Sabtu, 25 Jun 2016

Bangi Jem Setiap Hujung Minggu



Semenjak sebelum datangnya Ramadhan lagi, hujung minggu memang warga Bangi terpaksa harung musim kesesakan yang luar biasa. Yaaaa semenjak bulan Syaaban lagi, tapi bila datangnya Ramadhan, sesak itu dah lain Macham. Maklumlah, memasing sibuk nak buat persiapan Raya. Biasanya lengang  je hari minggu, nak datang ofis lima minit dah sampai huhuhuhu opssss ambo kerja ya pada hari minggu.

Orang kata warga Bangi ni bertuah sebab wujud serba mak nenek tempat makan yang sedap-sedap, tempat melabur poket yang Macham Macham ada. Dulu Bangi glamer dengan tudung beratur Fareeda, siang ,malam orang berhimpun kat situ semata-mata nak menutup aurat dan bertudung cantik-cantik.

Sekarang ni, bukan sahaja ada Mi Tarik Warisan, tapi juga kemunculan Bangi Sentral yang hanya dok belakang rumah aku je tu sebabkan muncul banyak butik-butik berjenama online kat situ. Dengan benang hijau, dengan Siti Khadijah lah… dengan Zawara lah, Butik D'yana, Felinna Boutique, Eljameela Rannea, Radiusite, Al-Humaira Contemporary, EDZ atau dahulunya kenali sebagai eightDesigns Boutique, Bella Ammara, ehhh…ada ke bella Ammara? Angpa pi check sendirilah, malas aku nak pi check…Sugarscarf,  mmmm banyak lagilah. Tak tersenarai. Nak kenal apa yang femes sebabkan ramai orang serbu Bangi menjelang musim perayaan ni, sila baca blog Azyyatiliah yang banyak gambar-gambar butik-butik ni. Kemeriahan inilah buatkan ramai artis mula buka perniagaan memasing di Bangi. Kalau tak di Bangi Sentral, depa pi ke Bangi Gateway.

Aku yang marhaen ni, walaupun tinggal di Bangi memang tak sempatlah nak jejak ke semua butik-butik hebat terkenal ke serata alam itu. Hanya perlu bersesak sama kongsi jalan je lah. Dan…indahnya hujung minggu kena lari dari kesesakan ini, makanya ambo perlu melintas ke tempat yang tak berapa nak sesak. Tempat yang sesuai untuk orang “sesak” macam ambo.

1 ulasan:

Madam N berkata...

bangi banyak butik..jem org shopping