Aku tak pernah kena tahan di wad sebelum ni. Paling teruk sakitpun setakat demam biasa yang bersin dua tiga kali, migrin ataupun selsema sahaja. Tak pernah sakit berat yang perlu ditahan di wad.
Balik dari kampong sebelum Tahun Baru Cina bulan lepas, tetiba rasa sakit belakang, bahu dan pinggang. Aku ingatkan biasa je, maklumlah perjalanan lebih 450km jadi aku hanya cari kerusi urut je. Masukkan seringgit dua, biasanya akan elok je lepas tu.
jari jemari jadi bengkak dek tusukan jarum ini... |
Tapi tak elok juga. Aku pergi klinik panel. Doctor hensem bagi ubat tahan sakit. Pergi Pusat kesihatan UKM, juga dapat ubat tahan sakit. Masa CNY aku terkedang tak boleh bangun. Asal gerak je bahagian paha dan betis akan kram serentak. Sakit tak payah cerita, tiap kali gerak memang menangis.
Doctor bagi MC 3 hari. Hari terakhir MC tu aku telefon teksi pergi KPJ Kajang, 10 hari jugak aku bercuti dengan senang hati sebab ada misi comey sentiasa bawak makanan santapanku. Namun hujung-hujung tu…kerap pulak adik misi dan doctor dok Tanya bila aku nak balik huh u huh u hu
jasad je sakit...tekak melahap tak mengira...idamkan kicap berlada ketika ini. Alangkah nikmatnya kalau ada! |
Kalau boleh aku memang tak mahu balik hingga benar-benar sihat. Hingga boleh berjalan dan berlari. Kalau berada di hospital, aku boleh santap tanpa pening kepala nak makan apa. Hanya order je pilihan menu yang ada. Nak pergi tandas boleh mengada mintak misi manis tolong sorong. Bila kat rumah, jerih payah tu aku seorang je tanggung. Makan sekali seharipun belum tentu dapat. Sedih tak?
kalau gini hidangannya, lagi 10 hari kat sini pun tak apa hu huhuhu |
Apa daya, kena paksa balik juga akhirnya huh u huhu 10 hari je boleh bertamu kat sini hu hu hu hu
PsssT: Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan saya sepanjang tempoh ini, yang datang ziarah di hospital sama ada sempat bertemu ataupun berselisih di jalanan atau yang bertamu hingga ke rumah bertanya khabar. Saling mengirim pesan di FB, sms dan telefon. Ingatan-ingatan dan doa kalian buatkan daku rasa lebih dihargai.