Budaya kita, malah agama kita mengutamakan tetamu yang datang. Hanya, ada kalanya, cara kita utamakan tetamu itu buatkan kita ketepikan ahli keluarga kita sendiri.
Pernah alami peristiwa sebegini masa kecil dulu?
Your mother won't let you have the food until the guests have had it!
Masa kecil dulu kami memang selalu alami situasi sebegini. Cumanya, tak adalah piza atau air tin sebegitu. Maknanya, terdapat makanan yang lebih istimewa dari kebiasaan kami, tetapi dihidangkan kepada tetamu. Dan, hanya itu sahaja yang ada. Tetamu tu pula makan dengan beria-ria hingga habis. Makanya, telan liur je lah kami.
Dalam situasi kami, memang fahamlah sebab kami tidak berkemampuan. Hidangan paling sedap itu tetamu makan. Dan kami pula berdoa agar tetamu tak makan hingga habis. Tunggu hingga tetamu turun hingga bawah, kemudian masing-masing macam singa lapar berebut dalam senyap hu hu huhuhu nama pun budak-budak.
Cara yang sama diamalkan masa aku ke Aceh beberapa tahun lepas. Tuan rumah hidangkan untuk tetamu (kami) yang dah dewasa padahal anak-anaknya yang lasak itu belum diberikan lagi. Jadinya, anak-anak akan buat perangai kerana tengok orang dewasa dah makan.
Hari pertama, aku tak tahu situasi tu. Pada hari kedua, aku tolong masak sama. Jadinya, aku beritahu kat tuan rumah untuk bagi makan anak-anaknya kenyang-kenyang sementara tunggu tetamu lain yang belum sampai. Hasilnya, anak-anak itu tak ganggu tetamu lagi ketika kami makan. Mereka juga tak buat perangai.
Kesimpulannya, bagi anak-anak kita makan dulu sampai kenyang, barulah mereka tak buat kacau depan tetamu. Kita juga boleh bersembang tanpa gangguan.
7 ulasan:
Betul tu, penuhi kehendak perut anak anak kecil dulu, baru nyaman aman kita boleh makan tanpa gangguan...hahaha
Dlm islam mmg diajar supaya mengutamakan tetamu, ada satu kisah bgmana seorg sahabat yg berpura2 kehabisan minyak pelita dan makan dlm gelap padahal makanan yg dihidang hanya cukup utk tetamu itu sahaja...
Betul.. kita dahulukan anak2 sebelum tetamu sampai.. barulah rasa tenang dan tetamu sendiri tak rasa rimas.. ;)
salam. hee sedapnya buka pose mamam piza dgn air tin sejuk nyaman camtu mak kanns ;p
biasa nya mcm tu la kan..perut sikecil perlu di utama kn
Dulu lain Anyss. Keluarga kakak lagilah dulu miskin tak terkata. Ada tetamu mestilah utamakan tetamu. Tak sama anak sekarang apa yg kita hidang pada tetamu apa pun mereka dah selalu makan tak hairan pun..
dua2 cara pun betul kan? utamakan tetamu & jika masakan memang berlebihan bagi anak2 makan kenyang2 dulu sebelum tetamu tiba
Catat Ulasan