Ahad, 5 Julai 2015

Tak Payah Balik Beraya Di Kampung?

Bila menteri kata, perubahan harga petrol setiap bulan tidak akan diumumkan kepada orang ramai, aku jadi pelik. Sebelum ni, pengguna disarankan supaya mengetahui harga setiap barang yang nak dibeli. Sebab itulah setiap barang termasuk barang basah dan sayur perlu kena letak tanda harga. Tetiba, menteri berkaitan jual beli barang kata begitu pula. Terputus sekejab sel-sel otak aku huh u hu hu 

Bila menteri kata Rakyat tetap berbelanja raya walaupun GST, mata aku terbeliak sekejab. Jadinya, adakah menteri beranggapan bahawa rakyat Malaysia perlu berkabung pada musim perayaan semata-mata sebab ada gst? Ok jugak cadangan tu. Kita berkabung je...semua orang pakai warna hitam je. Kira tema raya satu Malaysialah kan.

Kita makin dah tak hairan dengan kenyataan menteri-menteri yang digelar Prof Agus sebagai badut sarkas sebab dah kerap sangat kenyataan tak masuk akal dibuat. Rakyat Malaysia pun dah malas nak melawak dah sebab memang tahu pun semua tu belawok belaka. Namun, bila Perdana Menteri sendiri keluarkan kenyataan;
 
"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul? Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 liter minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan pameran pertanian di Expo Maha 2014.


Apa yang anda fikir?

Mmmmm patutpun barisan menteri suka buat lawak tak jejak bumi, rupanya PM kita suka berjenaka rupanya. Yaaaaalah, kami insaflah, kami ni marhaen je. Hanya mampu naik kapcai je pun. Jadi takat petrol naik sepuluh sen tu, kesannya tak adapun kami rasa. Dulu isi petrol RM5, bila naik sepuluh sen, kami isi je lah kapcai kami tu RM5.10. kan kan kan.

Entah apalah jadinya dengan negaraku nan terchenta ni. Di gelar pakar pun macam tak berapa nak boleh pakai pulak nasihatnya;


Yaaaa katanya tak payahlah balik beraya di kampung kalau nak berjimat cermat. Tak perlu bayar tol yang juga dah naik tu. Selamat poket. Dok je dendiam kat sini, biarkan ajelah mak bapak kita yang dah tua renta tu raya sensorang kat kampung sana. Mmmmm gamaknya CGPA dia setanding tak 3.85 seperti menteri yang suka masak nasi goreng hias timun potong dalam kuali tu? 



Mmmmm patutpun musim raya penuh aje hotel, rupanya sebab anak-anak rantau balik kampung. Mmmmm kalau aku yang pergi dok hotel masa balik kampung, sah-sah kena halau. Balik berkerja yang disediakan hotel pun aku balik tidur kat rumah, tak ada kerja nak pergi cari hotel masa balik raya hu hu hu hunak makan belakang kapak silalah buat huhuhuhu

Barulah aku sedar sebenarnya sangat susah nak hasilkan lepasan u yang kreatif dan berketerampilan. Rupanya, ramai juga orang cerdik pandai di Malaysia ni yang kecerdikan mereka sangat terserlah bila bercakap. Mmmmm, aku nak kena bina azam baru ni, kurangkan bercakap supaya orang ramai tak tahu CGPA yang aku dapat tu lebih rendah dari 3.85.

4 ulasan:

iryantyismail berkata...

kita tunggu masa pilihan raya akan datang..pasti banyak janji ditabur lagi yang akan menyusahkan rakyat...

eelobor berkata...

huhuhu....pada belah pagi tu dah ramai yg sebar gambar dan kata2 pakar motivasi ni. tak berani nak sebar sebab takut org sengaja edit. belah petang pulak keluar dlm bentuk video. huhuhu...terus tak terkata.

Cik Lily Putih berkata...

mane boleh tak balik kan... hhuhuhuhuhu sedey oooo

makcikkantin berkata...

Hahahah makin dok buat lawak depa ni...cgpa dia 3.85 kot tapi tak ambik subjek ilmu sivik