Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

Kena Kencing


Bahasa Melayu memang tinggi budaya dan khazanahnya. Cer tengok peribahasa “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, bukan semua orang faham maknanya. Yang orang dok faham adalah bab kencing itu…

Entri kali ni tak senonoh sikit…pasal orang Melayu suka kencing sama-sama melayu. Errrr…ada beza ke orang Melayu kencing dengan bangsa lain kencing?

Beza utama adalah biasanya orang Melayu tu dah sinonim dengan Islam, walaupun tak semestinya melayu itu Islam. Kalau dah islam sepatutnya tak boleh kencing merata-rata. Tak kan nak letak papan tanda "Dilarang kencing merata-rata". Kalau terpercik kencing itu ke pakaian kita, dah timbul masalah pulak nak solat.

Tapi, agak kerap juga kita jumpa anak bangsa seagama kita kencing merata-rata. Lebih kerap lagi kita kena kencing. Dikencingi merata-rata.

Paling sakit hati bila orang yang kencing kita itu adalah orang yang kita lepaskan ekornya dari tersepit macam dalam peribahasa “melepaskan anjing tersepit”. Perasaan kita waktu itu umpama nak sepitkan semula ekornya yang pernah kita lepaskan itu supaya dia terkial-kial tak terlepas, agar nanti orang lain pun tak kena kencing macam kita dikencinginya.

Kalau memang dah anjing, resamnya memang kencing merata-rata. Nak buat macam mana, hanya kali ini giliran kita pulak kena kencing.

Hishhhh! Entri ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti google marah kerana kata kencing ditemui dengan banyak dalam satu entri. Google mentafsirkannya sebagai spam, bukannya Search engine optimization (SEO).