Itu entri yang ada macam-macam perasaan. Asalnya teruja. Dari dok teruja
tergedik-gedik, akhirnya sentap bila maksud sebenar orang tak faham. Sejak itu,
mood dan nafsu untuk ke Janda Baik terpendam begitu sahaja. Akhirnya tenggelam
bagaikan tak pernah ada niat pun nak pergi sana. Bila ada kawan-kawan letak
status di facebook tentang Janda Baik, yang muncul di kepala hanyalah ingatan
pilu.
Ya, ambo mudah serik. Lain kali tanya je pakcik Google, semua benda dia boleh bagi tahu tanpa nak merajuk bersindir pesan, ya dak? Nak buat macam mana, memang khilaf ambo. Seriknya itu buatkan minda secara tidak sedar mula
melupuskan nama Janda Baik walaupun janda itu memang baik. Tak ada kena mengena dengan
apa-apapun. Bila Cik Bintang tiba-tiba sebut pasal Janda Baik, terus je ambo
jawab OK tak sempat dia ajak pun. LoQlaQ dak ambo?
|
jerebu walaupun hutan hijau tebal juga kawasan ni |
Kami rancang berada di Janda Baik pada hari berkerja. Tak nak menyibuk
dengan ramai orang. Jadinya, pada hari pertama tu suasananya sangat nyaman. Hanya
kami berdua sahaja menguasai Hawa Resort Janda Baik tu huhuhuhu ko ada????
Petang tu terus sahaja berendam dalam sungai walaupun tak sempat kecut. Berbahagia sekali
sambil kejar mengejar dengan sepasang angsa romantic yang asyik mahsyuk
bercinta tu. Bila sembang dengan staff Hawa Resort, “Eh, kak Wana ada kebun…boleh
pesan durian kalau nak,” Haaaaaa terus bersinar-sinar biji mata teruja ambo. Terus sahaja
setuju nak durian, manggis dan rambutan. Janjinya esok hantar, tapi petang tu
jugak kami dapat 3 biji durian yang sedap (percuma. Katanya rasa dulu. Kalau cenggitu
lah, seguni pun boleh rasa). Terus mintak Kakak Wana simpankan durian 10 biji
untuk hari balik nanti.
|
jernih dan sejuk |
|
berendam belakang dapur orang je...tapi dapur dia cantik ;) |
Malamnya kami tak keluar cari makan pun. Sendat isi perut dengan durian dan
manggis dan rambutan di hadapan bilik kami yang mengadap anak sungai tu. Lahap
kemain. Sambil makan sambil buka computer kononnya buat kerja. Silalah percaya
ambo buat kerja, melainkan makan jualah agenda utamanya. Dan tekak pun dah mula
perit huhuhuhu
|
malam pun melantak buah huhuhu |
|
maka...nikmat manakah yang mahu didustakan? |
Esok paginya seusai solat subuh kami dah mengadap sungai…errrr bukan kami. Ambo.
Sorang lagi tu tarik selimut sebab sejuk sangat, malam semalam hujan turun dengan lebatnya. Ambo sempat buat kerja hingga
jam 10 sambil geram nengok air sungai yang besar dan deras sebab dek semalam hujan
lebat. Bila hujan mula merintih turun, kemas computer dan lari masuk bilik,
kemudian tarik selimut. Nak buat apa wehhhh kalau tak tarik selimut. Lagipun,
dingin amatttt!!
Selepas zohor pergi Bukit Tinggi sekejab. Jam lima dah balik. Tak ada apapun
yang best kat situ sebab ambo bukan jenis orang suka berjalan dalam bandar. Ambo
suka masuk utan yang tak berapa nak hutan. Tapi sempat jugalah bersantai di
Taman Jepun, Bukit Tinggi Resort tu walaupun malas nak beratur pakai kimono. Nanti nak pakai kimono
kat Jepun kononnya. Berlatar belakangkan gunung Fuji. Mmmmmm berangan tak payah
bayar. Boleh aje huhuhuhu
|
tadak orang encem pada hari berkerja huhuhuhu |
|
|
nampak tak betapa beratnya ambo...gambor pong bulih jadi senget dek kerana itu! |
Malamnya makan buah lagi. Lagi dan lagi. Macam tak sedar diri. Diet dah campak ke sungai sejak jejak kaki di Hawa Resort ni lagi. Tengah syokk penuhkan mulut dengan buah, isikan tong sampah dengan kulit, tetiba jiran sebelah satu keluarga yang baru masuk petang tadi datang hulurkan sepinggan ayam dan kentang BBQ. Maka bertukar-tukar hidanganlah kami.
Pagi 31 Ogos, operasi mencari durian dilakukan selepas pergi ambil durian
rumah Kak Wana tu. Rasa macam tak cukup pulak. Durian kampong yang sedap, rasa
rugi pulak kalau takat bawak balik 10 biji sahaja sedangkan semuanya hantu
durian. Tambah semangat nak tambah bila rakan blogger Sekadar Berkongsi
berminat nak kenduri durian juga. Jadinya, kami singgah di kebun tempat kami
beli nasi goreng petang semalam.
“Dah habis,” kata kakak jual nasi goreng tu. Sembang sat pi mai pi mai puji
nenek (ibu kakak jual nasi goreng yang usianya dah 80 tahun lebih itu),
dapatlah lebih kurang 5 biji. Ada rezeki lagi. Hu huhuhu bukan bodek tau…kalau nak
kata bodek pun boleh juga. Tapi nenek tu memang tak nampak pun usianya 80
tahun. Katanya ada 30 orang cicit.
|
banyak ni je angkut bawak balik untuk 3 kumpulan...cukuplah. Ambo kan diet huhuhuhu |
Alhamdulillah kami terlepas dari kesesakan akibat bas persiaran terbalik
selepas terowong Genting Sempah tu. Sampai Bangi dalam jam 4.15 gitulah. Terus je
budak ni melahap durian;
|
modelnya seksi sikit...pakai pampers je untuk ulas ke dua |
Maklumat tentang Hawa Resort di Janda Baik tu boleh google je ya, banyak dah orang lain
tulis tentang tu. Setelah kami ronda-ronda keliling kampong, kami bersyukur
menginap di sini dengan pakej paling miskin untuk kami RM160 satu malam.
Kononnya nak jugalah ke Pulau Santap Janda Baik yang dikatakan best sangat tu sampai ada
orang sentap sentap bagai (siapa lagi nak sentap kalau bukan ambo huhuhu), tapi…Hawa Resort lagi best. Sungainya lebih lebar dan cetek, sesuai untuk budak-budak main ataupun budak tua macam kami main. Kalau nak privasi buat
hal macam kamilah. Ni bukan sebab dapat durian free tau? Sebenarnya kami dah tibai
sebiji durian di Hawa Resort yang menurut mereka belum luruh lagi. Bila kami
pergi je, tetiba durianpun luruh. Merasalah kami dengan ceria gembira bak
kanak-kanak ribena.
Macam nak ulang lagi pergi. Tapi, musim buah jugaklah. Baru extra seronok
kan kan kan?