Sabtu, 17 November 2012

Serbu McDonald Isnin Ini dapatkan burger 'Egg McMufin' Percuma


Sila bersiap sedia ya… Isnin nanti McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada. Sebanyak 200,000 Burger Secara Percuma di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang.

Dikenali sebagai 'McDonald Breakfast Day',semua cawangana seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma. Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat. Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.

Maklumat lanjut mengenai 'McDonald Breakfast Day' boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.

Macam mana? Bersedia untuk beratur depan McD awal-awal macam sesetengah orang sanggup beratur depan kedai tudung Fareeda?  Errrr...ada kaitan ka dua benda ni?

Aku lebih sanggup beratur depan McD berbanding depan Fareeda hu huhu ...jangan marah ya, daku lebih utamakan tembolok berbanding kejelitaan hu hu hu

Tapi kan, sebelum beratur ambil burger FREE di McD tu, apa kata baca dulu apa kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan ambil burger Free ni...




Tepuk dada, tanya iman...

Nasib baik aku bukan kaki McD hu hu hu


6 ulasan:

Unknown berkata...

wah teringin nak kesana...tapi tempat saya nih jauh la di utara Semenanjung..tak berkesempatan lah. blogsyarih.com

Sharinginfoz berkata...

mesti ramai yang terjah ni

anyss berkata...

Sharih: kena cari cawangan McD yg terdekat

anyss berkata...

Sharinginfoz: Mcm aiskrim Baskin robin ari tu....fuhhhhhhh, tak sanggup nak beratoQ

azieazah berkata...

Kisah orang beratur panjant depan Fareeda tu masuk paper laaa!

McD bagi free? Ada dengar kat radio, dan kalu rajin nak la juga beratur Senin nanti!

anyss berkata...

Azieazah: minggu depanlah tulis...gambar2 dah kumpul ;) ----> tadak gambar kang kata tadak bukti lak ;)