Jumaat, 9 November 2012

Kat Mahsyar Lagi Panas, Jangan Banyak Komplen


Entri Hari Jumaat.

Semalam, ada acara rasmi. Pagi-pagi dah melawa kenakan pepel sedondon dari tudung, hingga kain baju. Nasib baik lipstick tak lekatkan warna unggu juga.

Acara patutnya bermula tepat 9 pagi. Kelam kabut dari pejabat jam 8.50 pagi, ingatkan dah terlambat sangat-sangat. Rupanya para urusetia tengah hadapi masalah teknikal. Jadi kami diminta sarapan dulu.

Bila masuk tempat sarapan tu, mak oiiiii! Tak ada ekon la pulak. Awalnya tak perasan, bila rasa semacam, bertanyalah daku dengan orang sebelah “Tak ada ekon ek?”

Jawapannya satu ayat penuh “Kat Mahsyar lagi panas, jangan banyak komplen”

Terdiam. Terkapa. Tak terkata apa. Namun, hati di dalam bagai disentap-sentap. Dalam terpinga-pinga itu, aku hanya sempat berfikir “aku sedang komplen ke?”

Acara berlangsung separuh hari, hingga makan tengahari. Kepala masih lagi terfikir-fikir tentang ayat sendiri.

Dari senak kepala fikir, aku putuskan untuk melihat dari sudut positif agar sentap kepalaku itu berkurang. Anggap sahaja dia tengah dating bulan, tak pun dalam proses nak menopause. Tak pun semalam gaduh dengan laki yang ajak maid Indonesia lari balik Makasar.

Sepanjang petang, semua itu masih juga berlegar dalam kepala. Cuba memujuk hati yang dia tak sengaja. Atau aku yang tersentap lebih. Akhirnya aku sedari…mungkin ada ketikanya aku pernah menyinggung hati sesiapa tanpa sedarinya. Sila maafkan aku ya… 

Jadinya, sempena hari Jumaat nan mulia ini, aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf dengan semua yang membaca catatan ini, andai ada patah kata mengguris rasa, ada singgul sindir nan menyentuh hati. Maaf zahir batin walaupun raya lambat lagi. 





8 ulasan:

Anaasuria berkata...

minta maaf juga ya, kot kita ada sigung sigung perasaan awak.. huu..
kat blog ke kat fb ke... 0-0 ehh..

tapi kalau kita jadi awak pun, sentap kot.. huu..

Dr K berkata...

Jap nak tanya, org sebelah yg di tanya tu, kawan rapat ke, atau total stranger?

Kakcik Seroja berkata...

Perkataan yang selamba kita ucap, kadangkala memang kita tak sedar ada hati yang tersentap.

Kakcik juga mohon maaf andai ada salah dan silap. :)

anyss berkata...

Anaa: harapnya kita tak penah sentapkan hati oran ya...

anyss berkata...

Daddy: Taklah rakan sebelah, tak juga tak pernah kenal...biasa berurusan rasmi mcm tu je. Tak ada pun nak bersosial bagai hingga mkn cendol ke apa. Kira habis kat situ...tapi satu tempat keja juga

anyss berkata...

Kakcik: ker saya yg termudah emo sangat ni?

Saya hanya terfikir: Saya mungkin pernah guris hati orang lain, sbb tu ada org lain TERbuat gitu kat saya. ataukah sebenarnya saya je terEmo lebih ya...

Unknown berkata...

Sure ada yg tk kena..sebab kalau tk mesti dia jwb..

rosak kot..

anyss berkata...

Kak Ida Nyanyi Sunyi: Isu utamanya bukanlah pasal ekon rosak ka apa...

Opssss...abaikan je lah. nak buat macam mana kan