Aku tak pernah kena tahan di wad sebelum ni. Paling teruk sakitpun setakat demam biasa yang bersin dua tiga kali, migrin ataupun selsema sahaja. Tak pernah sakit berat yang perlu ditahan di wad.
Balik dari kampong sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas, tetiba rasa sakit belakang, bahu dan pinggang. Aku ingatkan biasa je, maklumlah perjalanan lebih 450km jadi aku hanya cari kerusi urut je. Masukkan seringgit dua, biasanya akan elok je lepas tu.
jari jemari jadi bengkak dek tusukan jarum ini... |
Tapi tak elok juga. Aku pergi klinik panel. Doctor hensem bagi ubat tahan sakit. Pergi Pusat kesihatan UKM, juga dapat ubat tahan sakit. Masa CNY aku terkedang tak boleh bangun. Asal gerak je bahagian paha dan betis akan kram serentak. Sakit tak payah cerita, tiap kali gerak memang menangis.
Doctor bagi MC 3 hari. Hari terakhir MC tu aku telefon teksi pergi KPJ Kajang, 10 hari jugak aku bercuti dengan senang hati sebab ada misi comey sentiasa bawak makanan santapanku. Namun hujung-hujung tu…kerap pulak adik misi dan doctor dok Tanya bila aku nak balik huh u huh u hu
jasad je sakit...tekak melahap tak mengira...idamkan kicap berlada ketika ini. Alangkah nikmatnya kalau ada! |
Kalau boleh aku memang tak mahu balik hingga benar-benar sihat. Hingga boleh berjalan dan berlari. Kalau berada di hospital, aku boleh santap tanpa pening kepala nak makan apa. Hanya order je pilihan menu yang ada. Nak pergi tandas boleh mengada mintak misi manis tolong sorong. Bila kat rumah, jerih payah tu aku seorang je tanggung. Makan sekali seharipun belum tentu dapat. Sedih tak?
kalau gini hidangannya, lagi 10 hari kat sini pun tak apa hu huhuhu |
Apa daya, kena paksa balik juga akhirnya huh u huhu 10 hari je boleh bertamu kat sini hu hu hu hu
PsssT: Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan saya sepanjang tempoh ini, yang datang ziarah di hospital sama ada sempat bertemu ataupun berselisih di jalanan atau yang bertamu hingga ke rumah bertanya khabar. Saling mengirim pesan di FB, sms dan telefon. Ingatan-ingatan dan doa kalian buatkan daku rasa lebih dihargai.
12 ulasan:
Semoga segera berlalu kesakitan itu....
Semoga segera berlalu kesakitan itu....
Asssalamualaikum Anyss
Biasanya hospital swasta tak kira berapa lama kita nak tinggal di sana sebab bagi mereka lagi lama pesakit tinggal lagi masyuk. Apasal KJP Kajang ni nak Anyss balik cepat?
betul, kadang tu rasa baik dok hospital sampai sihat...balik ja rumah adaaaa saja nak buat .
anyss, have good rest...kalau ada org masakkan/hantarkan food tiap hari sepanjang mc ni pun kira okay gak kan..tae care
aik, saya pun punyai soalan yg sama macam YB...
Anyss ku sayang...ampun dan maaf walaupun sepelaung banyak sanga urusan dunia yang terpaksa diuruskan sehingga selalu terlupa kepada silaturrahim yang sepatutnya di jaga. Maafkan daku...sobsss...
Kakcik: terima kasih. Insha Allah, dah banyak baiknya berbanding sebelum ni...
YB: wsalam. itu pasallah. Tidakku faham jua kenapa depa kisahkan sangat suruh daku balik cepat2...kata doc "insuran bising dok tanya sebab lama sangat dok spital" hu hu hu huhu
Makcik kantin: saya lebih suka dok spital sebab tak risau fikir pasal makan. kalau kat rumah nak kena masak, itu yang susah. Bukan boleh berdiri lama. Kalau boleh tak nak menyusahkan kawan2 dan adik beradik pun. Bukannya sakit berat...mereka juga ada byk urusan tertunda sebab kita...
Hari ni first time saya tempah makanan deliberi masakan kelantan. dia memang hantar hingga pintu pagar. Ok jugak gitu...
Diana: slip disk (abaikan ejaan tapi bunyinya mcm tu lah)...macam urat tersepit kat tulang kot.
tak taulah sebab apa jadi. Banyak faktor mempengaruhi...
Daddy Ziyyad: Daku lagilah tertanya-tanya hu hu huhuhu ingatkan bolehlah keluar bila dah tak sakit langsung dan tak perlukan MC lagi huhu huhu tetiba kena halau hu hu huhu
Junaina: hu hu hu hu tadak teruk bebenor pun, daku kat situ untuk berehat aje...santai2 nikmati hidup tanpa fikirkan pasal tarikh akhir, kerja atau apa yang perlu dimasak...orang kat ofis pun tak tau sangat, hari last kat spital baru depa tau hu hu huhu hu
Catat Ulasan