Isnin, 27 Mei 2013

Kita Diuji Tanpa Sedar


Biasanya, bila musibah datang…kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji Allah. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Bila kita (akulah tu!) sakit, kita (akulah tu!) tahu kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. (akulah tu!) Kita tabah.

Bila kita (akulah tu!) susah, bila kita (akulah tu!) lapar…bila kita (akulah tu!) miskin papa kedana, kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Tetapi kita (akulah tu!) sering terlupa bahawa kita (akulah tu!) sebenarnya diuji pada ketika yang lain.

Bila kita (akulah tu!) kenyang, kita (akulah tu!) lupa ujiannya adalah tentang kekenyangan itu. Kita (akulah tu!) lupa untuk bersyukur. Kita (akulah tu!) lupa untuk berkongsi kekenyangan itu dengan orang lain.

Kalau tak ada anak, kita (akulah tu!) anggap itu ujian. Maka kita (akulah tu!) tabah dan sabar. Namun, bila kita ramai anak (errrr…ni bukan aku!), kita terlupa bahawa anak-anak jua ujian bagi kita. Sejauh mana kita adil untuk setiap dari mereka. Sejauhmana tanggungjawab dan kasih sayang dah kita tunaikan? Ataukah, kita akan ungkitnya semula pada saat anak itu tidak lagi mahu mengikut kehendak kita, lalu lebelkan anak-anak sebagai anak derhaka semata-mata kerana mereka anak dan kita (juga bukan aku) ini ibu bapa.

Bila kita (akulah tu!) ada kelulusan tinggi, ada pangkat (tapi aku tadak pangkat…aku kuli biasa-biasa je), ada jawatan…kita (akulah tu!) lupa itu bahawa semua itu juga ujian. Menguji adilnya kita(akulah tu!). Menguji agama kita (akulah tu!), menguji ketekalan diri kita (akulah tu!), menguji mabuk kuasa atau menindasnya kita (akulah tu!). Sejauhmana keputusan kita itu memberi kebaikan kepada seluruh anak buah kita, ataukah hanya untuk kita seorang, atau untuk kroni semata-mata? Sejauh mana menindasnya kita, sejauh mana adilnya kita.

Bila kita senang (senang ka? Alhamdulillah…tak merempat, tapi masih belum senang), kita (akulah tu!) lupa saat itu kita juga sedang diuji. Kita (akulah tu!) diuji dengan harta. Kita (akulah tu!) sayang dengan harta, macam boleh bawa ke kubur. Rumah agam kita yang kukuh. Kereta kita yang besar dan mewah. Ujian kesenangan dan kemewahan itulah paling sukar untuk kita hadapi berbanding masa kita miskin papa kedana hidup susah.

Pernah terfikir tak yang kita (akulah tu!) juga diuji dengan musibah orang lain? Kita (akulah tu!) diuji pada ketika orang lain diuji? Bila orang keliling kita diuji dengan kemewahan, kebahagiaan dan kegembiraan, tak terujikah kita (akulah tu!) bila setiap hari hati terasa bengkak dengan itu? Ataukah hati kita (akulah tu!) sentiasa rasa bangga, gembira dan seronok dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu?

Bila orang diuji dengan musibah dan aib, tak terujikah kita (akulah tu!)? Adakah kita (akulah tu!) membantu dia untuk menutup aib itu, ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan sama-sama sebarkannya? Ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan memberi hukuman “Hah, padan muka! Itulah…dulu derhaka dengan orang tua. Kahwin tak dapat restu,”.

Bila orang diuji dengan kelaparan, kesusahan dan kesedihan, adakah kita (akulah tu!) turut sama hulurkan bantuan barang, wang ringgit…atau kata-kata perangsang untuk dia sentiasa tabah dan sabar? ataukah, doa pun kita (akulah tu!) kedekut dan hulur?

Pernahkah kita (akulah tu!) terfikir, waima di jalanraya sekalipun kita (akulah tu!) sedang diuji? Pernah terfikir tak, betapa bongkaknya kita (akulah tu!) semasa guna jalan raya bagaikan kita (akulah tu!) seorang sahaja yang bayar cukai jalan dan insuran? Padahal, bukan besar manapun kereta kita (akulah tu!) kalau nengokkan lagaknya itu!

Banyak perkara yang berlaku sekeliling kita (akulah tu!) ini berlaku untuk menguji. Adakah kita (akulah tu!) Berjaya lepasinya? Ataukan semuanya terbarai tanpa satupun Berjaya kita (akulah tu!) lepasi.



7 ulasan:

t.a.t.a berkata...

Hidup kita ini adalah ujian. Setiap saat kita samada sedih, gembira, lapang, sibuk, miskin, kaya adalah ujian. Bergantung kepada diri kita sendiri untuk ingat yang semua ini adalah ujian. Bergantung kepada diri sendiri juga untuk sentiasa muhasabah diri.

Saya faham perasaan anda bila lihat kejayaan atau kekayaan orang lain bila dibandingkan dengan diri kita. Tapi smp bila kita nak lihat seperti itu. Bab kekayaan ini adalah infiniti. Semakin byk duit yang kita ada kita akan semakin tamak. Dah ada sejuta nak lagi sejuta dan seterusnya.

Tapi apa pun ingat la, Allah beri kita apa yang kita mampu sahaja.

Dr K berkata...

tepat sekali.

setiap yg terjadi, kita perlu muhasabah diri. Macam entri saya pagi ni tentang " tanggang moden". memang si anak bersalah sebab tuntut ibunya supaya minta maaf. Namun dlm masa yg sama, si ibu pun perlu muhasabah diri, kot kot ada kesilapan semasa mendidik anak nya

Kakcik Seroja berkata...

Ujian kita berbeza... kakcik juga sedang diuji dan sedaya mungkin kakcik cuba hadapinya walaupun sesekali terasa ingin lari...

anyss berkata...

t.a.t.a: selamat datang. terima kasih

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: jarang2 sekali kita berusaha untuk muhasabah diri...hidup ni terlalu pantas

anyss berkata...

kakcik: Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambaNya. Yakinilah.

Berdepan dengan kenyataan sangat-sangat tak tenteram, namun berjaya hadapinya itulah kemenangan paling besar. chaiyokkkk!

Moga kakcik tabah hadapi semua dugaan itu.

JunAina berkata...

Selalunya ujian secara langsung kita sedar tapi bila tidak secara l;angsung memang kita langsung tak sedar. Minta di jauhkan dari sifat2 yg tak sepatutnya.