Memaparkan catatan dengan label gen Z. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gen Z. Papar semua catatan

Khamis, 8 September 2016

Cabaran Pelajar Gen Z



Semalam berpeluang ke Fakulti pendidikan untuk taklimat bagi pelajar baharu. Muka masing-masing tu Nampak suci murni lagi. Hanya Nampak penat dan melimpahruah nak hadam segala maklumat yang diterima dalam seminggu dua ni sahaja. Kuliah masih lagi belum bermula. Mereka masih berada dalam fasa dua mengenali fakulti pula. Minggu lepas kenali UKM.

Secara personal, ambo akui memang cabaran untuk mengendalikan gen Z ni sangat tinggi. Mereka golongan yang terdedah dengan gajet lebih banyak berbanding manusia. Itu antara sebab mengapa komunikasi mereka ke laut. Jumpa professor tersohor pun mereka tak kenal, terlanggar bahupun tak reti nak mintak maaf. Kalaupun minta maaf, dipanggilnya “pakcik”. Tertukar dengan tukang potong rumput bangla kot. Ya lah, bangla potong rumput tu lagi bergaya banding tuan professor yang banyak berfikir ni.

Minggu pendaftaran pelajar sebenarnya dah bermula awal minggu. Boleh dilakukan secara online. Namun hakikatnya, bukan mudah untuk lakukan pendaftaran kerana sekelip mata sahaja dah penuh. Perangai pelajar ni tak pernah berubah, akan daftar banyak kursus hingga orang lain tak dapat masuk, kemudian mereka akan gugurkan bila tak nak. Terlupa nak gugur itu yang TERdapat markah E sebab ingatkan dah gugur rupanya belum gugur lagi kursus itu.

Jadinya, minggu ini hingga esok, ramai pelajar akan buat rayuan maut dengan mana-mana pensyarah untuk ikuti kelas tersebut. Macam-macam gaya orang terdesak kita boleh lihat. Ambo memang dah lali nak tengok. Serik juga nak terimanya. Masa merayu kemain mengalahkan mat romeo atau Minah Juliet, tapi akhirnya buat masalah di hujung semester.

Sekejab tadi, datang 4 jelitawan bak model mahu buat rayuan ikuti kursus. Pelajar tahun akhir.
“Boleh je nak masuk kursus ni, tapi...kena jual barang. Nak?”
Muka memasing dah cuak.
“Apa kaitan jual barang dengan menulis?” ada rasa tak puas hati pada wajah mereka.
“Itu yang nak ditulis tu...pasal barang. Kalau tak jual, macam mana nak tulis?”

Mmmmm macam mana nak jual diri ni kalau cenggini.

Opsssss! Ambo pong tak reti jual barang.Ambo reti suruh orang je. Kata sistem pendidikan nak galakkan perniagaan huhuhuhuhu