Minggu lepas
dah kenduri durian di Janda Baik. Minggu ni kena gigih kerja pulak. Semester baru
dah bermula sejak ambo pergi Janda Baik lagi. Untuk pelajar baru. Orientasi. Pelajar
lama baru boleh mula daftar hari ni. Dan sejak semalam, kampus dah mula meriah balik. Boleh tengok ibu bapa datang hantar anak.
pepagi dah berbaris |
Bila tengok system
pendaftaran pelajar secara online, niat asalnya nak tengok jadual kuliah
sahaja. Harap-harapnya dapat hari yang menarik pada tengah-tengah minggu,
sangat berguna terutamanya bila tiba masa cuti balik raya. Nak elak jem sesak
jalan, makanya kena extra cuti hingga Isnin, begitu juga nak balik, kena balik
awal pada pagi-pagi hari Jumaat.
Namun apa daya,
kejutan dah bermula;
matikkkklaaaamaknakkkk |
Mmmmmm redha
ajelah dengan pendaftaran awal yang berjuta-juta lemon itu. Itu belum lagi
campur dengan yang datang bawak surat untuk pendaftaran manual. Nak tolak
kesian tengok muka yang berlakon sedih tu, bila terima kang…ada pulaklah yang
muncul bila dah buat masalah tak buat tugasan. Rupanya tak pernah masuk kelas
kecuali pada hari pembentangan. Cemana tu? Alahai!
Petang Khamis,
staf Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, dulu PJJ) pulak telefon.
“Dr. tolonglah
mengajar sem ni…kami dapat permintaan dari fakulti nak pelajar mereka mahir
menulis,” bila adik manesss yang merayu, ambo mudah alah wehhh.
“Kelasnya bila
mula? Berapa kali?” ambo ingatkan yang hujung minggu dan hanya 4 jam sahaja.
“10 minggu je,
Dr…kat Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Malam boleh Dr?” nasib baik dia hanya
telefon. Kalau ada kat depan muka, sah-sahlah dia boleh nampak biji mata ambo
yang terbeliak luas ni.
10 minggu tu. Malam
pulak. Fakulti tu dok dalam hutan sana tu…alahai, kenapalah mereka ni rajin
sangat?
“Tak boleh ke
orang lain je yang mengajar?” Okeh, dah nampak kan tanda-tandanya malas nak
masuk kelas dewasa ni. Mereka sebenarnya pelajar yang dah berkerja, jadi
kelasnya selepas waktu pejabat sama ada petang dan malam hari ataupun pada
hujung minggu. Kalau mintak kelas hujung minggu kang payah nak merendak pulak
huhuhu.
“Tak ada pilihan
sebenarnya. Dr kan ketua kursus,” Dia memang ada ilmu memujuk yang tinggi. Makanya,
semester ni kelas bukan sahaja siang tapi juga malam. Dahlah hari Rabunya tu
kelas tengahari dan petang.
Mmmmmm
sebenarnya, kuliah dengan pelajar dewasa eksekutif ni seronok juga. Mereka kaya
dengan pengalaman dan bila buat program untuk projek penyelidikan, hebat
kemain. Yang tak hebatnya pengurusan masa mereka bila siapkan tugasan. Mmmm kita
tengok nanti macam mana boleh ditingkatkan.