Memaparkan catatan dengan label rancang hidup selepas pencen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rancang hidup selepas pencen. Papar semua catatan

Jumaat, 6 September 2013

Menanti 20 Tahun Lagi


Dunia memang pinjam-pinjaman, akhirat jua kekal abadi. Namun, dunia menjadi pentas untuk kita berpencak silat mengutip banus dan laba yang akan dituai di akhirat sana.

Dunialah menjadi medan untuk kita berjuang. Setiap dari kita ada target tersendiri dalam hidupnya. Paling tidak kita berusaha dan mantapkan kerjaya untuk kehidupan pada hari tua.

Kepada yang punya keluarga, ada anak-anak, sedikit sebanyak ada impian untuk dijaga oleh anak-anak ketika tua nanti. Walaupun kita sendiri tidak pasti adakah anak-anak itu sanggup menjaga kita. Paling tidak mereka boleh upah nurse peribadi, kalau ada sumber kewangan yang kukuh. Ataukah, tiada bezanya kita berbanding warga emas lain yang menghuni rumah orang-orang tua?

Bagi yang belum pasti lagi akan ada anak, atau pasangan, kenalah kerja keras sedikit bagi memastikan bila dah berusia emas dan hidup sendirian nanti, paling tidak ada dana untuk kos perubatan. Bukannya mengharapkan ehsan masyarakat. Tak adalah nanti tersenarai dalam rancangan BersamaMu tu kan? Kalau rasa tak sanggup hadapi hidup sendirian pada usia emas, silalah iklankan diri cari pasangan hu hu hu itupun kalau jumpa orang yang benar-benar setia sanggup tunggu kita jadi emas.

Dalam usia sebegini, tiba-tiba daku terfikir: bila dah warga emas nanti, cukupkah pencen itu menampung semua keperluan harian, ataukah aku masih lagi perlu berkerja keras? Kena sambung pencen 60 tahun tak?

Kalau 20 tahun lagi aku pencen, gamaknya gaji aku sempat cecah RM30 ribu tak sebulan? Kalau sempat, aku akan nikmati pencen bulanan sebanyak RM15 ribu sebulan. Agak-agaknya pada 20 tahun akan datang itu, berapa harga petrol, takkan petrol naik 20 sen je kan? Berapa harga minyak masak, beras dan segala keperluan lain? Berapa harga ubat-ubatan? Berapa pula harga perkhidmatan pembersihan rumah seminggu sekali? Maklumlah, ketika tu aku dah tak kuat lagi nak mengemas segala. Gamaknya, dengan RM15 ribu nilai pencen sebulan yang aku terima tu, cukup tak menampung kehidupan usia emas aku? Itupun kalau gaji aku cecah RM30 sebulan. Kalau cecah…kalau tak? Firasatku mengatakan, tunggu 40 tahun lagi pun tak mampu cecah banyak tu hu hu hu hu

Alamatnya, panjat bas lah pergi pasar malam beli keropeh ayam, beli sayur, beli keperluan harian. Mmmmmm tak boleh bayanglah!

Mmmmmmm patutnya usia sebegitu, aku sedang menikmati hasil penat lelah jerih payah yang aku kait sekarang ni kan?
Jadi, kena kerja lebih kuat lagi kan?

Komen aku: Ini tentang 20 tahun akan dating…bukan tentang 20 sen hu hu hu hu