Khamis, 30 Jun 2016

Pelepasan Berkerja Pada 8 Julai 2016 (Jumaat) Sempena Hari Raya Aidilfitri




TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA di facebooknya telah buat pengumuman tentang PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI kepada penjawat awam persekutuan. 


Berikut adalah Salinan pengumuman tersebut;


Dr Ali Hamsa·Thursday, June 30, 2016
PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA  8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI  
Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016.

Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.   Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.  

Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.  Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.      

(TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA)   
Ketua Setiausaha Negara    
30 Jun 2016 


Jelas kan?
Jadi, doa-doalah Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh 6hb Julai untuk dapat cuti raya panjang sehari huhuhuhu

Filem Pendek Bahulu Emak - Iklan Raya KMMM 2016

Ni kan raya…tak kanlah tiap kali raya nak kena sedih je. Nak jugak iklan raya yang ceria dan gembira. Jom tengok Baulu Mak, iklan Raya 2016…errr sapa punya iklan ni ya. Mmmmmm Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia punya iklan raya 2016;

Baulu Raya 2016




Isnin, 27 Jun 2016

Lagu Raya Tahun 50-an

Bukan mudah nak balik semula ke tahun 1950-an, memang tak akan balik semulalah walaupun ada time tunnal huhuhuhu

Walaupun banyak lagu-lagu hari raya versi baru diperkenalkan setiap tahun, namun ambo ni memang jenis suka yang klasik. Semakin lama sesuatu lagu tu, lagi rasa suka nak dengar huhuhuhu kalau artis baru tahu ni melolong depa huhuhuhu

Moh kita dengar lagu raya Selamat Hari Lebaran, fuhhh rare gilerr!

Oslan Husein – Lebaran



Ambo suka muziknya.

Ahad, 26 Jun 2016

Lagu raya 2015 versi thai.เพลงรายอภาษาไทย

Dah dengar lagu raya versi kelantan kan? Apa kata hari ni kita dengar lagu raya versi Thai pulak;



Sebenarnya, ambo dok teringin nak dengar lagu raya versi korea. Ada sesape boleh nyanyi dengar merdu tak?

Sabtu, 25 Jun 2016

Bangi Jem Setiap Hujung Minggu



Semenjak sebelum datangnya Ramadhan lagi, hujung minggu memang warga Bangi terpaksa harung musim kesesakan yang luar biasa. Yaaaa semenjak bulan Syaaban lagi, tapi bila datangnya Ramadhan, sesak itu dah lain Macham. Maklumlah, memasing sibuk nak buat persiapan Raya. Biasanya lengang  je hari minggu, nak datang ofis lima minit dah sampai huhuhuhu opssss ambo kerja ya pada hari minggu.

Orang kata warga Bangi ni bertuah sebab wujud serba mak nenek tempat makan yang sedap-sedap, tempat melabur poket yang Macham Macham ada. Dulu Bangi glamer dengan tudung beratur Fareeda, siang ,malam orang berhimpun kat situ semata-mata nak menutup aurat dan bertudung cantik-cantik.

Sekarang ni, bukan sahaja ada Mi Tarik Warisan, tapi juga kemunculan Bangi Sentral yang hanya dok belakang rumah aku je tu sebabkan muncul banyak butik-butik berjenama online kat situ. Dengan benang hijau, dengan Siti Khadijah lah… dengan Zawara lah, Butik D'yana, Felinna Boutique, Eljameela Rannea, Radiusite, Al-Humaira Contemporary, EDZ atau dahulunya kenali sebagai eightDesigns Boutique, Bella Ammara, ehhh…ada ke bella Ammara? Angpa pi check sendirilah, malas aku nak pi check…Sugarscarf,  mmmm banyak lagilah. Tak tersenarai. Nak kenal apa yang femes sebabkan ramai orang serbu Bangi menjelang musim perayaan ni, sila baca blog Azyyatiliah yang banyak gambar-gambar butik-butik ni. Kemeriahan inilah buatkan ramai artis mula buka perniagaan memasing di Bangi. Kalau tak di Bangi Sentral, depa pi ke Bangi Gateway.

Aku yang marhaen ni, walaupun tinggal di Bangi memang tak sempatlah nak jejak ke semua butik-butik hebat terkenal ke serata alam itu. Hanya perlu bersesak sama kongsi jalan je lah. Dan…indahnya hujung minggu kena lari dari kesesakan ini, makanya ambo perlu melintas ke tempat yang tak berapa nak sesak. Tempat yang sesuai untuk orang “sesak” macam ambo.

Selamat Hari Raya (versi Kelate)

Dah rasa kehangatan Aidilfitri kan? Nak tambah lagi hangat, dah tentulah dengan diputarkan lagu-lagu raya. Kat radio, masuk je hari ke 15 puasa, berdentam dentum setiap stesyen radio dok putar lagu raya huhuhuhuhu

Moh kita dengar lagu raya versi Kelantan. Dah biasa kan dengar lagu raya yang biasa-biasa tu...bagi kelainan sikit;



Macam mana? Boleh terima tak? Hu huhu hu

Jumaat, 24 Jun 2016

Iklan Raya 2016 yang Syahdu

Dah nak raya kan? Musim begini banyak iklan raya yang menyentuh hati akan muncul. Semua ternanti-nanti iklan raya yang dibuat syarikat mana benar-benar menggugah emosi. Jom kita lihat Iklan raya TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;

TM Hari Raya 2016 - Rezeki yang dikongsi lebih diberkati;


Ya, tak mudah untuk lakukan macam tu. Bukan semua orang sanggup ketepikan umpat kata orang keliling. Pengajarannya: jangan mengata dahulu. Dah tahu kang, termalu sendiri pulak.

Terima kasih TM, buat iklan raya yang mengajak semua orang berbuat baik.

Rabu, 22 Jun 2016

Kelik La Wei Lagu Raya 2016

Haaaaa dah musim lagu raya bertebaran serata alam kan? Dah dengar Lagu raya versi Kelantan, lagu raya versi Thai...haaaa ada satu lagi lagu raya versi Kelate. Lebih kepada lagu balik kampung ni. Moh kita dengar;



Kelik la weiiiii!!!!
Tak sabo nak balik kampung!

Selasa, 21 Jun 2016

Persiapan Raya yang Sederhana



Dalam kita cuba tidak membazir padabulan Ramadhan, kiranya berusaha untuk bersederhana, adakala kita terlupa pula nak bersederhana untuk persiapan raya pula.

Sebenarnya, definisi SEDERHANA itu sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sederhana bagi kita, belum tentu lagi sederhana bagi orang lain. Mungkin gaya sederhana kita itu termasuk dalam kategori mewah untuk orang lain.

Contoh mudahnya adalah: bagi kita yang biasa sediakan 10 pasang baju raya, bila tahun ni kita hanya beli 5 pasang sahaja, sudah dikira sederhana berbanding dengan Cik Ta yang sediakan 110 persalinan raya. Bagi Cik Ta pula, jumlah tersebut adalah terlalu sederhana sebab sepanjang Syawal nanti dia perlu hadiri 3-4 acara rumah terbuka, perlu jalani penggambaran sambutan raya dan sebagainya. Kalau penggambaran tu, dah tentu kena sebat 5-6 pasang kerana setiap scene kena tukar baju. Bagi Cik Ta, itu dah sederhana. Bagi kita yang hanya beraya hujung minggu sahaja ni, 10 pasang tu pun dah terlebih bajet.

Hanya kita yang tahu tahap sederhana tu takat mana. Kalau kita terpaksa buat pinjaman setiap kali ketibaan Syawal, rasanya kita dah berada di luar kemampuan diri, jadinya…silalah kaji semula. Bukan tak boleh sediakan 30 jenis kuih raya (ada orang buat sejenis kuih setiap hari bermula 1 Ramadhan), namun adakah ia sesuai? Benda makan banyak mana letak pun boleh habis. Rumah ambo yang penuh dengan budak-budak tu, ambo hanya hidang kerepek sahaja. Humban je 3 guni kerepek, habis cerita. Setiap seorang usung satu balang. Tetamu datang depa tak kacau dah sebab memasing ada balang sendiri.

Adakah setiap kali buat persediaan raya, kita perlu tukar perabut baru? Tukar langsir baru? Cat rumah baru? Jambangan bunga baru? Atau…kereta pun kena tukar baru? Tepuk dada tanya iman. Rasanya jenis mami jarum yang pergi belek langsir orang musim raya dah tak ada dah kot…ke masih ada? Mmmmmm tetiba teringat langsir rumah Mek di kampong belum bertukar sejak 10 tahun. Tiap kali raya hanya basuh dan pasang balik. Ada satu tu je pun. Raya lain kali baru tukar langsir baru, boleh? Tak sempat nak jahit lah!

Kakak ipar pernah sebut, “Bunga ni seingat kak lah…masa kak kawin dulu lagi,” huh u huhu itu bila kami putuskan untuk lupuskan beberapa jambangan bunga yang dah terlalu pudar warnanya. Ketika dialog tersebut terjadi, anak bujangnya tengah tunggu keputusan peperiksaan SPM. Ohhhh itu betul-betul marhain. Kami hanya cuci, lap habuk dan gubah semula selagi elok.

Jadinya, berapa sederhana persiapan kita, bergantung kepada definisi kita sendiri. Bagi kami, kami sudah terbiasa untuk beli sesuatu ikut keperluan. Hanya bila perlu. Itupun banyak kali jugak lajak TERbeli ikut kemahuan huhuhuhu

Jumaat, 10 Jun 2016

Acah-Acah Kaya



Pernah jumpa tak perangai orang yang acah-acah kaya, padahal….mmmmm sendiri sambung ayat tu bagi sudah. 

Bila orang kaya amalkan gaya hidup macam orang miskin untuk pembelajaran anak-anak, kita kutuk macam-manam. Nak menunjuklah. Nak cari publisiti murahanlah. Pendek kata negatif semua.

Tapi, bila orang tak berapa nak kaya, acah-acah macam urang kaya, mmmmm nak kata apa ek? 

Maksudnya kat sini, kalau kita benar-benar mampu macam Dato’ Vida ke, Datuk Syukri Terlajak Laris ke, tadak hal lah nak menunjuk kaya pun memang sah-sah depa ni dah kaya. Ikut suka depa lah nak tayang koleksi intan permata mas dinar pun, tapi…bila kita yang tak berapa nak kaya ni, perasan macam urang kaya…makanya, cucilah hati dahulu.  Belum capai tahap untuk Allah nak uji tu. Jangan ingat jadi miskin sahaja dipanggil ujian, jadi kaya pun ada jugak ujiannya. Belum jadi kaya punnnnn lagi banyak ujian kena tempuh, termasuk ujian acah-acah kaya. 

Tak payahlah kita bangga sangat takat ada rumah dan kereta yang belum habis bayar pun lagi tu. Tak payahlah dok ugut orang itu ini kononnya menjalankan kerja sukarela tak berbayar...dah namanya pun SUKA dan RELA, kalau tak suka dan tak rela tak payahlah tunjuk baik nak buat. Ya dak? Tanpa niat ikhlas dan dilakukan juga dengan ikhlas, memaksa-maksa diri...tak ada maknanya semua tu. 

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Prof Muhaya kata audit diri. Kalau kita tu tak adalah kaya mana pun, tak payahlah acah-acah kaya menyemakkan biji mata orang. Kalau kita ni termasuk dalam kategori miskin tegar macam ambo, berusahalah untuk ubah moga-moga ada rezeki tambahan untuk tingkatkan nilai diri, tambah jumlah sedekah pulak.

Bagi yang tak pernah rasa kehilangan harta benda emas dinar duit berjuta tu, tak perlulah berlagak sangat. Allah nak tarik kejab je. Kun fayakun...maka jadilah. Cumanya, janganlah sampai mulut kita sendiri yang mendoakan kemusnahan hidup kita.  Kalau betul-betul jadi, mampu ke nak hadap?

Maka, dengan bongkaknya ambo nak bagi tahu yang ambo dah berjaya lepasinya. Bongkak sat. Tapi masa dok hadap tu...kering jugaklah air mata. Sekarang ni je air mata mudah basah. Tengok iklan pun kena cari tisu. Mmmmmm hati dah jadi tisu kot!

Sekian, tazkirah hari Jumaat di bulan Ramadhan.