you "bhai"
Hu hu huhuhuhu kesian tak? Kesian tak?
Sadis benarnya aku nengok. Disebabkan pompuan lawa panggil dia BHAI, tetiba je hadapi kemurungan dan demam huhuhuhu
Kalau lelaki yang panggi dia gitu, aku syak tak adalah kesannya sebegitu rupa...huhuhuhu aku nak sambung gelak!
Perempuan memang suka berleter ek? Hu hu huhuhu Chef Wan tu lelaki, tapi mulutnya macam bertih goreng….tak adalah berleter, tapi bercakap.Errrr tak pepasal nama Chef Wan pula TERumpat kat blog aku ni.
Jadinya, bagaimana caranya nak hentikan leteran atau bebelan sang kekasih hati? Bingit telinga tau hu huhuhu
Beginilah caranya untuk hentikan leteran, bebelan dan rugutan secara berhemah;
How to make a girl stop talking!
Cara berikut lebih sadis huhuhuhu tapi aku gelak tak henggat huhuhuhu
Comey tak? Mmmmmm bolehlah praktiskan cara ni. Cumanya, cara ke dua tu tak payahlah buat ya. Tak pepasal ada yang jadi arwah nanti huhuhuhu
Setiap hari pening dok fikir fasal lauk untuk berbuka dan bersahur.
Bukan manjakan anak tekak, namun situasi memang tidak membenarnya untuk masak beria-ria ataupun punggah juadah di Bazar Ramadhan beria-ria.
Bila Allah tarik nikmat sihat, banyak perkara dah kita tak mampu nak buat. Nak masak sendiri perlukan bahan mentah. Nak dapat bahan mentah kena pergi beli. Nak pergi beli kena keluarkan tenaga sedangkan tenaga itulah yang kehabisan.
Nak pergi Bazar Ramadhan cari juadah juga perlukan keupayaan yang tinggi. Bukannya boleh parking betul-betul jalan utama masuk bazar ramadhan. Bila parking jauh, sedang elok sampai muka depan bazar ramadhan, dahhhhhh nak pitam. Cemana tu?
Jadinya, berbukalah takat yang ada. Takat yang mudah. Mana yang ada, itulah rezeki untuk hari tu. Hidup ni mudah sahaja. Kalau rasa nasib kita tak beruntung, kenangkanlah mangsa-mangsa banjir di Manik Urai Lama sana yang masih ramai berada dalam khemah. Ingatlah tentang masyarakat Islam di Gaza yang berbuka puasa antara runtuhan bangunan, di bawah percikan bom dan mortar bak bunga api.
Teringin nak iftar berbuka puasa ramai-ramai macam kat Dataran Merdeka.