Jumaat, 6 September 2013

Menanti 20 Tahun Lagi


Dunia memang pinjam-pinjaman, akhirat jua kekal abadi. Namun, dunia menjadi pentas untuk kita berpencak silat mengutip banus dan laba yang akan dituai di akhirat sana.

Dunialah menjadi medan untuk kita berjuang. Setiap dari kita ada target tersendiri dalam hidupnya. Paling tidak kita berusaha dan mantapkan kerjaya untuk kehidupan pada hari tua.

Kepada yang punya keluarga, ada anak-anak, sedikit sebanyak ada impian untuk dijaga oleh anak-anak ketika tua nanti. Walaupun kita sendiri tidak pasti adakah anak-anak itu sanggup menjaga kita. Paling tidak mereka boleh upah nurse peribadi, kalau ada sumber kewangan yang kukuh. Ataukah, tiada bezanya kita berbanding warga emas lain yang menghuni rumah orang-orang tua?

Bagi yang belum pasti lagi akan ada anak, atau pasangan, kenalah kerja keras sedikit bagi memastikan bila dah berusia emas dan hidup sendirian nanti, paling tidak ada dana untuk kos perubatan. Bukannya mengharapkan ehsan masyarakat. Tak adalah nanti tersenarai dalam rancangan BersamaMu tu kan? Kalau rasa tak sanggup hadapi hidup sendirian pada usia emas, silalah iklankan diri cari pasangan hu hu hu itupun kalau jumpa orang yang benar-benar setia sanggup tunggu kita jadi emas.

Dalam usia sebegini, tiba-tiba daku terfikir: bila dah warga emas nanti, cukupkah pencen itu menampung semua keperluan harian, ataukah aku masih lagi perlu berkerja keras? Kena sambung pencen 60 tahun tak?

Kalau 20 tahun lagi aku pencen, gamaknya gaji aku sempat cecah RM30 ribu tak sebulan? Kalau sempat, aku akan nikmati pencen bulanan sebanyak RM15 ribu sebulan. Agak-agaknya pada 20 tahun akan datang itu, berapa harga petrol, takkan petrol naik 20 sen je kan? Berapa harga minyak masak, beras dan segala keperluan lain? Berapa harga ubat-ubatan? Berapa pula harga perkhidmatan pembersihan rumah seminggu sekali? Maklumlah, ketika tu aku dah tak kuat lagi nak mengemas segala. Gamaknya, dengan RM15 ribu nilai pencen sebulan yang aku terima tu, cukup tak menampung kehidupan usia emas aku? Itupun kalau gaji aku cecah RM30 sebulan. Kalau cecah…kalau tak? Firasatku mengatakan, tunggu 40 tahun lagi pun tak mampu cecah banyak tu hu hu hu hu

Alamatnya, panjat bas lah pergi pasar malam beli keropeh ayam, beli sayur, beli keperluan harian. Mmmmmm tak boleh bayanglah!

Mmmmmmm patutnya usia sebegitu, aku sedang menikmati hasil penat lelah jerih payah yang aku kait sekarang ni kan?
Jadi, kena kerja lebih kuat lagi kan?

Komen aku: Ini tentang 20 tahun akan dating…bukan tentang 20 sen hu hu hu hu
 
 


21 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Tak kiralah pencen dapat RM15K atau berapa sekali pun orang kerja gomen ada juga duit pencen. Org kerja swasta atau kerja sendiri habuk pun takde bila dah bersara ..... huhu

anyss berkata...

YB: bukan gomen ada KWSP. Bila terima tawaran pencen, tong kwsp daku kira burn macam tu je...satu sistem yang sangat adil kononnya.

kurus berkata...

sedihhh

Cetusan berkata...

satu pengiklanan diri yang simbolik..sesiapa sudi datanglah meminang saya ada pencen..huaaa

anyss berkata...

Ieda: sadis

anyss berkata...

Zz: rasa macam nak isi borang ka? Sayangnya pencen saya belum tentu 15K...carilah orang lain yg lagi KAYA

Yunus Badawi berkata...

eh betul ke burn mcm tu aje? Ada kawan saya tu isterinya ada lagi kwsp w/pun dah tukar semula ke sistem pencen

Unknown berkata...

kwsp saya sikit. adalah kerja 2tahun dulu.

gamaknya.. skrg nie kena menabung rm20 utk 20tahun akan datang

Murni Alfathunnisa berkata...

saya ni lagi laaa...tak ada pencen..kwsp pulak makin menyusut..risau jugak memikirkan 20 tahun akan datang..

anyss berkata...

YB: kes saya acc 1 dapat semula kat majikan. Psncen dikira tahun transfer. Maknanya, yg sblm tu tak dapat apa...sib baik sblm tu acc 2 dah byk kali korek.lebihan acc 2 je dapatbseposen hu hu hu

anyss berkata...

Ayu citarasa rinduan: simpan dlm tabung aji 50 s3n sehari...insha allah sempat

anyss berkata...

Murni: masa ada peluang tukar ke pencen ari tu, daku terus rembat peluang tu. Alhamdulillah. Tapi tetap ada kos melepas dan bocor sana sini...

t.a.t.a berkata...

Murni, sama la kita. KWSP menyusut dah keluarkan bayar yuran belajar itu hari. nak pinjam PTPTN tak sanggup rasanya nak bayar balik bulanan.

tak pe yang penting sekarang ni man man, dan menabung aje setiap bulan. walaupun sikit tak pe, yang penting menabung.

Tengkubutang berkata...

kwsp teman entah ada berapa je dalam tu.. sikit bebeno sebab gaji masa koje dulu pun ciput.. nak wat cne kann.. huk3

azian berkata...

anyss...
pencen 15K???
nak 1K boleh ????ngeeee

Angah berkata...

tulisan akak ni membuantkan angah tersedar diri...dalam tempoh lebih kurang 23 tahun lagi nak pencen kerja gomen, dgn gred C, berapalah sangat angah dapat menyimpan untuk hari tua?

anyss berkata...

Tata: nanti menabung ikut kemampuan...untuk bekalan hari tua juga

anyss berkata...

tengku butang: gitulah nasib kebanyakan orang di Malaysia ni...gaji tiap bulan habis wat bayar utang je, kalau boleh menyimpan sikit sebanyak tu kira dah baik

anyss berkata...

Ayu: selamat datang...

anyss berkata...

Azian: gamaknya sempat tak dapat pencen 15K? hu hu hu hu berangan tak payah bayar!

anyss berkata...

Angah: Tau tak pa...kalau gred A pun belum tentu hidup selesa juga sbb masa tu harga barang mesti akan lagi mahal sedangkan pencen tu banyak tu jugak, mana ada bertambah hu hu huhuhu