Semenjak sebelum datangnya Ramadhan lagi, hujung minggu
memang warga Bangi terpaksa harung musim kesesakan yang luar biasa. Yaaaa semenjak
bulan Syaaban lagi, tapi bila datangnya Ramadhan, sesak itu dah lain Macham. Maklumlah, memasing sibuk nak buat persiapan Raya. Biasanya
lengang je hari minggu, nak datang ofis
lima minit dah sampai huhuhuhu opssss ambo kerja ya pada hari minggu.
Orang kata warga Bangi ni bertuah sebab wujud serba mak
nenek tempat makan yang sedap-sedap, tempat melabur poket yang Macham Macham ada.
Dulu Bangi glamer dengan tudung beratur Fareeda, siang ,malam orang berhimpun
kat situ semata-mata nak menutup aurat dan bertudung cantik-cantik.
Sekarang ni, bukan sahaja ada Mi Tarik Warisan, tapi juga kemunculan
Bangi Sentral yang hanya dok belakang rumah aku je tu sebabkan muncul banyak
butik-butik berjenama online kat situ. Dengan benang hijau, dengan Siti
Khadijah lah… dengan Zawara lah, Butik D'yana, Felinna Boutique,
Eljameela Rannea, Radiusite, Al-Humaira Contemporary, EDZ atau dahulunya
kenali sebagai eightDesigns Boutique, Bella Ammara, ehhh…ada ke bella Ammara? Angpa
pi check sendirilah, malas aku nak pi check…Sugarscarf, mmmm banyak lagilah. Tak tersenarai. Nak kenal
apa yang femes sebabkan ramai orang serbu Bangi menjelang musim perayaan ni,
sila baca blog Azyyatiliah yang banyak gambar-gambar butik-butik ni. Kemeriahan inilah buatkan ramai artis mula buka perniagaan memasing di Bangi. Kalau tak di Bangi Sentral, depa pi ke Bangi Gateway.
Aku yang marhaen ni, walaupun tinggal di Bangi memang tak
sempatlah nak jejak ke semua butik-butik hebat terkenal ke serata alam itu. Hanya
perlu bersesak sama kongsi jalan je lah. Dan…indahnya hujung minggu kena lari
dari kesesakan ini, makanya ambo perlu melintas ke tempat yang tak berapa nak
sesak. Tempat yang sesuai untuk orang “sesak” macam ambo.