Rabu, 1 Jun 2016

Puasa Belum Lagi, Kuih Raya Dah Tempah



Melangkah ke BULAN baru dengan senyuman. Ek?

Dah setengah tahun, tapi pencapaian diri entah ke mana.  Audit diri kononnya ni. 

KPI kerja ke laut, KPI diri pun ke laut jugak. Harapkan perancangan je panjang berjela, dok pulun buat setiap hari pun belum jugak capai. Mmmmm dok terfikir jugak ni, plan KPI  tu maha agung ke ambo yang terkemut-kemut tak reti nak buat kerja cepat? Adoiiii la, dah tua dah kot!

Fokus ke laut kot. Itu yang jadi payah benarnya nak capai. Mmmmm lepas ni kena gigih tetapkan focus pulak. Jangan terpesong. Jangan pandang kiri kanan, godaan amat besar huhuhu

Ramadhan pun dah tak berapa hari je lagi. Itu pun ada KPI nak kena capai. Bukan semata-mata nak buat sejenis kuih raya sehari bermula 1 Ramadhan. Dulu aku pernah terlopong bila tahu kewujudan cara sebegini. Punyalah nak meriah raya, bermula sahaja Ramadhan, makanya, satu jenis kuih raya akan dibuat. Maknanya, kat rumah dia nanti ada sekurang-kurangnya 29 jenis kuih raya bakal terhidang atas meja. Mmmmm KPI jugak tu.

Marhaban Ya Ramadhan - OPICK



Semalam dah ada orang datang jual kuih raya. Makanya, ambo istiharkan yang ambo dah beli kuih raya semalam. Fuhhhh!!!! Awal gilerrr tak pernah buat lagi cenggini. Puasa pun belum lagi tuuuu

Pertengahan bulan lepas dah beli perfume raya kononnya. Kena marah dengan Cik Bintang huhuhuhu yaaaaa bila beli sesuatu yang tidak diperlukan semata-mata sebab nak sokong rakan-rakan berniaga. Akhirnya perfume tu jadi hak milik adik ipaQ ambo yang hensem tu. Untung dak jadi adik ipar ambo? Nasib baik koleksi adik perempuan dah habis, kalau tak, beratur angpa nak jadi adik ipaQ ambo ek?

Mmmmm ikutkan serik, memanglah serik. Dah jadi fobia pun. Bila niat kita nak menyokong bisnes kawan-kawan tapi lain pula yang jadi, fobia tu melekat ketat dalam minda.  Tapi aku juga tahu, bukan semua orang sama. Makanya, setakat boleh tolong ambo akan tolong je, tapi tak adalah sampai menyusahkan diri pulak. Cumanya, adakala apa yang kita rancang tak jadi seperti itu. 

Apa aku merepek dalam entri ni pun tak tau!

6 ulasan:

Hsna Rahman berkata...

nak menyokong bisnes kawan tu boleh tapi jgn sampai menyusahkan dr sndr..

norhidana berkata...

kuih raya tuh dpt time nk raya nnti... kire ok lg tuh

anyss berkata...

Husna Rahman: selamat datang. mmmmm itulah masalahnya huhuhuhu

anyss berkata...

norhidana: harap2nya adalah orang yang sudi makan sebab ambo diet, kena elak benda2 macam kuih raya tu. sedih tak?

Sharinginfoz berkata...

minggu depan dah puasa, kuih dah merasa awal2

anyss berkata...

Sharinginfoz: Tak rasa pun. Tengok je...lepas tu terus tunjuk. Macam orang lelaki beli kuih raya kot huhuhuhu ambo malas nak rasa takut barai diet. tu pasal