Khamis, 22 November 2012

Hafiz Hamidun Dodoikan Terapi Zikir Pada Tahun Baru Hijrah Sempena Ulangtahun Kelahiran


Fuhhhhh! Genap dua baris tajuknya aje!

Sesekali sambut ulangtahun dengan dodoi jejaka hensem si Hafiz Hamidun dengan alunan merdu konsert zikir terapi diri, seronok juga kan?



antara tetamu jemputan;


Konsert Zikir Terapi Diri ini dibuat rakaman untuk satu stesyen TV. Tak best sangat sebab ada 10 kamera dok keliling dewan. 4 Kamera di hadapan dan kamera macam gambar di bawah ni sangat-sangat tak boleh elak dari menghadang pandangan;

Kidnap dari FB cik bintang...dia ada skodeng gedabak punya. Fokus sampai lubang idung Hafiz Hamidun.



Syamsul Yusof turut nyanyi satu lagu bersama sepupunya yang hensem. Bila kepala gengster pun boleh menangis menitiskan air mata sebak, mestilah istimewa rakaman tersebut. Mmmmm ada rakamannya, tapi malaslah nak tampal sini. Berat!



Acara kami diakhiri dengan nasi lemak Kampung Baru sambil nikmati kerlipan menara berkembar.

Pagi-pagi esoknya, TV3 tayangkan kejayaan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Nasib baik awal-awal pagi pada hari cuti umum. Harapnya tak ramai yang tengok. Harapnya masih ramai yang terbongkang sambung tidur dan bangun jam 10 pagi hu hu hu 






6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik terlepas untuk menontonnya. :(

Dr K berkata...

Ohhh..saya ada dengar promo tiket free pasal Terapi Zikir ni di radio IKIM tempohari..

Errr..kenapa pula" harap tak ramai yang tengok?"

zino berkata...

siaran jam berapa?

anyss berkata...

Kakcik: belum tayang lagi, yg ni rakaman di dewan felda mlm tahun baru lepas. Nanti tunggu tayangan di satu stesen TV (yg kami tidak diberitahu stesen tv mana: mcm TV3)

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: hu huhu sbb tak mau ada yg nengok muka tak cun ni.

Janganlah pulak nanti pas ni semua dok tunggu pulak siaran rakaman tu hu huhuhu

anyss berkata...

Zino: abah, kami tengok kat dewan felda, tapi nanti akan disiarkan kat TV tapi tak tahu TV mana & bila tarikhnya ;)