Minggu lepas, rakan serumah aku yang manis itu balik sambil jinjing neskafe ais. Dia jarang minum ais, tapi bila dah dahaga sangat, tetap kena cari juga. Jadi, minumnya tu tak adalah banyak sangat. Boleh kongsi dengan aku lagi separuhnya.
“Akak tau dak teh ais ni harga berapa dah?”
“Berapa?”
“RM2.50,”
Errrrr...itu harga selepas dua hari kenaikan harga minyak petrol. Menteri kata tak ada kenaikan harga barang selepas harga minyak petrol diumumkan naik 20 sen.
Hari ni, kerajaan cadang naik harga gula dengan melakukan pengurangan subsidi gula secara berperingkat. Alasannya: sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
Bagus betul menteri di Malaysia ni kan? Ayam mahal, suruh rakyat dia tak payah makan ayam. Sayur mahal, menteri kata rakyat kena tanam sayur belakang rumah. Petrol naik harga 20 sen, menteri suruh rakyat kayuh basikal. Rakyat berdiabetik, suruh naikkan harga gula. Esok lusa, tepung pulak naik harga, maka menteripun berpantunlah kata "usah makan roti canai, pi makan capati" yaaaanaaaa deyyyyy!
Bila harga rumah naik, menteri kata...pergilah bina rumah dalam hutan belantara sana, tak payah dok bandar kan? Aku dok nampak bil letrik kat rumah aku mencanak naik berbanding biasa, tapi menteri kata tarif letrik tak naik. Heran jugak aku...apa yang naik sebenarnya. Komen lebih kang, menteri akan kata “gunalah pelita ayan kalau tak mau bayar letrik” Aku agak ajelah! Ikut situasi semasa gitulah menteri akan kata.
Cumanya, aku dok heran juga apa guna bina Bakun bukan main besar, tenggelamkan kawasan hutan sebesar singapura, kemudian bina pulak MuruM, tapi...letrik naik harga juga hu hu hu hu
Errrrr...entri ni pasal harga guna naik naik, bukan pasal Bakun, Murum atau tarif letrik. Bukan jugak pasal apa akan jadi 20 tahun akan datang. Hilang fokus pulak!
Komen aku: Tak payahlah komen apa-apa! Tunggu aku jadi menteri dulu, boru sedap lemak berkrim sikit nak komen.
2 ulasan:
Kakcik dapat gula percuma 8kg sebulan! :)
Sekarang kakcik pelik kenapa kena tengok bil Unifi kat web yangentahapa-apataktahukakciknak guna!
necafe ais 2.50??? giler ke apa? beli dekat airport mana tu?
Catat Ulasan