Khamis, 15 November 2012

Penjawat Awam Itu Macam 'Monyet'?



Kata ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez, “penjawat awam ibarat macam 'monyet'”  ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ. Fernandez dalam akhbar Malay Mail berkata "let’s see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject"

Aku dulu sekolah pondok je, tak faham lah apa maknanya tu. Hanya sepatah je yang aku faham…”monyet” tu je yang faham pun.

Kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu. Perlantikan Datuk Bandar MBPJ berada di bawah bidang kuasa pihak JPA.

Bila seorang ahli majlis menyebut penjawat awam yang  bakal jadi Datuk Bandar sebagai "monyet',", makanya ahli majlis tu “anak monyet” ke “bapak monyet” ya?

Banyak yang aku nak tulis komen, tapi kalau aku tulis kang…payah jugak. Lagipun, sempena Tahun Baru Hijrah pada hari ni, aku berazam untuk kurangkan berkata-kata. Semoga terlaksana.




6 ulasan:

Unknown berkata...

Hehe. perenggan last tu membuatkan apa yang saya nak tulis, jadi terpadam. Hehe.

Okey. Betul. Banyak benda yang boleh kita cakap tentang hal itu, tapi kalau tak menjana kesan positif, diam lebih utama pastinya.

Salam kenal dan kunjung daripada blogger kerdil. Salam maal hijrah :)

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2012/11/percik-jari-di-tahun-baharu.html

azieazah berkata...

Ibarat monyet?
Salah pandang mata dia tuuu...

Anaasuria berkata...

monyet.. huh! dah yang bercakap tu pung bukan Islam kan.

anyss berkata...

iqbal: Selamat datang...

Moga tercapailah hasrat hati utk sentiasa berpositif dlm hidup & kurang berkata2 tahun ni ;)

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu

anyss berkata...

Anaa: di Lopburi, monyet bak dewa ;)