Semenjak dua menjak ni, rutin hidup aku agak berubah sedikit sebanyak. Bagi memudahkan kehidupan, aku telah gunakan sepenuhnya perkhidmatan Tempahan Masakan Kelantan yang aku kenal secara online di Facabook. Beroperasi sekitar Bandar Baru Bangi dan Putrajaya. Memang banyak membantu aku.
Gulai kawah @ darat...dah lama mengidam. Merasa juga akhirnya! |
Entri ni bukanlah entri berbayar. Ini hanya perkongsian pengalaman aku yang manis. Bila dah hilang upaya, sebenarnya aku memerlukan sesuatu yang memudahkan cara hidup aku termasuk dari sudut makanan. Selama mana aku mampu telan pizza yang dihantar ke depan pagar rumah. Namapun perut melayu, kalau tak melantak nasi memang tak sah. Jadinya...Tempahan Masakan Kelantan memang kena pada masanya muncul di kawasan Bangi.
Aku hanya perlu SMS masakan yang aku nak...konsepnya hanya satu menu sahaja satu hari. Tak kesahlah...asal aku tak kebulur. Esoknya, makanan akan sampai di hadapan pintu pagar rumah aku tepat seperti yang aku nak. Bayar cash dan terus makan dengan lahapnya.
Balik kampung ari tu pun tak sempat cari nasi dagang macam ni...kenalah tunggu depa buat kat sini lak |
Rasanya? Kalau anda pencinta masakan Kelantan, rasanya itu sesedap makanan yang dibeli di negeri paling miskin sana nun! Harga hanya RM6 sepeket, rasa yang asli...penghantaran terus ke pintu pagar hu hu huh u nikmat betul hidup! Bila aku cerita dengan Mek...terkagum kehairanan dia...Haih! hantar sampai pintu pagar!
tengah tunggu peluang nak order nasi kerabu ayam goreng lagu ni hu hu hu hu |
Nasib baik dia orang ni buat perkhidmatan penghantaran masakan hingga pintu pagar rumah...ingat Pizza je ke mampu buat? Orang Kelantan pun mampu! Kreatif tak mereka? Bukan sahaja kreatif, memudahkan tembolok aku penuh hu huhuhu
yang macam ni pun dah sedap menjilat jari... |
tetiba air liur meleleh hu huhu hu macam mana nak diet kalau gini? |
Orang yang berjaya adalah orang yang kreatif. Orang yang buat benda orang lain tak buat. Kalau mereka kekalkan rasanya, aku tetap pasti mereka boleh jadi usahawan yang berjaya. Kat bangi ni ramai orang kelaparan dan kebuluran....silalah gigih ambil kesempatan tersebut.
Selamat maju jaya kepada Tempahan Masakan Kelantan. Aku akan sentiasa menyokong...bukan sahaja sokong anak bangsa aku maju...sokong sebab nasi kerabu dia memng sedap. Lebih sedap dari nasi kerabu yang jual kat kampung aku nun!
16 ulasan:
Alhamdulillah Anyss nasib baik ada bisnes cam gini, pandai depa cari peluang bisnes dari masalah org lain...:)
Lapo!
wahhh...bangganya..murah pun murah:-)
macam best je. delivery depan rumah kan.
http://nurulzayani.blogspot.com/
wow...
bagus betul bisnes diorang ni! *terus berkira kira nak cepat mulakan bisnes acar limau saya. hehehe
aduh nampak sedap2 belako
akak berbangga berasal dari NEGERI PALING MISKIN..!!
Junaina: Alhamdulillah...tak adalah kebuluran sangat walaupun susah nak gerak.
tata: Daku sentiasa lapoooo tgk gambar2 nih
Shaliza: selain murah...sedap juga. Tak nyesal beli dan makan
zayani: ya...depan pagar rumah sebab pagar umahku sentiasa berkunci. Cer acu try test!
GB: kalau orang lain boleh...mestilah si bunga juga bolehhhh
prince of noob: confirm sedap kalo tekak kelate hu hu h uhu
kamsiah: akak, Saya BANGGA jugakkkkkk!
masih tok berpeluang ambo nok tra retek
Eelobor: kalu oda wah bekwah buleh bekali
Catat Ulasan