Jumaat, 28 Februari 2014

Wakafkan Harta di Srii Tahfiz Darul Ulum


Dan belanjakanlah (dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh (Al-Munafiquun: 10).






Baca blog Pusat Tahfiz Srii Tahfiz Darul Ulum nak tahu lebih banyak maklumat, tetapi sebenarnya maklumat tu lebih banyak di facebook Kompleks Tahfiz Darul Ulum ni.


Srii Tahfiz Darul Ulum - JWTV



Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya (Al-Baqarah: 261).



Firman Allah surah Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."





Khamis, 27 Februari 2014

Petua awet Muda, Jauhi Aura Negatif


Orang kata, kalau nak sentiasa nampak awet muda, maka jauhilah persekitaran yang ada aura negatif. Aura negatif yang wujud dari persekitaran boleh mengunyah awet muda yang kita miliki. Percayalah!

Namun, dalam hidup ini, ada ketikanya kita tidak ada pilihan untuk menghindari aura negatif ini menerawang di sekitar kita. Nak tak nak, kita perlu juga menahan nafas agar aura negatif itu tidak tersedut dek hidung yang kemudiannya meresap ke paru-paru. Akhirnya nanti, aura itu sedikit sebanyak turut memenuhi rongga dada dan dipam ke serata salur darah. 

Makanya, jika anda memiliki aura negatif itu...boleh tak jauhi aku?

Aku sangat nak jaga awet muda yang kumiliki sekian lama. Sekian, terima kasih.


Rabu, 26 Februari 2014

Cita-cita Saya Nak Jadi Wakil Rakyat PAS


Selasa, 25 Februari 2014

Murid Dulu Murid Sekarang

Aku bukan nak cerita tentang PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah, atau tentang kisah dua orang guru yang kononnya ditukarkan ke sekolah di pedalaman hanya kerana mengemukakan cadangan dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan PBS yang dilihatnya membebankan guru. Tak. Bukan tentang itu. Bukan berkaitan Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi semalam.

Juga bukan tentang kenyataan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh bahawa sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak akan dimansuhkan walaupun semalam Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof kata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Tak juga tentang penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau yang mengarahkan dua orang guru menentang PBS ditukarkan ke kawasan pedalaman. Tidak. Bukan tentang itu.

Entri ni tentang macam mana kami jadi murid dulu-dulu.

Aku jadi murid di negeri paling miskin di Malaysia, negeri Kelantan (ikut kata PM lah). Ketika tu, tahun 80-an (tetiba rasa diri dah berabad hidup hu huhuhu). Aku tak ada peluang masuk sekolah tadika KEMAS pun sebab masa tu belum ada di kampong kami. Semua murid yang berhingus dan dhaif tak pernah kenal ABC sehinggalah masuk darjah satu.

Masa darjah satu, nama sendiri pun aku tak tahu. Dah masuk sekolah, cikgu jenuh panggil nama, aku buat tak tahu je hinggalah cikgu datang bagitahu yang itu adalah nama aku. Kampungan tak?

Masa darjah satu itulah nak kena belajar ABC. Bilang satu dua tiga. Nyanyi lagi negeri. Lagi negaraku. Masa rehat pergi kutip bunga tanjung, cucuk dengan lidi kelapa. Musim hujan, payungpun tak ada. Pergi sekolah guna daun pisang je jadi payung. Kasut Marco yang aku pakai tahan aje setahun. Kalau hujan, simpan dalam beg takut basah dan kotor. Aku jalan kaki ayam. Sampai dalam kelas, lepas cuci kaki baru pakai kasut.

Comot macam manapun kami, kata-kata cikgu sangat keramat. Pesan cikgu sentiasa ingat. Kalau kena denda di sekolah, haram nak bagi tahu mak bapak. Cubalah bagi tahu kalau nak kena sebat lagi teruk dari yang cikgu bagi di sekolah.

Cikgu sebab bukan calang-calang. Guna pembaris besar. Gedebung je balun montot atau tapak tangan. Pernah sekali, pembaris sebesar tu patah dua masa cikgu Nik Man (arwah. Alfatihah) balun seorang rakan sekelas aku.

Dah habis sekolah, jumpa semula dengan cikgu-cikgu lama, sangat segan dan hormat. Masih lagi anggap macam cikgu yang dulu-dulu juga walaupun mengajar masa sekolah rendah dahulunya. Kalau ada kenduri kendara, bila cikgu datang…tinggal dulu semua kerja tengah buat dan pergi salam jumpa bekas cikgu dulu. Layanan first klas bagi kat cikgu.

Kalau musim raya, kat masjid mesti ramai yang rebut-rebut nak salam dengan cikgu lepas solat sunat raya tu. Kalau ikutkan memanglah cikgu dah tak kenal pun, tapi macam suka sangat dapat salam dan sembang sat dengan cikgu walaupun cikgu tu hanya ajar ABC masa sekolah rendah. Tapi, berkat ABC itulah kita jadi kita yang macam sekarang. Kalau tak reti nak baca ABC rasanya sekarang ni kita kat mana?

Tapi suasana sangat jauh berubah. Bukan sahaja tentang PBS tetapi banyak isu antara guru dan murid, termasuk tentang sejauhmana cikgu ada kuasa macam kuasa cikgu-cikgu yang dulu tu. Cikgu bukannya gila kuasa pun, tapi setidak-tidaknya kuasa untuk mewajarkan apa yang diajar, ilmu yang disalurkan tu pun patut ada.

Ketua Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah berkata, pelaksanaan kerja sekolah oleh pelajar seharusnya dilihat dari pelbagai perspektif bagi mengelak salah faham banyak pihak. kerja sekolah boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan guru bagi kebaikan golongan sasaran (pelajar).

Keperluan melaksanakan kerja sekolah tertakluk dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan guru sejak 10 tahun lalu. Menerusi surat pekeliling pada 2004 itu, kerja sekolah adalah satu tuntutan yang perlu diberikan kepada pelajar sebagai salah satu cara pengukuhan atau memperkayakan pemahaman pelajar.

Namun, walaupun kerja sekolah satu keutamaan yang perlu diberikan kepada pelajar, guru tidak boleh memaksa atau menggunakan bentuk fizikal seperti rotan. Hukuman berbentuk fizikal, apatah lagi melampaui batas tidak dibenarkan walau apa jua alasannya kerana ia di luar batas norma sistem pendidikan.

Tidak menyiapkan kerja sekolah bukan satu kesalahan disiplin dari sudut sistem pendidikan normal, namun ketegasan perlu ada supaya pelajar sedar bahawa membuat kerja sekolah itu ada kebaikannya. Namun jika pelajar enggan atau tidak mampu menyiapkan kerja sekolah, guru boleh bertegas dan mencari punca mengapa mereka gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.

Masa di sekolah rendah aku selalu sahaja kena sebat sebab tak hafal sifir. Bila masuk sekolah menengah, selalu kena berdiri atas kerusi sebab gagal add mats hingga cikgu ZUlkifli yang hensome itu tak tahu nak denda apa dah. Suruh menyorok bawah meja pun tetap juga gagal hu huhu hu tetiba aku TERrindu cikgu Zul. Rindukan lesung pipinya yang dalam itu.

Terima kasih cikgu! Walaupun hingga akhirnya aku tetap gagal add mats, ilmumu kuhargai. Silalah halalkannya ya. 


Krisis Air, Krisis PBS

Sekarang ni cuaca memang sangat panas. Ramai orang dok serbu tempat jualan aiskrim, cendol dan abc, tetapi malam tadi…tetiba sahaja semua serbu kedai hardware cari bekas untuk tadah air. Semua itu gara-gara kerajaan selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai hari ini. Tak pepasal bekas air dah jadi mahal dan terlajak laris di pasaran.

Air akan diterima secara berjadual, iaitu dua dapat air, dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. Catuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala.

Kalau ikutkan, patutnya akupun kena cari bekas juga untuk tadah air. Tapi, rumah kami hanya 3 orang sahaja. Kebiasaannya kalau takat bekalan air terputus sehari dua, masih lagi boleh tampung. Cumanya, aku dok risau kalau yang masuk dalam tangki rumah tu bukan air, tapi keladak.

Walaupun begitu, tetap juga kalut dok semak kawasan-kawasan di Selangor bakal mendapat catuan air tu. Orang kata sediakan ilmu dulu…masa air ada bolehlah nak basuh segala walaupun aku tau sangat dah mesti air karat yang akan keluar. Tapi sekurang-kurangnya kita tak terlajak cuci baju pada hari kena catu air.

Mmmmmm dengar cerita dua orang guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dah terima surat tukar ke kawasan pedalaman. Betul ke? Ohhhh kalaulah betul, sangat susahnya golongan tertentu ni menerima pandangan orang lain.

Bermula hari ini, Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. Penambahbaikan PBS sedang dilakukan dengan mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) terutama dari sudut kekerapan guru membuat penilaian.

Kalau tanya aku, dah tentulah aku cadangkan mantapkan dulu akses system. Selagi system cap ayam yang diguna walaupun libatkan kos yang tinggi, selagi itu cikgu sakit jiwa nak menilai. Kalau aksesnya dah mantap boleh dilayari puluhan ribu pelayar sehari, nak gebangpun sedap sikit. Aku dah letih tengok adik dan kakak aku dok sakit jiwa nak hempas computer sebab akses system yang ke laut.

Itu antara sebabnya aku tak layak jadi cikgu!


Isnin, 24 Februari 2014

Deliberi Masakan Kelantan di Bangi


Semenjak dua menjak ni, rutin hidup aku agak berubah sedikit sebanyak. Bagi memudahkan kehidupan, aku telah gunakan sepenuhnya perkhidmatan Tempahan Masakan Kelantan yang aku kenal secara online di Facabook. Beroperasi sekitar Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Memang banyak membantu aku.

Gulai kawah @ darat...dah lama mengidam. Merasa juga akhirnya!

Entri ni bukanlah entri berbayar. Ini hanya perkongsian pengalaman aku yang manis. Bila dah hilang upaya, sebenarnya aku memerlukan sesuatu yang memudahkan cara hidup aku termasuk dari sudut makanan. Selama mana aku mampu telan pizza yang dihantar ke depan pagar rumah. Namapun perut melayu, kalau tak melantak nasi memang tak sah. Jadinya...Tempahan Masakan Kelantan memang kena pada masanya muncul di kawasan Bangi.


Aku hanya perlu SMS masakan yang aku nak...konsepnya hanya satu menu sahaja satu hari. Tak kesahlah...asal aku tak kebulur. Esoknya, makanan akan sampai di hadapan pintu pagar rumah aku tepat seperti yang aku nak. Bayar cash dan terus makan dengan lahapnya.

Balik kampung ari tu pun tak sempat cari nasi dagang macam ni...kenalah tunggu depa buat kat sini lak

Rasanya? Kalau anda pencinta masakan Kelantan, rasanya itu sesedap makanan yang dibeli di negeri paling miskin sana nun! Harga hanya RM6 sepeket, rasa yang asli...penghantaran terus ke pintu pagar hu hu huh u nikmat betul hidup! Bila aku cerita dengan Mek...terkagum kehairanan dia...Haih! hantar sampai pintu pagar!

tengah tunggu peluang nak order nasi kerabu ayam goreng lagu ni hu hu hu hu

Nasib baik dia orang ni buat perkhidmatan penghantaran masakan hingga pintu pagar rumah...ingat Pizza je ke mampu buat? Orang Kelantan pun mampu! Kreatif tak mereka? Bukan sahaja kreatif, memudahkan tembolok aku penuh hu huhuhu

yang macam ni pun dah sedap menjilat jari...

tetiba air liur meleleh hu huhu hu macam mana nak diet kalau gini?

Orang yang berjaya adalah orang yang kreatif. Orang yang buat benda orang lain tak buat. Kalau mereka kekalkan rasanya, aku tetap pasti mereka boleh jadi usahawan yang berjaya. Kat bangi ni ramai orang kelaparan dan kebuluran....silalah gigih ambil kesempatan tersebut.

Selamat maju jaya kepada Tempahan Masakan Kelantan. Aku akan sentiasa menyokong...bukan sahaja sokong anak bangsa aku maju...sokong sebab nasi kerabu dia memng sedap. Lebih sedap dari nasi kerabu yang jual kat kampung aku nun!


Jumaat, 21 Februari 2014

Maka Turunlah Hujan Memberi Kesejahteraan Seisi Alam


Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).


(Yunus 10:24)


Semoga ada rahmatNya turunkan bumi Bangi dengan hujan yang lebat, basahkan kekeringan yang kian mencengkam.Dinginkan suhu yang kian hangat ini...semoga lebih sejahtera hidupan. 


Khamis, 20 Februari 2014

Pengalaman Masuk Dalam Keranda MRI


Ada orang kata masuk dalam Magnetic resonance imaging (MRI) ni macam masuk dalam keranda. Keranda? Opssss!

Aku sebenarnya tidak dapat gambarkan macam mana situasinya kalau masuk dalam MRI ni, tetapi masa kecik-kecik dulu macam pernah teringin je nak masuk dalam alat bulat ni. Nak tengok apa ada kat dalam tu.


ginilah rupanya keranda MRI tu...

Nak jadi cerita, masa dimasukkan ke wad dan rasai pengalaman tinggal di KPJ Kajang tempoh hari walaupun banyak pengalaman baru aku masuk wad aku rasa termasuk mereka halau aku keluar hospital cepat-cepat, aku dapat pengalaman masuk dalam gua ni juga. Huh u huh u ohhhhhh sangat mendebarkan!

Mula-mula perlu kenakan pakaian khas, buka semua peralatan magnetic macam jam, cincin, barang kemas atau pin rambut. Baring atas katil. Pembantu akan ikat dengan cara tertentu dan tak boleh bergerak sikitpun selama 45 minit proses berlangsung kecuali hujung jari je. Mereka bekalkan loceng untuk aku tekan kalau rasa tak selesa atau apa-apa berlaku. Kalau gerak, kena ulang semula huh u huh u hu sanggup ka nak tadah semula hingga 45 minit lagi?

Selesai kena ikat, terus je mereka sorong aku masuk keranda tu huh u huhuhu ingatkan kat dalam tu besar lubangnya…rupanya hanya beberapa inci sahaja di atas muka aku ada kepingan besi gitu. Tersentap sekejab. Terus je aku jerit mintak mereka tarik aku keluar semula.

Aku sebenarnya fobia dengan tempat sempit. Ketakutan ini digelar Claustrophobia, yang cenderung menjadi gugup, berkeringat, sesak nafas bila berada di ruang yang sempit. Memang kalut. Masa kecil dulu kepala aku pernah tersangkut bawah almari masa tidur. Bila bangun pagi, jenuh nak keluar dari bawah almari tu…terjerit-jerit panggil Mek. Sampai sekarang fobia tu masih ada.

jangan harap aku akan merangkak kat tempat ni...patah balik je!


Agak lama juga ambil masa untuk tenteramkan jiwa raga hadapi fonomena masuk keranda ni. Nasib baik staf bertugas itu (seorang India dan seorang lagi Cina) sangat sporting. Sabar je dia tunggu hingga aku betul-betul sedia. Katanya “awak zikirlah…awak doa lah…baca lah apa-apa ayat” huh u huh u termalu sekejab aku!

Akhirnya Berjaya juga atasi fobia tu. 45 minit dalam keranda tu aku pejam mata awal-awal sebelum mereka tolak masuk lagi. Lepas tu aku cuba untuk tidur. Tengah dok berangan nak tidur dengan lena (tak boleh lena dengan cepat sebab macam-macam bunyi ada sepanjang berada dalam MRI ni), tetiba dah siap. Aku dah berjaya tidak bergerak selama masa 45 minit itu. Chaiyokkkkk!

Fuhhhhh! Lega!

Mmmmmm bukan mudah dan murah kos untuk benda alah ni rupanya. Masuk dalam benda ni dalam masa 45 minit tu pun kosnya dan dekat seribu hu hu hu. Itu sebablah orang miskin dilarang sakit. Belum campur lagi kos lain ya...mana kos untuk jumpa pakar, ubat, rawatan, caj katil bagai...Tak mampu nak bayor nya!

 

Rabu, 19 Februari 2014

Orang Miskin Dilarang Sakit


Nak tak nak kita terpaksa terima hakikat bahawa orang miskin dilarang untuk sakit. Hanya orang-orang kaya sahaja mampu untuk sakit.

Aku pergi ke klinik panel, doctor hanya bangi ubat tahan sakit dan krim sapu. Pergi pula Pusat Kesihatan, juga serupa. Ubat tahan sakit. Krim sapu walaupun ketika itu aku dah tak mampu nak berjalan tegak. Paling baik pun panjangkan MC aku ke tiga hari berbanding panel bagi MC hanya sehari.

semakin menular ke negara kita situasi ni...

Kalau tak ambil insuran kesihatan, gamaknya aku masih lagi merangkak ke klinik panel dan pusat kesihatan meminta ehsan ubat tahan sakit berpikul-pikul. Kena mengulang pula pergi setiap dua hari untuk sambung MC lagi. Tak boleh kah bagi je terus sebeban MC seminggu. Dah lah bukan mudah nak pergi klinik. Bukan tak nampak pun aku tak boleh nak berjalan...bergerak sikit je terus kaki kram.

Berbelas tahun aku kerja, boleh bilang dengan jari berapa kali aku MC. Ada masa doctor klinik panel paksa aku ambil surat MC tetapi aku menolak sekiranya aku banyak kerja dan kesihatan aku tidak begitu memudaratkan sangat. Namun bila aku benar-benar sakit hinggakan nak berjalanpun tak mampu, doctor bagi MC satu hari?

Bila pernah sakit panjang begini, adakah syarikat insuran masih berminat untuk tawarkan polisi mereka?
Hakikatnya...tanpa insuran, tanggung sendirilah kesakitan itu!

Itu belum campur lagi kerenah manusia yang perasan bagus bila dapat rawatan di hospital swasta ataupun kes kena halau dari hospital bila pihak insuran mendesak hospital untuk keluarkan aku dari rehat yang panjang itu. Jadinya, sama ada kita punya insuran kesihatan atau tidak, sakit itu bukanlah sesuatu yang sangat dibanggakan oleh pihak insuran yang kita langgan entah berapa belas tahun itu, walaupun hospital memang teruja menerima kita dengan hati lapang. Akhirnya, terpaksa pula akur dengan kehendak insuran yang mahu segera campak kita keluar walaupun masih belum boleh berlari sepenuhnya.

Memang benarlah, orang miskin memang dilarang sakit. Kalau sakit juga...merempat makin papa kedalah jua akhirnya!




Selasa, 18 Februari 2014

Gambar Kebakaran Deretan Rumah Kedai di Pasir Putih Kelantan


Ketika pasukan Kelantan TRW rancak berjuang dapatkan kemenangan 6-5 dengan PKNS, (Tahniah TRW yang sentiasa sahaja Gomo Kelate Gomo walaupun tergamam seawal minit pertama bila pintu gol dibolosi semudah itu) satu kebakaran rumah kedai berlaku di Pasir Putih, Kelantan.

Berikut gambar-gambar kebakaran deretan rumah kedai yang berlaku di Pasir Putih Kelantan bersumberkan FB sdr Rose Ibrahim;






Maklumat lanjut tentang kebakaran ini boleh kita tengok dalam akhbar esok ya...malam-malam di reporter dah tidur ya hu huhu h uhu

PsssT: Baru je kedai di kawasan bebas cukai Rantau Panjang terbakar tempoh hari, hari ni deretan kedai di Pasir Putih pula yang hangus terbakar. Semoga tuan punya kedai tabah hadapi ujian ini.



Dua Kali Pindah Bilik

Masih lagi tentang pengalaman 10 hari berada di wad. Maklumlah, orang tak pernah masuk wad, macam pelik je pengalaman tu hu huh uhu

Sebenarnya aku ditempatkan di wad bersalin setelah 4 jam menunggu. Tak ada katil. Tak kesahlah, asal ada tempat boleh baring je…

Asalnya aku ditempatkan di 313A. katil berdua. Jiran sebelah alami batu dalam buah pinggang. Usianya mungkin dah 60 tahun lebih, anak-anak dah besar. Yang bongsu pun dah sekolah menengah.

Sepanjang masa ramai sahaja anak-anaknya ada keliling. Jam 9 pagi dah muncul anak menantu dan cucunya berusia 5 bulan. Akan temaninya hingga tengahari, kemudian berganti dengan anak-anak yang lain dan suami. Kalau malam memang semua ahli keluarganya ada. Sepanjang malam ada pula seorang anak akan temani maknya di wad. Walaupun ramai, keluarga ini memang tahu dan sedar mereka berada di hospital dan aku wujud di katil sebelah. Jadi tingkahlaku dan perbualan mereka memang terjaga serta tidak mengganggu aku sedikitpun.

Tetiba aku kena pindah ke bilik 307A. Jiran sebelah remaja belasan tahun kena denggi. Yang ni aku rasa hangat hati. Rasa nak bangun penyepak je dia orang. Seawal 8 pagi mak bapaknya akan datang bawa 2 orang adiknya berusia dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun yang tidak reti duduk diam walau sesaat. Ada sahaja perkara yang dibuatnya seperti memanjat sana sini, mengetuk gedebang gedebung…lompat masuk bilik air hempas pintu bla bla bla dari jam 8 pagi hinggalah jam 11 malam.

Perbualan mereka juga menggunakan pic paling tinggi macam alunan lagu-lagu opera klasik cina yang boleh memecahkan gelas kaca. Apabila pelawat datang, pelawat itu juga dua kali lima macam mereka yang akan berbual dengan suara kuat, ketawa berdekah-dekah dan bersukaria macam menang loteri juta-juta. Mereka rendahkan suara pada malam tu bila aku pasangkan surah yasin kuat-kuat huh u huh u hu

Esoknya masa pergi buat fisioterapi aku bisikkan dengan misi comey nak tukar bilik. Tengahari aku dipindahkan ke bilik 305B. Lega. Jiran sebelah seorang India yang peramah. Belum kahwin jugak. Kami sembang macam dah lama kenal. Bila jiranku itu dibenarkan balik esoknya, katil sebelah diisi oleh orang lain pula.

Orang muda. Keluarga masih kecil. Anak-anak ada 3-4 orang. Tapi peristiwa di bilik 307 berulang semula. Walaupun kali ini anak-anaknya tidaklah hiperaktif macam di bilik 307, tetapi gangguan tetap ada kerana sepanjang masa mereka berada di situ. Bercakap dengan kuat, ketawa mengilai bagai, terjun katil, bergaduh sesama sendiri. Kepimpinan melalui tauladan. Kalau dah mak bapaknya bercakap terjerit-jerit, macam mana anak-anak nak bercakap perlahan dan hormat orang lain kat sebelah.

Aku tak kesah sangatpun kalau anak-anak itu dibawa melawat mak mereka setiap hari. Anak dan mak memang susah nak pisahkan. Mesti akan merindu. Setakat setengah jam hingga satu jam waktu melawat tu bolehlah tahan perasaan dan abaikan sahaja gangguan kecil begitu. Kita pun ada juga perasaan kemanusian. Namun, kalau dari awal pagi mentari belum naik mereka dah melompat riang ria bak kanak-kanak ribena hingga tengah malam masih juga melompat-lompat mengetuk memanjat semua tempat…tak pepasal kaki boleh naik ke muka. Nasib baik hari Jumaat tu doctor suntik ubat tidur, jadi aku boleh lena tak sedar dunia. Cuba bayangkan dalam dok tengah sakit tu, ada bebudak dok melompat…tetiba termos air melayang ke kepala, siapa nak jawab?


Isnin, 17 Februari 2014

Kena Halau Dari Hospital


Aku tak pernah kena tahan di wad sebelum ni. Paling teruk sakitpun setakat demam biasa yang bersin dua tiga kali, migrin ataupun selsema sahaja. Tak pernah sakit berat yang perlu ditahan di wad.

Balik dari kampong sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas, tetiba rasa sakit belakang, bahu dan pinggang. Aku ingatkan biasa je, maklumlah perjalanan lebih 450km jadi aku hanya cari kerusi urut je. Masukkan seringgit dua, biasanya akan elok je lepas tu.

jari jemari jadi bengkak dek tusukan jarum ini...

Tapi tak elok juga. Aku pergi klinik panel. Doctor hensem bagi ubat tahan sakit. Pergi Pusat kesihatan UKM, juga dapat ubat tahan sakit. Masa CNY aku terkedang tak boleh bangun. Asal gerak je bahagian paha dan betis akan kram serentak. Sakit tak payah cerita, tiap kali gerak memang menangis.

Doctor bagi MC 3 hari. Hari terakhir MC tu aku telefon teksi pergi KPJ Kajang, 10 hari jugak aku bercuti dengan senang hati sebab ada misi comey sentiasa bawak makanan santapanku. Namun hujung-hujung tu…kerap pulak adik misi dan doctor dok Tanya bila aku nak balik huh u huh u hu

jasad je sakit...tekak melahap tak mengira...idamkan kicap berlada ketika ini. Alangkah nikmatnya kalau ada!

Kalau boleh aku memang tak mahu balik hingga benar-benar sihat. Hingga boleh berjalan dan berlari. Kalau berada di hospital, aku boleh santap tanpa pening kepala nak makan apa. Hanya order je pilihan menu yang ada. Nak pergi tandas boleh mengada mintak misi manis tolong sorong. Bila kat rumah, jerih payah tu aku seorang je tanggung. Makan sekali seharipun belum tentu dapat. Sedih tak?

kalau gini hidangannya, lagi 10 hari kat sini pun tak apa hu huhuhu

Apa daya, kena paksa balik juga akhirnya huh u huhu 10 hari je boleh bertamu kat sini hu hu hu hu


PsssT: Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan saya sepanjang tempoh ini, yang datang ziarah di hospital sama ada sempat bertemu ataupun berselisih di jalanan atau yang bertamu hingga ke rumah bertanya khabar. Saling mengirim pesan di FB, sms dan telefon. Ingatan-ingatan dan doa kalian buatkan daku rasa lebih dihargai.


Jumaat, 14 Februari 2014

Sambut Valentine's Day tu Haram!

Dah lamapun jakim keluarkan fatwa bahawa menyambut hari kekasih atau valentine tuaram, tapi tetap juga ramai aje remaja kita beria sambut dengan kekasih hati.



Dapat hadiah memang seronok, tapi kenapa perlu bagi pada tarikh ini. Tarikh lain tak boleh?

Khamis, 13 Februari 2014

Cara Mudah Masuk Syurga

Nak masuk syurga dengan cara mudah tak?



Mudah kan nak masuk syurga. Beruntungkan jadi wanita.

Rabu, 12 Februari 2014

Sabun Halia

nii antarra sabun nostalgia zaman sekolah, dok asrama selain sabun popinje.


Dibungkus dalam kertas tulisan cina sejak dulu. Agak susah nak dapat di pasaran. Balik kampung hari beli 2 ketul.


Bila mandi wangi je bau halia.

Rabu, 5 Februari 2014

Gambar Bayi Apex dan Luiney

Tahniah! penjaga gol paling hebat dan hensem di Malaya khairul fahmi che mat, apex dah bergelar ayah dua hari lepas.


Comey tak bayi apex dan luiney ni? Semoga kehadiran bayi comel ni lebih eratkan lagi kasih sayang mereka. Moga apex lebih cemerlang atas padang juga.

Selasa, 4 Februari 2014

Demo masak percuma chef Adu & chef Izyan

Bukan selalu ada peluang ni.


keterangan lanjut baca entri sebelum ni chef-adu-dan-chef-izyan-di-abuain kitchen

Ahad, 2 Februari 2014

Permohonan Kemasukan Ke Asasipintar Dan Ijazah Pertama UKM


Kepada adik-adik yang berminat untuk sambung belajar, bagi kemasukan ke Asasipintar Dan Ijazah Pertama UKM, Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar telah dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari untuk permohonan berikut;

• IPTA bagi calon lepasan STPM

• IPTA/Politeknik Premier bagi calon lepasan SPM

• Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi calon lepasan SPM Dan SKM



Turut disediakan adalah e-Panduan Permohonan Kemasukan bagi;
e-Panduan Permohonan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier Bagi Calon Lepasan STPM Dan SPM
e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi calon lepasan SPM Dan SKM.

Sila ke laman sawang Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.



Sabtu, 1 Februari 2014

Chef Adu dan Chef Izyan di AbuAin Kitchen Studio


Siapa tak kenal Chef Adu sila angkat tangan?
Siapa kenal Chef Izyan?
Peminat Masterchef mesti kenal dengan mereka walaupun tak pernah jumpa.
Sapa nak jumpa mereka?

Kepada anda yang teringin nak jumpa kedua-dua chef terkenal ni secara live, tengok demo mereka masa...dah pasti lepas tu boleh merasa masakan mereka, bolehlah terjah ke acara Masak-Masak Blogger di  AbuAin Kitchen;


Semuanya percuma. Kedatangan anda sangat dialu-alukan. Hanya bawa diri sendiri, bawak kamera untuk rakamkan detik-detik indah bersama dua chef selebriti ni, karang menyesal tengok orang lain ada gambar bersama mereka, kita dok meleleh air liur pulak.Salah sorang blogger yang akan masak adalah blogger Yang ingin kukongsi.

Macam mana nak pergi? Ni dia alamatnya;

Abuain Kitchen Studio,
No.32-1, Jalan Seri Putra 1/2,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor.
Tarikh: 8hb Februari 2014 (Sabtu)

Kalau nak keterangan lanjut lagi tentang acara ni, boleh Tanya tuan punya badan Abuain Kitchen Studio iaituan tuan punya blog Memanis Kehidupan di talian 012 947 7994.

Tak tahu lokasinya? Sila tengok peta berikut;


Tunggu apa lagi? Silalah serbu!
ajak kawan-kawan sekali. Ajak mak ayah sama. Bawak satu keluargalah senang...jadi macam rombongan cik Kiah pun tak apa. Percuma. Tak payah bayar apa-apapun.