Isnin, 5 September 2016

Dah Masuk Semester Baru Ni



Minggu lepas dah kenduri durian di Janda Baik. Minggu ni kena gigih kerja pulak. Semester baru dah bermula sejak ambo pergi Janda Baik lagi. Untuk pelajar baru. Orientasi. Pelajar lama baru boleh mula daftar hari ni. Dan sejak semalam, kampus dah mula meriah balik. Boleh tengok ibu bapa datang hantar anak.

pepagi dah berbaris

Bila tengok system pendaftaran pelajar secara online, niat asalnya nak tengok jadual kuliah sahaja. Harap-harapnya dapat hari yang menarik pada tengah-tengah minggu, sangat berguna terutamanya bila tiba masa cuti balik raya. Nak elak jem sesak jalan, makanya kena extra cuti hingga Isnin, begitu juga nak balik, kena balik awal pada pagi-pagi hari Jumaat.

Namun apa daya, kejutan dah bermula;

matikkkklaaaamaknakkkk

Mmmmmm redha ajelah dengan pendaftaran awal yang berjuta-juta lemon itu. Itu belum lagi campur dengan yang datang bawak surat untuk pendaftaran manual. Nak tolak kesian tengok muka yang berlakon sedih tu, bila terima kang…ada pulaklah yang muncul bila dah buat masalah tak buat tugasan. Rupanya tak pernah masuk kelas kecuali pada hari pembentangan. Cemana tu? Alahai!
Petang Khamis, staf Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, dulu PJJ) pulak telefon.
 “Dr. tolonglah mengajar sem ni…kami dapat permintaan dari fakulti nak pelajar mereka mahir menulis,” bila adik manesss yang merayu, ambo mudah alah wehhh.

 “Kelasnya bila mula? Berapa kali?” ambo ingatkan yang hujung minggu dan hanya 4 jam sahaja.
“10 minggu je, Dr…kat Fakulti Teknologi Sains Maklumat. Malam boleh Dr?” nasib baik dia hanya telefon. Kalau ada kat depan muka, sah-sahlah dia boleh nampak biji mata ambo yang terbeliak luas ni.

10 minggu tu. Malam pulak. Fakulti tu dok dalam hutan sana tu…alahai, kenapalah mereka ni rajin sangat?
“Tak boleh ke orang lain je yang mengajar?” Okeh, dah nampak kan tanda-tandanya malas nak masuk kelas dewasa ni. Mereka sebenarnya pelajar yang dah berkerja, jadi kelasnya selepas waktu pejabat sama ada petang dan malam hari ataupun pada hujung minggu. Kalau mintak kelas hujung minggu kang payah nak merendak pulak huhuhu.
“Tak ada pilihan sebenarnya. Dr kan ketua kursus,” Dia memang ada ilmu memujuk yang tinggi. Makanya, semester ni kelas bukan sahaja siang tapi juga malam. Dahlah hari Rabunya tu kelas tengahari dan petang.

Mmmmmm sebenarnya, kuliah dengan pelajar dewasa eksekutif ni seronok juga. Mereka kaya dengan pengalaman dan bila buat program untuk projek penyelidikan, hebat kemain. Yang tak hebatnya pengurusan masa mereka bila siapkan tugasan. Mmmm kita tengok nanti macam mana boleh ditingkatkan.

Tiada ulasan: