Semalam berpeluang ke
Fakulti pendidikan untuk taklimat bagi pelajar baharu. Muka masing-masing tu Nampak
suci murni lagi. Hanya Nampak penat dan melimpahruah nak hadam segala maklumat
yang diterima dalam seminggu dua ni sahaja. Kuliah masih lagi belum bermula. Mereka
masih berada dalam fasa dua mengenali fakulti pula. Minggu lepas kenali UKM.
Secara personal, ambo akui
memang cabaran untuk mengendalikan gen Z ni sangat tinggi. Mereka golongan yang
terdedah dengan gajet lebih banyak berbanding manusia. Itu antara sebab mengapa
komunikasi mereka ke laut. Jumpa professor tersohor pun mereka tak kenal,
terlanggar bahupun tak reti nak mintak maaf. Kalaupun minta maaf, dipanggilnya “pakcik”.
Tertukar dengan tukang potong rumput bangla kot. Ya lah, bangla potong rumput
tu lagi bergaya banding tuan professor yang banyak berfikir ni.
Minggu pendaftaran pelajar
sebenarnya dah bermula awal minggu. Boleh dilakukan secara online. Namun hakikatnya,
bukan mudah untuk lakukan pendaftaran kerana sekelip mata sahaja dah penuh. Perangai
pelajar ni tak pernah berubah, akan daftar banyak kursus hingga orang lain tak
dapat masuk, kemudian mereka akan gugurkan bila tak nak. Terlupa nak gugur itu
yang TERdapat markah E sebab ingatkan dah gugur rupanya belum gugur lagi kursus
itu.
Jadinya, minggu ini hingga
esok, ramai pelajar akan buat rayuan maut dengan mana-mana pensyarah untuk
ikuti kelas tersebut. Macam-macam gaya orang terdesak kita boleh lihat. Ambo memang
dah lali nak tengok. Serik juga nak terimanya. Masa merayu kemain mengalahkan
mat romeo atau Minah Juliet, tapi akhirnya buat masalah di hujung semester.
Sekejab tadi, datang 4
jelitawan bak model mahu buat rayuan ikuti kursus. Pelajar tahun akhir.
“Boleh je nak masuk kursus
ni, tapi...kena jual barang. Nak?”
Muka memasing dah cuak.
“Apa kaitan jual barang
dengan menulis?” ada rasa tak puas hati pada wajah mereka.
“Itu yang nak ditulis
tu...pasal barang. Kalau tak jual, macam mana nak tulis?”
Mmmmm macam mana
nak jual diri ni kalau cenggini.
Opsssss! Ambo pong
tak reti jual barang.Ambo reti suruh orang je. Kata sistem pendidikan nak galakkan perniagaan huhuhuhuhu