Rabu, 22 Julai 2015

Adab Menyambut Tetamu (Ustaz Hafiz Mustafa Lubis)

Musim raya kan? Dah jadi amalan kita untuk saling ziarah menziarahi dengan sanak saudara dan jiran tetangga.

Sebagai tuan rumah, kita juga ada adabnya bila menyambut tetamu;



Aku ni bukanlah tuan rumah yang baik, maklumlah jarang menyambut tetamu. Rumah yang jarang orang datang bertamu tu rumah yang kurang dilimpahi rahmat dan rezeki, ya dak?

Mmmmmm bila dah kurang upaya ni, rasa sangat tidak berupaya untuk menerima tetamu. Dengan rumah yang tak kemas dan sepah, dengan siapkan hidangan walau seringkas dapat, ada ketikanya aku jadi segan nak terima tetamu. Ya lah, tak kan nak mintak tetamu pulak pergi masak. Lain lah tetamu tu memang dah biasa kan.

Sunnah utamakan tetamu yang;

1. Orang yang lebih dewasa
2. Orang yang lebih berkedudukan
3. Orang yang lebih berilmu dan hafazan
4. Dan lain-lain, sila dengar sendiri ya…

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang memuliakan tetamu.

1 ulasan:

Mrs. A berkata...

Ada orang yang suka tetamu datang bertandang.
Tetapi ada juga yang kurang senang menerima tetamu atas sebab-sebab yang tersendiri. Tetamu kalau nak datang harap bagitaulah dulu tuan rumah supaya tuan rumah tak kelam kabut nak sediakan juadah.