Selasa, 10 September 2013

Selamat Berjuang adik-adik UPSR


Kepada semua calon UPSR selamat menduduki peperiksaan UPSR. Biasanya budak-budak ni okey aje, tetapi yang berdebar lebih adalah ibu bapa dan penjaga.

Denaihati.com ada beri petua menghadapi peperiksaan di Facebook Denaihati;
 
Terbaik selepas subuh mulakan dgn membaca Al Quran utk mendapat ketenangan jiwa dan ambil 3 biji Minda Aktif sebelum tidur dan tiga biji selepas bangun tidur. Manusia merancang ALLAH mengizinkan.

"وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-A`raaf ayat 204)"

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood pula berkongsi doa-doa menjelang peperiksaan;
 

Semoga adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR ni dapat menjawab dengan tenang. Tahun ni seorang anak buahku ambil UPSR, jadi makciknya kenalah bersedia untuk kehilangan ringgit. Anak buah punya pasal…tak adalah nak berkira sangat. Bagi semangat! Lai! Lai! Lai! Ada sesapa nak jadi anak  buahku dak? Hu hu hu

PsssT: di BANGLADESH, Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh. Mereka didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.

Di Malaysia bila lagi? Selain dari amaran, amaran, AMARAN dan amaran, mereka akan dilepaskan semula. Kemudian buat hal lagi. Kemudian dapat amaran lagi. Hishhhh!
 
 

8 ulasan:

azian berkata...

anyss...
teringat lak zaman2 yan nk amik upsr...cikgu suh semua g kantin mkn telo setgh masak dgn susu...dua2 yan tak leh makan...kikiki

t.a.t.a berkata...

Acik.. acik.. kita la ni. acik lupe eh anak sedara acik ni?

Aciiiiik... A berapa RM? B berapa RM?

anyss berkata...

Azian: daku dulu tak tau pun pasal exam segala. cikgu suruh pi sekolah exam, maka pi la...bantai jawab je apa yang ada hu huhuhuhu lagi kelakau!

anyss berkata...

TATA: hu hu huhu A=100
lain-lain tadak hu hu hu

Depa tangkap 5A, makcik kena ikat perut hu hu huhuhu

t.a.t.a berkata...

tanya la depa, err bayar ansura boleh tak?

hahaha

anyss berkata...

TATA: hu huhuhu idea bernas tu...biasanya tertunda je. Kalau yang jarang jumpa, akan bagi masa depa balik kg musim raya...tak pernah pulak mintak bayar insuran. Leh cuba ni hu huhuhu

t.a.t.a berkata...

berapa orang bajet nya ni?

Dr K berkata...

UPSR ni, selalunya yg berdebar debar ialah parents...candidate nya relax aja...hahahaha