Sekarang ni cuaca memang sangat panas. Ramai orang dok serbu tempat jualan aiskrim, cendol dan abc, tetapi malam tadi…tetiba sahaja semua serbu kedai hardware cari bekas untuk tadah air. Semua itu gara-gara kerajaan selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai hari ini. Tak pepasal bekas air dah jadi mahal dan terlajak laris di pasaran.
Air akan diterima secara berjadual, iaitu dua dapat air, dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. Catuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala.
Kalau ikutkan, patutnya akupun kena cari bekas juga untuk tadah air. Tapi, rumah kami hanya 3 orang sahaja. Kebiasaannya kalau takat bekalan air terputus sehari dua, masih lagi boleh tampung. Cumanya, aku dok risau kalau yang masuk dalam tangki rumah tu bukan air, tapi keladak.
Walaupun begitu, tetap juga kalut dok semak kawasan-kawasan di Selangor bakal mendapat catuan air tu. Orang kata sediakan ilmu dulu…masa air ada bolehlah nak basuh segala walaupun aku tau sangat dah mesti air karat yang akan keluar. Tapi sekurang-kurangnya kita tak terlajak cuci baju pada hari kena catu air.
Mmmmmm dengar cerita dua orang guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dah terima surat tukar ke kawasan pedalaman. Betul ke? Ohhhh kalaulah betul, sangat susahnya golongan tertentu ni menerima pandangan orang lain.
Bermula hari ini, Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. Penambahbaikan PBS sedang dilakukan dengan mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) terutama dari sudut kekerapan guru membuat penilaian.
Kalau tanya aku, dah tentulah aku cadangkan mantapkan dulu akses system. Selagi system cap ayam yang diguna walaupun libatkan kos yang tinggi, selagi itu cikgu sakit jiwa nak menilai. Kalau aksesnya dah mantap boleh dilayari puluhan ribu pelayar sehari, nak gebangpun sedap sikit. Aku dah letih tengok adik dan kakak aku dok sakit jiwa nak hempas computer sebab akses system yang ke laut.
Itu antara sebabnya aku tak layak jadi cikgu!
10 ulasan:
Ada berpuluh sistem yang perlu diaplikasikan di sekolah. Jangankan manusia, komputer pun boleh metetup!
Bukan cikgu dan anak aje yg tension. Kakak dgn abang yg jadi mama/papanya pun tension sama. Kesian anak kami bagai dijadikan ujikaji sistem pelajaran negara. Bila semua sistem nak dipolitikkan akan jadi beginilah...
Johor pun lamaaaa dah tak hujan. Panas dan kering.
Cikgu anak call pon 6am pada hari Sabtu semata2 nak on line data murid. Katanya time tu laju sikit nak buat kerja.
Assalamualaikum Anyss
bab air..saya belum bersedia
bab PBS.....tukang beri cadangan kena tukar ke kawasan pendalaman?
kemudian dia mengkaji melalui pemberi cadangan tu pulak
keno beringak2 doh nim ambo pom
Kakcik: Kalau sistem tu cekap okeh lagi...tapi sistem tu lebih banyak buang masa.
kakak saya ngajor sekolah menengah, adik pulak sekolah rendah...dua2 pening kepala tang sistem yang tah apa2, padahal kos kemain tinggi nak bangunkan sistem tu huhu hu hu
kak zakie: tukar menteri pelajaran, maka bertukarlah sistem huhuhuhu
Junaina: maknanya, bukan cikgu je stress...mak pak anak pun stress jugak hu hu hu hu
Atuk: wsalam. Bab air pun saya blm sedia...hanya berharap tangki kat umah kami memadai hu hu hu
Bab pendidikan di Malaysia ----> buang masa je bagi cadangan hu huhuhu
Eelobor: Beringak2 bab air ka bab PBS? huhuhu huhu saje je bagi hangin hu huh u hu
Catat Ulasan