Lagi sekali berlaku kemalangan bas di Lebuhraya Karak. Cuma kali ni tak terbang masuk gaung macam kemalangan bas persiaran Genting Karak yang berlaku sebelum ni. Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak petang tadi.
Kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.
Puncanya: kenderaan yang dibawa laju dan perlahan. Laju pun susah, perlahanpun menyusahkan. Tapi jalan tu memang agak susah nak kawal kalau bawa laju. Kalau bawa perlahan, sebab jalan menuruni bukit, karang kena sondol dari belakang. Itu yang kena tekan brek memanjang.
Terdapat 13 mangsa, 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Lebih banyak gambar kemalangan jalan raya 2 bas di lebuhraya Karak boleh tengok di ondscene.
2 ulasan:
Pagi ini yang paling menyedihkan bila kakcik baca kisah anak kecil berusia 2 tahun meninggal dunia gara2 abangnya yang berusia 4 tahun 'main' kereta bapa mereka... :(
Kakcik: keluarga mereka lagilah trauma. kerap kita boleh tgk anak2 dibiarkan main dgn benda2 yg tak patut. bila jd tragedi nyesal dah tak guna
Catat Ulasan