Khamis, 12 September 2013

Kena Kencing


Bahasa Melayu memang tinggi budaya dan khazanahnya. Cer tengok peribahasa “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, bukan semua orang faham maknanya. Yang orang dok faham adalah bab kencing itu…

Entri kali ni tak senonoh sikit…pasal orang Melayu suka kencing sama-sama melayu. Errrr…ada beza ke orang Melayu kencing dengan bangsa lain kencing?

Beza utama adalah biasanya orang Melayu tu dah sinonim dengan Islam, walaupun tak semestinya melayu itu Islam. Kalau dah islam sepatutnya tak boleh kencing merata-rata. Tak kan nak letak papan tanda "Dilarang kencing merata-rata". Kalau terpercik kencing itu ke pakaian kita, dah timbul masalah pulak nak solat.

Tapi, agak kerap juga kita jumpa anak bangsa seagama kita kencing merata-rata. Lebih kerap lagi kita kena kencing. Dikencingi merata-rata.

Paling sakit hati bila orang yang kencing kita itu adalah orang yang kita lepaskan ekornya dari tersepit macam dalam peribahasa “melepaskan anjing tersepit”. Perasaan kita waktu itu umpama nak sepitkan semula ekornya yang pernah kita lepaskan itu supaya dia terkial-kial tak terlepas, agar nanti orang lain pun tak kena kencing macam kita dikencinginya.

Kalau memang dah anjing, resamnya memang kencing merata-rata. Nak buat macam mana, hanya kali ini giliran kita pulak kena kencing.

Hishhhh! Entri ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti google marah kerana kata kencing ditemui dengan banyak dalam satu entri. Google mentafsirkannya sebagai spam, bukannya Search engine optimization (SEO).
 
 
 

9 ulasan:

t.a.t.a berkata...

aku nak cerita pasal kencing secara literal.

last monday kot, kat sebelah pejabat aku ni. ada satu kereta mpv parking tepi jalan. tingkap segelap air longkang. anak dan emak ada di luar kereta. anak sudah tidak berseluar. datang emak, pi dudukkan anak dan kencingkan anak di tepi jalan itu. dah siap kencing, si bapa hulurkan tisu nak lap punai dan kaki yang terkena kencing, si emak buang tisu di situ sahaja, dan terus masuk kereta.

the worst part was, sebelah tu bukan nya hutan belantara yang tiada bangunan langsung. kedai-kedai dan fast-food restaurant berderet kat situ, tapi dia lebih rela memilih untuk mengkencingkan anaknya di tepi longkang, di khalayak ramai.

aku yang malu wei.

Amin A. R berkata...

nak cakap pasal kencing bebudak, bila mak pak dah ajar anak kencing merata, sampaikan dalam lif pun bebudak buat kencing..sungguh menyakitkan hati...haishhhh

**dikencing kawan2 dan adik beradik tu macam dah selalu... :(

pena rozie berkata...

Sila kencing dlm tandas. Hehehhe....

*SiRibenMerah berkata...

kena belajar pakai pampers balik kot..
hurmmmmm~

anyss berkata...

Tata: budak2 belajar dr persekitarannya... apa yg dia alami, nampak lebih cepat pengaruhi banding apa yg dia dgr

anyss berkata...

Amin: asal bukan kita kaki kencing merata

anyss berkata...

Diana: tak ada org suka dikencingi

anyss berkata...

Pena rozie: adakala tadak tandas...mana nak kencing?

anyss berkata...

Cik riben merah: tak jangka nak terdesak tang mana