Masa kecik dahulu, hanya mampu tengok gambar gambar kaabah dan masjidil haram di kalender sahaja. Manalah ada video bagai.
Masa arwah tok ayah balik dari Mekah naik kapal laut, aku masih ingat lagi masa itu musim hujan (banjir). Arwah tok ayah turun kapal di singapura, kemudian naik keretapi. Kami budak-budak ni tunggu kat rumah aje sebab kan hujan. Lagi pun manalah ada banyak kereta macam sekarang ni. Tak muat nak ikut. Lagi pun sapa nak bawak budak comot ikut sama kan kan kan.
Salah satu barang yang arwah tok ayah beli adalah kamera plastic. Kat dalam tu ada gambar kaabah, masjid-masjid di mekah sana. Dalam lima keping aje pun gambarnya. Manual aje. Kena pusing satu punat untuk tengok gambar lain. Itu pun dah terkagum benar aku melihatnya.
Kalau arwah tok ayah masih ada, aku sangat yakin arwah mesti kagum tengok kaabah yang ada sekarang. Tengok betapa luas dan besarnya masjidil haram sekarang ni. Jom kita tengok rupa masjidil haram dahulu hingga kini;
Masjidil Haram Dahulu hingga Kini
Semoga setiap dari kita dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkunjung ke sini.
3 ulasan:
Selamat hari raya dan salam kenal :)
Semoga Allah menjemput kami sebagai tetamu-Nya ke sana nanti :)
Betul kalau kita biasa pergi kita akan melihat perubahannya. Bayangkan kalau dulu kakak pergi masa tunaikan Haji sofa ada bukit boleh kita duduk-duduk tapi pergi lagi umrah selang 3-4 tahun aje dah berubah. Bukit Sofa dah duduk dlm cermin sekarang ni. Sama juga dataran Masjidilharam kian luas. Masjid kucing di belakang dah tak ada dah jadi dataran. Makin luas dataran sebab itu hotel-hotel kecik yg dekat semua dah tak ada..
Dah dua tahun kakak tak pergi tapi baru-baru ini kakak/abang kakak pergi tengok keliling kaabah utk tawaf dah berubah lagi.
Yg pasti sekali pergi akan pergi lagi-lagi dan lagi. Rindu!
mmg banyak perubahan... makin luas makin bsr supaya makin ramai umat islam seluruh dunia blh dtg berkunjung
insyallah, moga kita pun diberikan rezeki n kesihatan yg baik utk berkunjung ke sana
Catat Ulasan