Khamis, 27 Februari 2014

Petua awet Muda, Jauhi Aura Negatif


Orang kata, kalau nak sentiasa nampak awet muda, maka jauhilah persekitaran yang ada aura negatif. Aura negatif yang wujud dari persekitaran boleh mengunyah awet muda yang kita miliki. Percayalah!

Namun, dalam hidup ini, ada ketikanya kita tidak ada pilihan untuk menghindari aura negatif ini menerawang di sekitar kita. Nak tak nak, kita perlu juga menahan nafas agar aura negatif itu tidak tersedut dek hidung yang kemudiannya meresap ke paru-paru. Akhirnya nanti, aura itu sedikit sebanyak turut memenuhi rongga dada dan dipam ke serata salur darah. 

Makanya, jika anda memiliki aura negatif itu...boleh tak jauhi aku?

Aku sangat nak jaga awet muda yang kumiliki sekian lama. Sekian, terima kasih.


1 ulasan:

azieazah berkata...

Setuju. Aura sekeliling sangat mempengaruhi. Kita sendiri boleh kesan, boleh rasa tentang unsur negatif yg wujud. Dan berusaha lah mengelak. Ada orang memang suka kita jadi jahat sama mcm dia...